Sungai Kecil Nibong Tebal- Pada 15 Nov baru-baru ini satu majlis meberi penerangan kepada masyarakt telah diadakan disini.Dalam majlis yang dihadiri oleh YB mohd fairus selaku TKM1, YB Ustaz Mokhtar,ADUN Sungai Bakap,Ajli Parlimen Nibong Tebal YB Tan Tee Beng, Ahli Parlimen Bayan Baru selaku pengerusi perhubungan Negeri PKR Dato Zahrain menjelaskan bahawa sebagai pemimpin di era baru, zaman baru telah berubah konsep dan pendekatan perlu berubah. Wakil Rakyat tidak perlu memperbodohkan rakyat demi mendapatkan simpati dan juga harus bekerja kuat.
Beliau mengambil contoh beberapa pendekatan yang dibuat oleh pimpinan UMNO dahulu bahwa asal sahaja rakyat tidak menyokong mereka, berbagai-bagai sekatan di gunakan.malah ada pemimpin yang membawa duit berkilo ke luar negara ,apabila di tanya tidak tahu bercakap bahasa Inggeris.
Berbalik kepada bberapa isu yang sedang didedahkan oleh wakil ahli Parlimen Pakatan Rakyat ,nampak sangat semasa di dalam dewan bagaimana peranan mereka masih juga cuba memperbodohkan rakyat.Beliau menjelaskan berhubung soal kemiskinan dimana kerajaan Pakatan Rakyat telah berusaha untuk membasmi kemiskinan melalui pendekatan yang boleh dilakukan jika dibuat dengan ikhlas dan betul.
Kerajaan Pakatan Rakyat harus juga mendekatkan diri dengan pegawai-pegawai kerajaan.Pemimpin dan wakil-wakil rakyat harus mendekat diri dengan pegawai-pegawai kerana menurut Dato Zahrain sistem yang diamalkan terutamanya dari soal rasuah misalnya sudah menjadi amalan dalam sesetengah jabatan dan salama 50 tahun inilah sistem itu harus juga diubah dengan memberi panduan dan pendekatan agar rasuah ini dapat di jauhkan dalam pentadbiran.
“Phak JKKK juga dapat memainkan peranan kerana dengan banyak membaca akan dapat memberi penjelasan yang baik kepada penduduk kampong dan akan menjadikan sistem pentadbiran JKKK bertambah baik.”, demikian jelas Dato Zahrain lagi.
Menurut Dato Zahrain lagi , kerajaan juga perlu sedar bahawa laporan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2007, Malaysia mempunyai jurang pendapatan diantara yang kaya dan yang miskin paling tinggi di Asia Tenggra dan kedua tertinggi di Asia selepas Papua New Guinea. Manakala 10% rakyat miskin memiliki 1.7% dari kekayaan negara
Ini berlaku kerana kerajaan megagihkan peluang perniagaan dan kontrak kepada kumpulan yang sama yang sudah kaya raya dan meminggirkan perniagaan atau usahawan-usahawan lainya.Kerajaan juga menurut Dato Zahrain perlu mengaktifkan semula golongan semula golongan rakyat miskin yang sekarang ini terdiri daripada mereka yang berpendapatan RM690 sebulan dengan tanggunggan 5 orang.Dengan takrifan ini hanya 5.7% tergolong sebagai rakyat miskin,namun hakikatnya garis kemiskinan sekarang ialah yang berpendapatan RM1500 dengan 5 orang tanggungan dianggap miskin. Ini berdasarkan setengah daripada pendapatan seisi keluarga berjumlah RM 300 sebulan.dengan ini lebih kurang 38% daripada rakyat negara ini tergolong dalam kemiskinan!.
Beliau juga menjelaskan tentang bajet Pak Lah melawan bajet Pakatan Dakyat.menurut dato Zahrain jika pendapatan tidak meingkat dan harga barang pula menjadi mahal sudah tentulah tidak menguntngkan rakyat.”ini budak-budak sekolah pun tahu bagaimana untuk menilai jumlah pendapatan yang ada” demikian jelas YB Dato Zahrain lagi.Dalam bajet 2009 yang dibentangkan Pak Lah pada 29 Ogos baru-baru ini ,pendapatan PETRONAS dijangka terus menyumbang kepada 40% pendapatan kerajaan secara keseluruhan.Ketika itu harga petrol dunia mencecah US125 setong.Namun pada masa sekarang harga petrol dunia telah jatuh kurang dari US65 setong.Kos pengeluaran PETRONAS US60 se tan.
Kejatuhan US1 dalam harga petrol dunia akan mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM600 milion setahun.
Harga minyak sawit juga telah jatuh sebanyak 65%,Pada Mac tahun ini harga minyak sawit dunia adalah RM 4486 setan.Sekarang sudah jatuh kepada RM1565 setan.kos pengeluaran dianggarkan RM1200-1700.se tan.Jadi untuk 2009 Pakatan Rakyat menjangkakan pengurangan dalam pendapatan kerajaan sebanyak 11% kepada lebih kurang RM157 billion berbanding anggaran BN sebanyak RM176 billion. Yang berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan kemerosotan KDNK akibat kemerosotan global.
Jadi bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan adalah tidak menunjukkan kepada reality masa terkini. Krisis kewangan dunia dan kejatuhan harga teruk pasaran komoditi.Oleh itu pimpinan Pakatan Rakyat menjelaskan bahawa agar kerajaan melakukan peninjauan semula ke atas bajet 2009 yang dibentang pada Ogos lalu mengemukakan bajet baru yang berdasarkan situasi sebenar.