LAWATAN KERJA TKM1 PULAU PINANG







Pulau Pinang-Pada 15 Hb baru-baru ini YB Mohd Fairus sempat menempis serangan keatas peribadi beliau oleh pihak-pihak tertentu berhubung dengan beberapa isu yang dianggap sebagai isu yang cuba menjatuhkan peribadi dan juga imej parti.Oleh yang demikian bersama Setiausaha Pehubungan negeri Pak Mus , YB Mohd Fairuz melakukan beberapa lawatan kerja di beberapa tempat

Bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari beliau dalam satu majlis bersama JIM jemaah Islah Malaysia yang bertempat di Yayasan Aman menyampaikan hadiah di majlis Ihtifal dimana beliau di jemput menyampaikan ucapan dan memberi hadiah kepada murid-murid tadika dibawah kelolaan JIM.

Tepat jam 3 petang YB Mohd Fairus bertolak ke Sungai kecil bersama Pak Mus dan turut hadir ialah ahli parlimen PKR Nibong Tebal YB Tan Tee Beng,YB Dato Zahrain Ahli Parlimen Bayan Baru merangkap Pengerusi Perhubungan PKR negeri Dato Zahrain , dan juga YB Ustaz Makhtar ADUN Sg Bakap bagi menjelaskan isu-isu semasa .

Jam 6 petang di kampong Mengkuang YB Fairus menyampaikan bantuan kepada JKKK kampong tersebut dimana satu set peralatan sukan dan juga mesin memotong pokok untuk kegunaan penduduk kampong diberikan . Beliau juga menyerahkan surat lantikan JKKK kawasan kampung tersebut.

Pada sebelah malamnya YB Mohd Fairuz bersama YB Sim ADUN Pantai Jerjak,YB Yusmadi Ahli Parlimen Balik Pulau , Pak Mus dan juga Ketua Wanita Negeri Pn Norhayati menjelaskan isu-isu semasa berkaitan kerajaan yang perlu di ketahui oleh orang ramai.

Pada 16 Nov pula YB Mohd Fairus sempat menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak TADIKA bersama-sama dengan Dato Seri Wan Azizah di kampong Guar Jering.Beliau seterusnya melakukan lawatan ke tapak projek dibawah peruntukan ADUN dan TKM1 yang telah disiapkan dan sedang dalam pembinaan.Antara projek-projek ialah gelanggang permainan Badminton di kampong Terus yang turut di lawati oleh Dato seri Wan Azizah yang dalam rangka lawatan ke Permatang Pauh.

YB Fairus kemudiannya melawat projek di bawah JKKK kampong Kubang Semang iaitu pembaipuluh jambatan dan juga projek saliran juga di kampong Kubang Semang dimana ianya hamper disiapkan.



Dalam ucapan beliau ,bersama JKKK kampong Sungai Kecil Nibong Tebal, YB Mohd Fairus menjelaskan beberapa isu semasa iaitu berhubung dengan belanjawan negeri yang telah di luluskan baru-baru ini dimana ada 4 perkara penting yang telah berjaya di perolehi iaitu jambatan kedua Pulau Pinang ,dimana projek yang di biayai oleh kerajaan Pusat ini diberikan semula kepada kerajaan negeri setelah dihentikan pembinaannya selama beberapa bulan lalu.

Projek kedua pula ialah berhubung dengan Empangan Mengkuang yang akan dibesarkan kerana mengalami kekurangan pada musim-musim kemarau dan dijangkakan dalam tahun 2012 jika Empangan Mengkuang ini tidak di besarkan ianya akan menjejaskan sumber bekalan air penduduk Pulau Pinang dan tidak dapat menampungnya berikutan penambahan jumah penduduk. Pembesaran Empangan ini yang telah dirancang dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan ke 9 seharusnya telah memulakannya proses pembesarannya kerana semua tanah milik penduduk yang berdekatan telah disukat dan dikenalpasti, tetapi sehingga penggumuman yang dibuat kerajaan Pusat untuk menangguhkan pebinaannnya sehingga tarikh yang tidak pasti menggusarkan kerajaan negeri.Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PBA Pulau Pinang pembesaran ini dalah perlu kerana mengikut kajian Lembaga Penduduk Pulau Pinang , pertambahan penduduk akan bertambah dalm masa 10 tahun akan datang iaitu dari 1.52 juta penduduk pada tahun 2007 kepada 2.06 juta penduduk pada tahun 2020 berdasarkan kepada peningkatan purata tahunan jumlah kelahiran dan pertambahan penduduk dengan kadar 2.36% setahun.

Manakala projek ketiga yang diluluskan oleh kerajaan negeri pula ialah bantuan sebanyak RM1.5 juta bagi membantu sekolah agama rakyat di Pulau Pinang di mana sebanyak 11 SABK (sekolah agama bantuan kerajaan) dan 4 buah SAR akan diberikan bantuan.Jika dahulunya dizaman Mahathir bantuan telah ditarik, kini kerajaan negeri telah kembalikan semula.Kerajaan negeri juga menjelaskan bahawa mulai tahun hadapan kerajaan negeri telah melancarkan bulan dakwah islamiah iaitu di bulan Februari dan Mac adalah bulan dakwah , manakala bulan Ogos pula dikenali sebagai bulan “menghormati agama”

Manakala projek keempat pula ialah kerajaan negeri mengambil keputusan untuk membina projek earobas .Projek ini telah di kenaloasti tidak akan mengganggu lalulintas dan telah di kenalpasti dikawasan mana yang akan dibina dan ini memudahkan rakyat negeri Pinang Pinang mengatasi masaalah pengangkutan.

No comments: