ISU TANAH DI JALAN DUTA, APAKAH KITA SUDAH HILANG SENSITIVI?


MSO


Isu tanah di Jalan Duta yang menempatkan beberapa bangunan dan peremis kerajaan yang diperintah agar diserahkan kepada Semantan Estate Sdn. Berhad (SESB) seperti tidak mendapat apa-apa reaksi daripada rakyat. Rakyat seperti tidak terkesan dengan keputusan itu yang kerajaan bakal kehilangan eset yang bernilai ratusan billion ringgit.


Tiada mana-mana entiti bangkit mempersoal dan berusaha menjamin aset itu kekal. Dalam sidang parlimen selama 35 hari yang baru lengsai tiada seorang pun ahli parlimen bangkit menyuara dan memberi solusi. Isu tanah di Jalan Duta itu tidak diberi perhatian seperti isu pulau Batu Puteh yang sudah terlepas.


Seakan kita semua tidak pun merasai apa-apa kerugian disebalik kehilangan tanah berkenaan. Isu tanah itu tidak seperti isu politik dan agama murahan yang cepat diakses rakyat dan dipolemikkan. Semua orang jadi bisu, tuli dan pekak dengan isu tanah ini. Kenapa?


Apakah rakyat kita, bangsa Melayu telah tepu dengan rasa sensitivi dalam menjaga dan mempertahankan hak kerajaan? Mungkin disebabkan keadaan ini, menyebabkan harta benda kerajaan banyak rosak, terbiar atau hilang terus kerana kurang peka dan rasa sayang rakyat untuk membelanya. Sebab itulah pendatang mudah menduduki premis kita.


Padahal kalau hendak dikira premis yang terdapat dalam tanah di Jalan Duta Mukim Batu daerah Kuala Lumpur itu memberi manfaat besar kepada rakyat dan rakyat tidak patut melihat begitu saja. Sekurang-kurangnya mereka bermukim (bekerja) disitu patut menjadi entiti utama merasai gusar atau terkesan kehilangan tanah berkenaan. 


Sepatutnya mereka bangkit bersuara. Namun tidak berlaku demikian, kita tidak dengar, ada sebarang himpunan protes atau sepanduk dipasang apabila premis itu diperintah diserahkan kepada SESB. 


Kalau hendak dikira berapa ribu orang bermukim disitu, berkantor dan mencari makan di situ. Khairat atau jemaah masjid Wilayah itu saja sudah puluhan ribu. Itu tanpa mengira yang hadir menonton hoki di stadium hoki, atau yang berkerja di pejabat kerajaan di situ. 


Tetapi tiada apa-apa reaksi dan emosi daripada mereka. Seharusnya apabila mahkamh memutuskan tanah itu diserah kepada SESB sudah ada sepanduk dipasang dipagar masjid atau studium berbunyi PRRTAHANKAN KAMI , JANGAN ROBOH KAMI, SELAMATKAN KAMI atau apa apa.


Sebenarnya tanah ini menjadi isu sudah lama. Pihak SESB mengemukakan saman pemula tahun 2003 lagi kemudian tahun 2009 Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan yang SESB ada benefesial ke atas tanah tersebut. 


Tahun 2012 kerajaan mengemukakan rayuan ditolak di peringkat Mahkamah Persekutuan tahun 2018. Kerajaan juga buat permohonan menangguhkan tindakan tetapi telah ditolak.


Isu tanah ini terdedah dan baru disedai apabila PM Anwar Ibrahim mengulas mengenainya. Menurut Anwar beliau menghormati keputusan mahkamah, tetapi dilihat ia memberi implikasi menyebabkan ada kewajaran untuk dilihat dari sudut perundangan kerana prinsip pengambilan tanah adalah untuk kepentingan awam.


Lagipun sekiranya kes itu dijadikan precedent (dahuluan) sama ada pengambilan tanah sebelum atau selepas merdeka ia boleh menimbulkan huruhara. 


Justeru katanya kabinet akan memperhalusi perkara tersebut. Setakat ini Anwar seperti keseorangan mempedulikan nasib tanah dan premis kerajaan itu. Bagaimana pun sehingga sekarang kita tidak mengetahui apakah hasil penghalusan daripada kabinet itu, ataupun ia belum dilakukan apa-apa lagi.


Memandangkan isu tanah ini besar dan seperti kata Anwar ia boleh memberi implikasi, wajar ditubuhkan jawatan kuasa khas untuk menangani isu tanah tersebut yang turut terpakai untuk mengawal atau memantau mana-mana tanah dan premis kerajaan yang sedang atau akan berhadapan dengan suasana seperti tanah di Jalan Duta itu. 


Sebuah NGO bagi menangani dan memperjuangkan harta benda dan aset kerajaan juga perlu ditubuhkan dari kalangan orang awam dari pelbagai profesional terutamanya entiti yang terbabit secara langsung. 


Rakyat negara ini tanpa mengira kaum perlu peka kepada tanggungjawab untuk menyelamatkan harta benda negara yang berkepentingan umum. Ia tidak boleh dianggap enteng dan suatu kekhilafan biasa. Kerana, bayangkan sekiranya tanah seluas 263,272 ekar itu diserahkan kepada ESSB bagaimana nasib banggunan dan harta benda kerajaan yang terdapat disitu yang nilainya berbillion ringgit.


Bukan itu sahaja sekiranya tanah itu terlepas kepada SESB sudah tentu mereka akan bangunkan tanah itu mengikut acuan pemikiran mereka. 


Mereka akan menekankan nilai komersial semata mata. Jika ini berlaku mana mana tanah yang masih kosong tentu akan dibangunkan yang boleh menyebabkan ia menganggu kelestarian alam termasuk menceroboh keindahan dan kemegahan masjid Wilayah, itu pun kalau selepas berlaku penyerahan, tuan tanah masih bersetuju untuk kekalkan masjid itu. Jika tidak kita tidak dapat menghalangnya.


Adalah diharapkan hasil penyelesaian secara perundingan seperti dicadangkan Anwar itu mencapai kata sepakat baik tanpa mengenepikan undang undang sehingga ada pihak teraniaya 


Dan sekiranya tanah itu terpaksa juga dipinda milik apakah pembangunan disitu nanti tidak akan menganggu mercu tanda yang ada kini dan kekestarian alam dikekalkan. Apakah jaminannya? Hura hara ini yang kita tidak mahu saksikan nanti. Trims.