NI WALAUN... PEMIMPIN HANGPA PANDAI KA CARI 10 BILLION. NAK JUAI APA PLAK.. BALAK KA.. TANAH KA..


 

BANG MAT BALIK KAMPUNG SELAMBA DIA JA


 

JANGAN UNDI LA.. PEMECAHBELAH


 

PULAK... MELUGAI LA.. MAKAN RETA ANAK YATIM MASUK NERAKA OO


 

WOOOIHHHH..... UPSEREYNAPETSY... MAAQUB SINTOK MANA PLAK NI




 Hari ni puak-puak yang tak pernah sokong 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 dalam hidup yang 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵-𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶. Padahal dulu dia pun 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗲𝗸𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶.


Dan aku tengok ramai juga yang guna hujah macam di bawah ni; 𝘒𝘢𝘶 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘗𝘏 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘶𝘯𝘥𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘢𝘱𝘢? Konon nak ungkit la PH menang sebab janji Reformasi.


Macam ni. Sebenarnya 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 pun. Kenapa aku kata begitu? Sebab PH tak dapat menang majoriti mudah pun.


Kerusi yang PH dapat tak cukup untuk bentuk kerajaan sampaikan terpaksa buat kerajaan campuran. Kalaulah rakyat terima idea Reformasi, PH dah menang besar.


PH dapat undi dulu pun bukannya semata-mata sebab reformasi. Antara lain sebab rakyat 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗽 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗺𝘂𝘀𝗻𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗡.


Reformasi tak reformasi, rakyat sebenarnya mahu dilepaskan daripada belenggu PN yang 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.


Kebanyakan rakyat 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗶𝗳𝗲𝘀𝘁𝗼 𝗽𝘂𝗻 ketika memangkah. PRU15 adalah PRU yang mana 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻 lebih besar pengaruhnya berbanding manifesto.


Sebab tu hari ni kita boleh tengok yang sibuk ungkit Reformasi ni adalah 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 yang jelas menolak reformasi dahulu.


Rakyat biasa tak cerita pun Reformasi. Rakyat biasa cuma nak 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽. Mereka nak ekonomi dan politik negara kembali stabil.


Puak pembangkang ungkit Reformasi pun bukannya nak Reformasi. Mereka pun tahu, kalau betul agenda Reformasi berjalan, 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗱𝘂𝗹𝘂.


Mereka ungkit Reformasi pun sebab itu 𝘀𝗮𝘁𝘂-𝘀𝗮𝘁𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗶𝘀𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁. Nak main isu ekonomi ke, isu politik ke, semua akan 𝗽𝗮𝘁𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.


Pembangkang bercakap pasal Reformasi ni umpama 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗰𝘂𝗿 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝗼𝗸 𝗶𝗺𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘇𝗶𝗻𝗮. 𝗣𝗼𝘆𝗼 je lebih.


Pembangkang hari ni betul-betul 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵. Langsung tak pernah beri usul untuk kebaikan rakyat. Kerja dia cuma tunggu kerajaan buat silap, lepas tu dia hentam.


Tapi setakat hentam je la. Apa cadangan nak 𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘦𝘳 usul kerajaan yang dia kata tak betul tu langsung tak pernah beri. 𝗢𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗸𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KITA ULAM.... TAK CUKUP JOMLAH..

Aman Mohammad




 Mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan. - Abdul Hadi



📲Sinar Harian juga ada akaun Telegram. Jom follow https://t.me/SinarHarianOfficial atau subscribe WhatsApp https://bit.ly/2QFnNJy



MASA PAS JADI KERAJAAN DAN SEKOQ JADI TIM MENTERI


RMS


 Cerita ni mengenai peningkatan harga barang..






Tengok budak walaun nak bahan kerajaan, kononnya sangat susah kerana harga barang naik dan kos sara hidup meningkat.. mereka ni lupa, masa PAS jadi kerajaan, kenyataan pemimpin PAS..😆😆


Pasal tu walaun PAS susah nak dibetulkan, kepala hotak mereka dah rosak beyond repair.



INI DIA BUKTI MAHATHIR TIPU NEGARA.

 

Fendi Apple




PEJABAT PEGUAM NEGARA TERIMA SORAT BATAL PADA 22/05/2018. PEGUAM NEGARA KENA KECING DOLU SEBELUM KEBINET BARU.


Kambin Gurun yang digantung tugas dan diarahkan cuti pada 14/05/2018....batal dolu baru bagi tahu peguam..peguam pun kena kencing ataih kepala dolu baru kebinet baru dilantik dikencing pula selepas itu pada 23/5/2018...😂🤣😅😆😁😄🤭kih kih kih




Senang je buat pendapat dia keputusan tarik balik tuntutan tanpa merujuk Tuan Tanah dan juga kebinet negara,buat keputusan pon sorang2,kebinet pon tak bentuk lagi.




(Usd1). Surat 21/05/2018 untuk tarik balik dan batal..😂🤣😅😁kih kih kih


(Usd2). Tarikh Jabatan Perdana Menteri yang takda menteri diterima pada 22/05/2018...Menteri mana yang terima surat dan makluman?...😂🤣😁kih kih kih


(Usd3). Jadi mana tarikh keputusan yang dikata dibuat oleh jemaah menteri??..buat mesyuarat buat keputusan batal dan tarik balik tu pada masa Menteri2 Kebinet baru angkat sumpah pada 23/05/2018...jam tu angkat sumpah baru pegang jawatan jam tu juga buat keputusan? Orang mengong mana jadi chairman buat mesyuarat sambil angkat sumpah jwatan sambil tu bermesyuarat pulok doh😂🤣😅😆😁😄🤭kih kih kih


(Usd4). Buat jemaah menteri buat mesyuarat masa tarikh surat tu tarikh 22/05/2018??..menteri mana yang duduk pejabat peguam? ...Peguam Negara pon dikambing gurun kan untuk digantung tugas..nak kata kerani penghantar surat (despatch) tu yng luluskan pembatalan?😂🤣😅😆😁🤭..kih kih kih


(Usd5). "Istilah Berpendapat" kalau buka kamus nusantara pon kata..kemahuan atau keputusan..ini bermakna..keputusan sendiri dan muktamat sendiri. Ada keputusan jemaah menteri kambing gurun yang accept surat itu? Buat penilaian dan keputusan dia sendiri jadi kambing gurun?..🤣😅😂😆...kih kih kih


(Usd6). "Tidak perlu diteruskan"..buka kamus mana2 dalam donia yng fana ini..maksudnya "tidak diteruskan" itu adalah..Batal..Tidak Berjalan. .atau Tidak lancar..atau jalan mati..atau terhenti dan diberhentikan..😂🤣😅😆😁...kih kih kih


(RM7). Lepas tu tanya cost. Buat keputusan tanpa mengenai cost guaman yng berjalan..sedangkan jeomlahnya yng dikata mencecah berjuta2 ringgit Malaysia...baru jota2...dok sakau untuk anak beranak dan kroni berbillion takpa pulak..mengkayakan diri dan anak beranak duit negara dan rakyat boleh pulak..untuk negara dan maruah negara yng tergadai hanya jutaan ringgit rugi ke hapa?? ??...sekarang masalah Persempedanan semula dan maritim negara diperairan tu tak jadi masalah pada negara dan rakyat??.😂🤣🤭😁kih kih kih


Kalau tanya Si Bodoh Pas tu..dia dok konar Isley...Isley..Isley...Allah pon dia tipu..Isley kepala toyah dia😂🤣😅😆😁🤭kah kah kah



Batu Puteh: Polis Siasat Kenyataan Abdul Hadi. Pecahbelah umat Melayu Malaysia. Sama saja macam Mahazalim

 


Razarudin berkata, pihaknya akan memanggil Abdul Hadi dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau berkaitan isu Batu Puteh yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata polis menerima laporan pada Isnin lalu berhubung kenyataan berkenaan yang dimuat naik di laman X milik Abdul Hadi.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Razarudin berkata, pihaknya akan memanggil Abdul Hadi dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Pada 23 Mei 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia.

ICJ turut memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.




Peruntukan RM1 Juta Bina Pusat Pengajian Islam Di Chemor

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah di Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin Tanah Hitam di Chemor, hari ini. - Foto NSTP/Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

IPOH, 20 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembinaan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Tanah Hitam, Chemor dekat sini.

Beliau berkata ia adalah tambahan kepada dana yang dikumpul oleh penduduk kawasan itu bagi membangunkan pusat pengajian berkenaan.

Katanya, beliau memberi perhatian khas kepada pusat pengajian Islam itu atas usaha dan ikhtiar pengurusannya membangun dan mengimarahkan institusi pengajian agama berkenaan.

“Saya ucap penghargaan setingginya (kepada pihak pengurusan pusat pengajian itu) termasuk penduduk di sini yang telah mengambil ikhtiar sendiri, tanah wakaf, yang membangunkan adalah ikhtiar sendiri.

“Ini (ikhtiar sendiri) satu perkara yang sangat membanggakan kerana ilmu itu fadilatan (fadilat) kepada seluruh Muslim dan Muslimat dan matlamat kita itu sebenarnya nak didik masyarakat, angkat martabatnya dan beri kefahaman,” katanya ketika berucap pada majlis Lawatan Mahabbah dan Kenduri Rakyat di pusat pengajian itu dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Penaung Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu rakyat mengubah persepsi bahawa tanggungjawab membangun dan mengimarahkan institusi kerohanian seperti masjid dan pusat pengajian agama tidak hanya tergalas di bahu kerajaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab kepada semua rakyat.

Beliau berkata, martabat umat Islam boleh diangkat apabila tanggungjawab membangun dan mengimarahkan institusi agama sedemikian dimainkan semua pihak, termasuk menerusi sumbangan kepada tabung masjid pada setiap Jumaat sewaktu sesi solat Jumaat berlangsung.

“Seperti hari Jumaat kita ke masjid, bina masjid itu pun menjadi tanggungjawab semua. Sesetengah orang dia salah faham dengan dia ingat semua ini dari peruntukan (kerajaan).

“Namun, mesti ada paling kurang seringgit (RM1), mesti ada saham dia untuk membina masjid. Maknanya, mengimarahkan atau membangun masjid itu tanggungjawab semua.

“Jadi mesti ada saham RM1, atau RM10, atau RM100 mengikut kemampuan masing-masing. Untuk apa? Bukan untuk tempat porak-peranda, maki hamun, fitnah orang atas nama Melayu atau Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan perlu berjimat dan berhemah dalam berbelanja bagi menampung kos urus negara yang semakin meningkat termasuk menampung tambahan kos RM10 bilion sepanjang 2025 bagi kenaikan gaji penjawat awam.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu memastikan wang kerajaan diurus dengan cekap tanpa membabitkan perbelanjaan tidak perlu yang boleh menyumbang kepada ketirisan dan rasuah.

“Untuk tahun depan, gaji (penjawat awam) naik seluruh negara membabitkan tambahan RM10 bilion untuk 2025 sahaja. Hendak cari di mana? Maka sebab itu kita kena jaga dan cermat.

“Wang ini wang rakyat. Jangan bagi orang curi duit, jangan ada amalan ambil komisen, ambil rasuah, beli harta di London, beli harta di Vancouver, beli harta di New York. Kemudian bila balik, dia bercakap soal perjuangan.

“Dia kena belajar daripada dalam hati, betulkan. Kalau begini dibetulkan, Insya-Allah rezeki itu Tuhan akan curahkan… Yang itu saya yakin. Susah memang susah, kerja kena kuat, sungguh-sungguh,” katanya.


Misi pencarian MH 370 terbaharu dipersetujui



Kerajaan telah bersetuju untuk menerima cadangan syarikat robotic Ocean Infinity dari UK untuk melaksanakan misi pencarian terbaharu MH370.

Kapal terbang milik MAS itu hilang tanpa kesan 10 tahun lalu.

Cadangan perjanjian tersebut diterima berdasarkan prinsip, tiada pencarian tiada pembayaran, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.


Ini bermakna Putrajaya tidak perlu pembayaran kepada syarikat tersebut sehingga kapal terbang tersebut dijumpai.

Jika bangkai kapal terbang tersebut ditemui, kerajaan perlu membayar Ocean Infinity US$70 juta.


“Cadangan syarikat tersebut meyakinkan dan memerlukan pemeriksaan selanjutnya oleh kerajaan.


Kementerian Pengangkutan sedang merundingkan terma dan syarat perjanjian dengan Ocean Infinity yang akan dimuktamadkan pada awal 2025,” kata Loke dalam satu siding media.


Ocean Infinity telah mencadangkan kawasan pencarian baharu seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, berdasarkan analisa data terkini.


Kehilangan MH370 ialah misteri terbesar dalam dunia penerbangan. Kapal tersebut hilang pada 8 Mac 2014 dengan 239 orang dari Kuala Lumpur ke Beijing.


Kontrak perjanjian ini sedang diteliti oleh Peguam Negara dan pencarian akan bermula apabila kedua belah pihak menandatangani perjanjian.

Perjanjian tersebut sah selama 18 bulan.




Anwar pernah buat janji dengan penjawat awam sebelum menang PM

 


Seorang penjawat awam melahirkan rasa syukur kerana akhirnya dapat menikmati kenaikan gaji setelah sekian lama, dan mengatakan Perdana Menteri telah mengotakan janji kepadanya.

Fuad Nordin dalam satu hantaran di Facebook mengimbas kembali janji Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada waktu itu katanya dia sempat meluahkan kepada Anwar tentang dilema gaji sebagai penjawat awam dan komitmen yang besar, sebelum Anwar sendiri menyahut perkara itu dengan positif.


“Alhamdulillah. Hari ni terbukti PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya pada aku. Di pagi Hari penamaan calon PRU15 tempoh hari aku dapat sarapan pagi semeja dengan DSAI sebelum ke tempat penamaan calon.

“Aku luahkan kepada beliau berkenaan gaji aku sebagai penjawat Awam. Aku cerita kepada beliau kometmen aku dengan gaji yang aku perolehi waktu itu. Potong rumah, kereta, anak sekolah dan segala bagai.

“Aku kata kepadanya jarap kalau Datuk Seri jadi PM nanti tolonglah naikkan gaji minimum penjawat awam,” kongsinya.


Fuad berkata dia masih ingat kata-kata daripada Anwar bahawa perubahan itu akan diusahakan jika beliau berjaya menjadi Perdana Menteri.

“Dia kata kepada aku doakan dia menang di Parlimen Tambun ini dan dapat jadi Perdana Menteri untuk mentadbir Negara, InsyaAllah dia akan usahakan.

“Syukur Alhamdulillah hari ni gaji dah naik 8 peratus tahun depan KGT naik RM100, Januari 2026 pula naik lagi 7 peratus Syukur Alhamdulillah.

“Terima kasih PMX dan terima kasih Kerajaan Perpaduan,” katanya lagi.


Pelaksanaan pemberian pelarasan gaji akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

Sebelum ini Anwar berkata pelarasan gaji bagi pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah sebanyak 8 peratus pada Fasa 1 dan 7 peratus pada Fasa 2; manakala untuk KPT adalah 4 peratus bagi Fasa 1 dan 3 peratus bagi Fasa 2.

Contoh jika seorang Pembantu Hidupan Liar, Gred G11, dengan pendapatan bulanan pada 30 November 2024 sebanyak RM1,795, dia akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM2,115 mulai Disember 2024 berdasarkan pelarasan gaji Fasa 1.



POLITIKUS PERLEKEH PMX NAIKKAN GAJI PENJAWAT AKHIRNYA PENJAWAT AWAM TERU...


Penjawat awam di seluruh negara melahirkan rasa syukur dan kegembiraan selepas menikmati kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini. Tinjauan Kosmo! mendapati, ramai berkongsi perasaan gembira memandangkan kenaikan kali ini bukan sahaja memberi kelegaan dalam menguruskan kos sara hidup yang semakin meningkat, malah menjadi satu penghargaan atas usaha dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini. “Ramai berseri-seri pagi ini. Orang kerja kerajaan hari ini nikmati kenaikan gaji di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Tahniah buat penjawat awam. Jangan lupa tambahkan tabungan masing-masing,” kata seorang pengguna media sosial, Nsarabella. Seorang lagi penjawat awam, Shamyra Rosli, berkata kenaikan ini memberikan kelegaan kepada keluarga mereka. “Lega tengok slip gaji lepas penyelarasan gaji SSPA. Alhamdulillah syukur. Rezeki anak-anak,” ujarnya. Sementara itu, Pak Maon yang turut menikmati kenaikan gaji tersebut melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan atas usaha meringankan beban rakyat. “Alhamdulillah dengan kenaikan ini dapat membantu meringankan beban perbelanjaan untuk keluarga aku. Terima kasih kerajaan,” katanya. Selain penjawat awam, pesara kerajaan turut berkongsi rasa syukur atas kenaikan pencen yang mereka nikmati. Menurut Seth Shaari, yang telah menyumbangkan bakti selama lebih tiga dekad, kenaikan pencen ini sangat membantu meringankan kos sara hidup di usia emas. “Menyumbang bakti selama 30-40 tahun dengan berkhidmat. Ada juga yang meninggal selepas pencen, tak sempat nak merasa duit pencen. “Ada juga yang sakit tapi alhamdulillah pencen yang dapat ini boleh membantu untuk meringankan biaya hidup. Tak banyak pun tak apa. Sentiasa bersyukur,” katanya. Seorang lagi pesara, Bisek Senduk, yang bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selama 36 tahun berkata, pencen yang diterimanya adalah hasil kerja keras dan pengorbanan selama bertugas. “Syukur dengan pencen yang dapat. Sudah puas bertungkus-lumus kerja. Ada yang pahit, ada yang masam dan ada yang manis. Macam-macam dah dirasai selama bertugas,” katanya. Raja, salah seorang pengguna Facebook, menasihatkan penjawat awam agar memanfaatkan kenaikan ini dengan sebaik-baiknya. “Alhamdulillah rezeki. Guna lah pendapatan bulanan itu secara bijaksana. Pasti keperluan diutamakan. Kehendak berfikir panjang,” katanya. Kenaikan gaji dan pencen ini bukan sahaja memberi impak positif kepada penjawat awam dan pesara, malah turut meningkatkan motivasi golongan pekerja untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi pembangunan negara. – KOSMO! ONLINE


AKU TAK PAHAM


Sekarang saya dah blurr sikit. Sebenarnya, siapa tunggang siapa ni? Adakah PAS yang tunggang mereka ATAU mereka yang tunggang PAS, sebab kedua-duanya BELUM masuk Islam. 


Adakah kafir 2 orang ni guna PAS untuk meraih populariti? Apakah fahaman merek cukup mendalam untuk berani berbicara tentang Islam kepada umat Islam di negara ini??🫣







MB TERENGGANU TIDAK SERIK, MUSIM BANJIR SAHAJA ‘ON HOLIDAY




Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sekali lagi mendapat kecaman umum apabila ke luar negara ketika negara khasnya negeri Terengganu berdepan dengan musim banjir.


Dua tahun lalu Samsuri turut dikecam hebat apabila bercuti ke New Zealand bersama keluarga. Ekoran itu, beliau terpaksa memohon maaf dan berjanji akan memperbaikinya pada masa akan datang supaya perkara yang sama tidak berulang.


Namun Samsuri tidak serik, beliau bukan tidak tahu saban tahun negerinya pasti akan terkesan dengan fenomena Monsun Timur Laut, tetapi masih mahu menggunakan masa ini untuk ke luar negara. 


Kali ini beliau ke Manchester, UK pula untuk program dialog berkenaan SG4 [State Government 4 (Terengganu, Kedah, Kelantan, Perlis)]. Dah tak ada tempat sangat ke kat Malaysia ni sampai perlu berdialog kat UK sana?


Musim banjir sahaja, 'on holiday!' Ini semua taktik!


#MyCommNews

#MCN

#MalaysiaMADANI

#BanjirTerengganu



NI HADI AWANG. DIA SUKA KELUAR FATWA.





KISAH IBLIS


NIK HASYUDEEN) 


 Iblis boleh main “slow game” untuk mensyirikkan manusia


Di zaman media sosial kita diajar untuk dapatkan hasil dengan cepat. Namun, Iblis boleh tunggu untuk dapatkan hasil walaupun memakan masa.


Kita tengok asal usul penyembahan berhala. Ianya bukan berlaku secara serta merta. Buat patung dahulu. Hormat. Kemudian lebih sikit-sikit sehinggalah akhirnya patung-patung itu disembah. Ini mungkin berlaku di dalam beberapa generasi.


Patung-patung itu pula bukannya patung orang jahat-jahat. Ianya untuk mengingatkan kepada orang baik-baik. Iblis pandai pilih kaedah yang tidak melawan nafsu.


ٱتَّخَذُوٓا۟ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَـٰنَهُمْ أَرْبَابًۭا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلْمَسِيحَ ٱبْنَ مَرْيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوٓا۟ إِلَـٰهًۭا وَٰحِدًۭا ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَـٰنَهُۥ عَمَّا يُشْرِكُونَ


Maksudnya: Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.


(Surah al-Taubah: 31)


Perkara-perkara yang boleh membawa syirik boleh diperkenalkan di satu zaman dan di”upgrade” kepada hard core syirik di zaman yang lain. Sekiranya ada pihak yang berpengaruh membantu di dalam proses ini, tentunya lebih mudah kerja iblis.


Marilah kita semua berusaha untuk menjauhkan diri kita dan keluarga kita dari syirik dan jalan-jalan yang membawa kepada syirik.




ISU TANAH DI JALAN DUTA, APAKAH KITA SUDAH HILANG SENSITIVI?


MSO


Isu tanah di Jalan Duta yang menempatkan beberapa bangunan dan peremis kerajaan yang diperintah agar diserahkan kepada Semantan Estate Sdn. Berhad (SESB) seperti tidak mendapat apa-apa reaksi daripada rakyat. Rakyat seperti tidak terkesan dengan keputusan itu yang kerajaan bakal kehilangan eset yang bernilai ratusan billion ringgit.


Tiada mana-mana entiti bangkit mempersoal dan berusaha menjamin aset itu kekal. Dalam sidang parlimen selama 35 hari yang baru lengsai tiada seorang pun ahli parlimen bangkit menyuara dan memberi solusi. Isu tanah di Jalan Duta itu tidak diberi perhatian seperti isu pulau Batu Puteh yang sudah terlepas.


Seakan kita semua tidak pun merasai apa-apa kerugian disebalik kehilangan tanah berkenaan. Isu tanah itu tidak seperti isu politik dan agama murahan yang cepat diakses rakyat dan dipolemikkan. Semua orang jadi bisu, tuli dan pekak dengan isu tanah ini. Kenapa?


Apakah rakyat kita, bangsa Melayu telah tepu dengan rasa sensitivi dalam menjaga dan mempertahankan hak kerajaan? Mungkin disebabkan keadaan ini, menyebabkan harta benda kerajaan banyak rosak, terbiar atau hilang terus kerana kurang peka dan rasa sayang rakyat untuk membelanya. Sebab itulah pendatang mudah menduduki premis kita.


Padahal kalau hendak dikira premis yang terdapat dalam tanah di Jalan Duta Mukim Batu daerah Kuala Lumpur itu memberi manfaat besar kepada rakyat dan rakyat tidak patut melihat begitu saja. Sekurang-kurangnya mereka bermukim (bekerja) disitu patut menjadi entiti utama merasai gusar atau terkesan kehilangan tanah berkenaan. 


Sepatutnya mereka bangkit bersuara. Namun tidak berlaku demikian, kita tidak dengar, ada sebarang himpunan protes atau sepanduk dipasang apabila premis itu diperintah diserahkan kepada SESB. 


Kalau hendak dikira berapa ribu orang bermukim disitu, berkantor dan mencari makan di situ. Khairat atau jemaah masjid Wilayah itu saja sudah puluhan ribu. Itu tanpa mengira yang hadir menonton hoki di stadium hoki, atau yang berkerja di pejabat kerajaan di situ. 


Tetapi tiada apa-apa reaksi dan emosi daripada mereka. Seharusnya apabila mahkamh memutuskan tanah itu diserah kepada SESB sudah ada sepanduk dipasang dipagar masjid atau studium berbunyi PRRTAHANKAN KAMI , JANGAN ROBOH KAMI, SELAMATKAN KAMI atau apa apa.


Sebenarnya tanah ini menjadi isu sudah lama. Pihak SESB mengemukakan saman pemula tahun 2003 lagi kemudian tahun 2009 Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan yang SESB ada benefesial ke atas tanah tersebut. 


Tahun 2012 kerajaan mengemukakan rayuan ditolak di peringkat Mahkamah Persekutuan tahun 2018. Kerajaan juga buat permohonan menangguhkan tindakan tetapi telah ditolak.


Isu tanah ini terdedah dan baru disedai apabila PM Anwar Ibrahim mengulas mengenainya. Menurut Anwar beliau menghormati keputusan mahkamah, tetapi dilihat ia memberi implikasi menyebabkan ada kewajaran untuk dilihat dari sudut perundangan kerana prinsip pengambilan tanah adalah untuk kepentingan awam.


Lagipun sekiranya kes itu dijadikan precedent (dahuluan) sama ada pengambilan tanah sebelum atau selepas merdeka ia boleh menimbulkan huruhara. 


Justeru katanya kabinet akan memperhalusi perkara tersebut. Setakat ini Anwar seperti keseorangan mempedulikan nasib tanah dan premis kerajaan itu. Bagaimana pun sehingga sekarang kita tidak mengetahui apakah hasil penghalusan daripada kabinet itu, ataupun ia belum dilakukan apa-apa lagi.


Memandangkan isu tanah ini besar dan seperti kata Anwar ia boleh memberi implikasi, wajar ditubuhkan jawatan kuasa khas untuk menangani isu tanah tersebut yang turut terpakai untuk mengawal atau memantau mana-mana tanah dan premis kerajaan yang sedang atau akan berhadapan dengan suasana seperti tanah di Jalan Duta itu. 


Sebuah NGO bagi menangani dan memperjuangkan harta benda dan aset kerajaan juga perlu ditubuhkan dari kalangan orang awam dari pelbagai profesional terutamanya entiti yang terbabit secara langsung. 


Rakyat negara ini tanpa mengira kaum perlu peka kepada tanggungjawab untuk menyelamatkan harta benda negara yang berkepentingan umum. Ia tidak boleh dianggap enteng dan suatu kekhilafan biasa. Kerana, bayangkan sekiranya tanah seluas 263,272 ekar itu diserahkan kepada ESSB bagaimana nasib banggunan dan harta benda kerajaan yang terdapat disitu yang nilainya berbillion ringgit.


Bukan itu sahaja sekiranya tanah itu terlepas kepada SESB sudah tentu mereka akan bangunkan tanah itu mengikut acuan pemikiran mereka. 


Mereka akan menekankan nilai komersial semata mata. Jika ini berlaku mana mana tanah yang masih kosong tentu akan dibangunkan yang boleh menyebabkan ia menganggu kelestarian alam termasuk menceroboh keindahan dan kemegahan masjid Wilayah, itu pun kalau selepas berlaku penyerahan, tuan tanah masih bersetuju untuk kekalkan masjid itu. Jika tidak kita tidak dapat menghalangnya.


Adalah diharapkan hasil penyelesaian secara perundingan seperti dicadangkan Anwar itu mencapai kata sepakat baik tanpa mengenepikan undang undang sehingga ada pihak teraniaya 


Dan sekiranya tanah itu terpaksa juga dipinda milik apakah pembangunan disitu nanti tidak akan menganggu mercu tanda yang ada kini dan kekestarian alam dikekalkan. Apakah jaminannya? Hura hara ini yang kita tidak mahu saksikan nanti. Trims.



HUDUD BUKAN.. RUU 355 BUKAN.. TAKZIR NI BOLEH KA... ATAU NAK TUNJUK ISLAM?? .


Che Ibrahim.... 


SEBAT DI KHALAYAK AWAM : SATU POLEMIK BARU PERUNDANGAN SYARIAH. 





Negara akan mengalami satu lagi  polemik baru perundangan syariah apabila satu hukuman sebat di khalayak ramai bakal dilaksanakan di Terengganu pada 27 Dis 2024 ini sehingga ada yang beranggapan hukum tersebut sebagai hukuman hudud,  ada pula yang berpendapat ianya satu bentuk hukuman takzir yang akan memperkasakan lagi mahkamah syariah.


Hukuman tersebut telah dikenakan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir ) 2002, Terengganu (Pindaan 2022).


Walaupun hukuman ini pernah dilaksanakan di Sabah beberapa tahun yang lepas, ianya tidak mengundang polemik kerana pelaksanaan hukumannya tidak disensasikan. Kerajaan Kelantan sebelum isu RUU 355 pernah mencadangkan untuk melaksanakan hukuman sebat di perkarangan masjid, namun ianya sekadar cakap cakap pemimpin politik. 


Akta 355 @ Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan  hukuman sebat tidak lebih dari 6 kali selain denda tidak melebihi rm5000 atau penjara tidak melebihi tempoh 3 tahun.


Walaupun hukuman sebat  pernah dijatuhkan oleh mahkamah syariah, tetapi pelaksanaan sebat dilakukan dalam penjara dan dilakukan oleh pegawai penjara dengan disaksikan oleh pegawai mahkamah, pegawai penguatkuasa, pegawai pendakwa syarie, pegawai perubatan dan lain lain lagi.


Beberapa polemik baru ekoran dari hukuman sebat di khalayak ramai yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada 20 Nov 2024 akan timbul, antaranya;


1. Adakah hukuman itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan kerana Akta 355 tidak menyebut pelaksanaan di khalayak ramai?


2. Adakah hukuman tersebut boleh dilaksanakan di luar penjara dan  siapa yang akan menjadi "Tukang Sebat" kerana Ordinan Penjara tidak membenarkan pegawainya menjalankan tugas di luar penjara?


3. Apakah yang dimaksudkan "" khalayak awam" di segi syariah? Adakah pelaksanaannya dalam penjara yang disaksikan oleh sekelompok tertentu penjawat awam tidak memenuhi kehendak " khalayak awam"


4. Perlukah hukuman takzir dilaksanakan di khalayak awam?



Terjawab kenapa kerajaan rugi RM4.5 juta sehari sebab diesel


 

Di sebalik kegiatan penyelewengan diesel yang menyebabkan kerajaan kerugian RM4.5 juta sehari, sebuah stesen minyak didakwa berkomplot membiarkan kegiatan itu berlaku.

Atas sebab itu, syarikat stesen minyak terbabit dan dua pengarahnya didakwa di Mahkamah Sesyen semalam.

Mereka didakwa atas pertuduhan membenarkan penjualan barang berjadual minyak diesel sebanyak 6,562 liter ke dalam sebuah lori yang melebihi had dibenarkan, tahun lalu.


Stesen minyak hanya dibenarkan menjual diesel kepada kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia tidak lebih daripada 250 liter dengan sekali transaksi sehari.

Kedua-dua pengarah itu atau Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Pengarahnya iaitu Lim Kok Ban, 63, dan Othman Mohamad Supian, 59.


Berdasarkan pertuduhan, syarikat berkenaan secara bersama dengan dua pengarahnya sebagai pemegang lesen runcit telah membenarkan penjualan diesel kepada kenderaan lori sebanyak 6,562 liter.

Kesalahan itu dilakukan pada 21 Ogos 2023 jam lebih kurang jam 7 malam di sebuah stesen minyak di Bandar Baru Nilai.

Sehubungan itu, syarikat tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Jika sabit kesalahan, mana-mana pertubuhan perbadanan yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda maksimum RM5 juta.


Manakala dua pengarah syarikat didakwa di bawah peraturan sama yang dibaca bersama Seksyen 22(4) AKB 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang didenda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.




NI DIA SIKAP PAS.

 

PAS sucikan Zahid. 

Bila Zahid jadi TPM, PAS meroyan marah-marah. 


PAS juga sucikan Musa Aman. 

Bila Musa Aman jadi TYT, PAS juga meroyan marah-marah. 


Kenapa PAS begitu? 

Sebab PAS tak chukop jumloh nak jadi kerajaan. 


:)


POKKA DALAM PAS


Fazrie Ahmad


Kalu koram nok tahu sape Pokka dalam PAS, ini die orangnye, Sam Pokka.



Die nim letok jawatang dalam PAS dikaborkan sebab doh kantoi g jupe Wak Jahid ajok nok buat kerajaan. Senyap2 die g jupe wak jahid tawarkan jd PM si 47 kes tu.

Pah dari die tahu PN lenim doh kuat nok buat kerajaan. Die cube nok gagalkan usaha PN nim. Die bagi alasang pimpinan utame PN kononye banyok dari BERSATU.

Die gune budok2 pemude PAS suruh lawang BERSATU. PN sebelum nim pong, memey doh Pengerusi TSMY. Timb dari Peja ke Hamzoh, SUA dari Hamzoh ke Jeming, Ket Penerangan dr Jeming ke Peja, Ketua Pemuda kekal PAS dan die Bendahari PN.

Ape yang nok pelik? Ayah thu denim memey gile nok jd Perdana Menteri dr dlu gih.

Babtu lah ayah cakak denim Pokka dalang PAS. Die beruboh jd macang2. Jd MB pong bacul dge Nuor Braheng sebab die memey ore yang kagum dge Nuor Braheng.

Ayah tgk video nim pong Sam Pokka die lemoh lembik semacang jer?

Takut pulok ayah dge Sam Pokka nim😥
 #drsam #PN #PerikatanNasional #pas



LANTIKAN TYT SABAH: BUKAN TANGGUNGJAWAB PERDANA MENTERI!




Masih heboh diperkatakan mengenai lantikan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman yang dikaitkan dengan Perdana Menteri.


Barisan pembangkang rancak berpesta, menangguk di air keruh dengan menggunakan isu tersebut untuk menyalahkan Perdana Menteri dan melabelkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai hipokrit kerana bersetuju dengan pelantikan itu.


Perkara 1(1) Perlembagaan Sabah jelas menyatakan bahawa Perdana Menteri tiada peranan dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi urusan pelantikan, sebaliknya ia tanggungjawab Ketua Menteri Sabah.


Jadi, semua salah PMX lagi ke?


#MyCommunityNews

#MCN

#PerdanaMenteri

#LantikanTYTSabah



AHLI POLITIK PROFESION PALING TIDAK DIPERCAYAI

 

Ahli politik dan pempengaruh media sosial menjadi antara profesion yang paling kurang dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu sebanyak 41 peratus dan 36 peratus.

Perkara berkenaan didedahkan menerusi kajian ‘Kepercayaan Terhadap Profesion’ yang dijalankan firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) dari 24 Mei hingga 7 Jun lalu, membabitkan 23,530 responden secara dalam talian dari 32 buah negara.

Selain itu, menteri kerajaan turut menjadi kerjaya yang tidak dipercayai masyarakat dengan kadar peratusan sebanyak 35 peratus.

Seterusnya diikuti eksekutif pengiklanan dan pemimpin agama yang mana mencatatkan nilai peratusan sama iaitu 30 peratus.

“Kira-kira sepurah daripada purata penduduk global kurang mempercayai ahli politik, pempengaruh media sosial dan menteri kerajaan.

“Rakyat Malaysia khususnya cenderung mempamerkan rasa kurang percaya yang lebih rendah berbanding purata global,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Menerusi tinjauan sama, profesion guru meraih nilai kebolehpercayaan tertinggi dengan 59 peratus rakyat Malaysia menganggap kumpulan berkenaan boleh dipercayai.

Seterusnya, doktor sebanyak 55 peratus, saintis (49 peratus), angkatan tentera (49 peratus), hakim (46 peratus), polis (42 peratus, jurubank (40 peratus), pembaca berita (40 peratus), peguam (39 peratus) dan pelayan (38 peratus).

“Bagaimanapun pada peringkat global, kepercayaan terhadap profesion doktor, saintis dan pelayan adalah lebih tinggi daripada rakyat Malaysia.

“Ini kerana doktor mencatatkan nilai kebolehpercayaan sebanyak 58 peratus, saintis (56 peratus) dan pelayan (44 peratus),” jelas Ipsos.


BERITA HARIAN.


MELUAT DIA NI- DENGAR SAMPAI HABIS.ANDA AKAN KENAL PEMAIN POLITIK PAS DAN BERSATU-TAPI DIA NI TERUS TERANG-"KALAU BUKAN DIA, SIAPA LAGI" ?ISU PAS, MUAFAKAT NATIONAL, MAHATHIR LEPAS JAWATAN,HANYA MAHU JAWATAN .

Akuan bersumpah sokong Anwar jadi PM memang ada, kata Tajuddin

Berita baik untuk penduduk Terengganu, Kelantan dan Pahang.




Saya ingin berkongsi prestasi pelaburan yang direalisasikan dan pelaburan baru yang telah disahkan di Terengganu, Kelantan dan Pahang. 


Agensi di bawah Kementerian Ekonomi yang diberi tanggungjawab merealisasikan pelaburan di Terengganu, Kelantan dan Pahang adalah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ataupun ECERDC.


Setakat Januari hingga November 2024, berikut ialah pelaburan yang telah direalisasikan (maksudnya sedang berjalan) mengikut negeri:


Pahang: RM10.2 bilion 


Terengganu: RM3.1 bilion


Kelantan: RM0.1 bilion


Peluang pekerjaan yang diwujudkan dari pelaburan-pelaburan ini ialah sebanyak 8,841.


Bagi tempoh yang sama iaitu Januari hingga November 2024, pelaburan baru yang telah dikemukakan kepada ECER bagi Terengganu, Kelantan dan Pahang ialah sebanyak RM8.7 bilion iaitu


Pahang: RM5.4 bilion


Terengganu: RM2.1 bilion


Kelantan: RM1.2 bilion


Peluang pekerjaan yang diwujudkan adalah sebanyak 2,833 pekerjaan.


Salah satu mandat Kementerian Ekonomi ialah memastikan pembangunan yang seimbang di semua negeri-negeri. Selain dari peruntukan persekutuan yang diberikan setiap tahun kepada Pahang, Terengganu dan Kelantan, Kementerian Ekonomi juga berusaha membawa pelaburan berskala besar melalui ECER.


Sama-sama kita doakan perancangan Kementerian Ekonomi melalui ECER akan terus membawa pelaburan baru ke negeri-negeri ini.


Aaamin.



DEMI VIEWS 2 JUTA SANGGUP MEMFITNAH! AKHIRNYA MOHON MAAF & POLIS SAHKAN ...

FADLI SAARI YANG BODO.





 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 ni tak sedar diri. Dia budak mentah yang ada 𝘻𝘦𝘳𝘰 𝘬𝘯𝘰𝘸𝘭𝘦𝘥𝘨𝘦 dalam serba serbi melainkan buat benda bodoh dan kecoh yang tak patut dibuat oleh seorang MP. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗲𝘁𝗶 ada hati nak komen tentang hal ASEAN.



𝘔𝘦𝘯𝘨𝘢𝘱𝘢 𝘗𝘔 𝘭𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬 𝘛𝘩𝘢𝘬𝘴𝘪𝘯 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘢𝘬𝘢𝘳? Cuba 𝘥𝘦𝘧𝘪𝘯𝘦 pakar tu apa. Mengikut 𝗞𝗮𝗺𝘂𝘀 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻, pakar ertinya orang yang ahli, pandai sekali. Kalau orang tu punyai pengalaman atau 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 buat sesuatu, itu dah boleh dikatakan pakar.



Contoh macam 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘄𝗮𝗻𝗴. Cukup hebat gunakan 𝗺𝗮𝗻𝘁𝗶𝗾 𝗵𝗮𝗶𝘄𝗮𝗻 untuk menghina musuhnya. Maka kita boleh gelar dia 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗶𝘄𝗮𝗻. Macam 𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶, pandai belit, pandai maki orang. Kita boleh panggil dia 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗹𝗶𝘁 dan 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗺𝗮𝗸𝗶.



Eh ada lagi. Mastura pun kita boleh kata 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 sebab dia sekali fitnah 3 orang dan sekali 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗥𝗠825𝗸. Kira pakar la tu sebab dia ada pengalaman memfitnah dan kalah saman fitnah. Apa yang susahnya?


Thaksin berpengalaman dalam pentadbiran, bahkan pernah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡, takkan tak pakar lagi? Dah terbukti masa dia mentadbir Thailand dulu, ekonomi negara itu 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗴𝗮𝗿. Bukan macam Sanusi, Samsuri malahan Hadi sendiri jadi MB. 𝗥𝘂𝗻𝘁𝘂𝗵 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶.


Lagi pun jawatan tu 𝘁𝗮𝗸 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶. Bila tak rasmi ertinya tak ada elaun. Dan lebih penting, tak ada kuasa. Ianya lebih kepada penghargaan atas pengalaman. Dan yang lebih penting, 𝗶𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 antara Malaysia dan Thailand.


Sudah tentu pengumuman DS Anwar menjadi sesuatu yang boleh Thailand banggakan. Itulah seni politik. Lebai mana tahu soal 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗶. Lebai cuma tahu 𝗺𝗮𝗸𝗶 𝗵𝗮𝗺𝘂𝗻, 𝗱𝗼𝗮 𝗹𝗮𝗸𝗻𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗳𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. Lebai mana reti diplomasi.


Budak mentah ni persoalkan DS Anwar lantik seorang berpengalaman seperti Thaksin sebagai penasihat. Tapi dia lupa ke 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 dulu 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗣𝗲𝗷𝗮 sebagai penasihat. Orang yang jadi MB pun kena buang. Dah tu 𝗱𝗶𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 𝘁𝘂.


Perlantikan Peja masa tu menjejaskan negara secara langsung tapi lebai ni jadi 𝗯𝗶𝘀𝘂, 𝗯𝘂𝘁𝗮, 𝗽𝗲𝗸𝗮𝗸. Yang ini tak ada kena mengena dengan negara pun, dia boleh nak melalak. Nampak sangat hipokrasi lebai ni. 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗲𝘁. Begitulah.


Mudah cerita, dari segi kepandaian, macam langit dan bumi antara DS Anwar dan Fadhli ni. Atau lebih tepat, macam 𝗽𝗹𝘂𝘁𝗼 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗺𝗶. Fadhli terlalu dungu jika nak dibandingkan dengan DS Anwar. Jadi sedarlah diri tu kalau nak buat isu.


Ada lebih baik Fadhli ambil 𝘁𝘂𝗶𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗸𝗲𝗹𝗮𝘀 𝗠𝗮𝘁𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 dulu. Tak malu ke jadi MP tapi nak buat perbandingan nombor pun tak reti? Akhir sekali, 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗠? Tak berani tunjuk ke? Guane boh?


 

Raja Gelap II 



.


SENATOR PAS BERMAIN POLITIK DI DEWAN NEGARA! TIDAK HABIS HABIS KENA BERU...

TANYA TERUS MENTERI JAWAB SOALAN RAKYAT! TANPA ADA TAPISAN SOALAN & DIJA...

LANGKAH BERSATU DAN MUHYIDDIN TERBONGKAR DI SABAH!!

ABDULLAH JAWAB AKMAL MAHU KAJI SEMULA HUBUNGAN INI JIKA ADA KAWAN, AMBIL...

SOALAN PANAS DARI PEMIMPIN2 SABAH DAN INI JAWAPAN MANTAP DAN TERBAIK YB R...

Karya Penyair Turkmenistan Ke Dalam Bahasa Melayu Akan Diusahakan DBP – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan seiringan bersama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow di Perdana Putra, Putrajaya pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 19 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini dalam inisiatif menterjemahkan karya penyair dan pemikir Turkmenistan, Magtymguly Pyragy ke dalam Bahasa Melayu.

Perdana Menteri berkata terjemahan itu akan membolehkan rakyat Malaysia menghargai karya Pyragy yang mencerminkan komitmen terhadap keadilan, keamanan dan keperibadian menentang ketamakan serta penyalahgunaan kuasa.

“Terjemahan beberapa karya agung (penyair itu) ke dalam bahasa Melayu agar ia dapat dikenali dengan meluas di sini, membawa makna kepada kerjasama yang komprehensif antara negara Islam yang komited terhadap pembangunan dan keamanan,” kata Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow di Perdana Putra, Putrajaya pada Khamis. Foto TV3

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedow semasa lawatan rasmi dua hari ke Malaysia, di sini hari ini.

Anwar juga menzahirkan ucapan tahniah kepada negara di Asia Tengah itu sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-300 penyair berkenaan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pertemuan dua hala bersama Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedow di Perdana Putra, Putrajaya pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pyragy adalah pemimpin spiritual, penyair falsafah dan ahli sufi yang dianggap sebagai bapa kesusasteraan Turkmenistan dan tokoh paling terkenal dalam sejarah sastera negara itu.