NIK HASYUDEEN)
Iblis boleh main “slow game” untuk mensyirikkan manusia
Di zaman media sosial kita diajar untuk dapatkan hasil dengan cepat. Namun, Iblis boleh tunggu untuk dapatkan hasil walaupun memakan masa.
Kita tengok asal usul penyembahan berhala. Ianya bukan berlaku secara serta merta. Buat patung dahulu. Hormat. Kemudian lebih sikit-sikit sehinggalah akhirnya patung-patung itu disembah. Ini mungkin berlaku di dalam beberapa generasi.
Patung-patung itu pula bukannya patung orang jahat-jahat. Ianya untuk mengingatkan kepada orang baik-baik. Iblis pandai pilih kaedah yang tidak melawan nafsu.
ٱتَّخَذُوٓا۟ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَـٰنَهُمْ أَرْبَابًۭا مِّن دُونِ ٱللَّهِ وَٱلْمَسِيحَ ٱبْنَ مَرْيَمَ وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوٓا۟ إِلَـٰهًۭا وَٰحِدًۭا ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ سُبْحَـٰنَهُۥ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Maksudnya: Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
(Surah al-Taubah: 31)
Perkara-perkara yang boleh membawa syirik boleh diperkenalkan di satu zaman dan di”upgrade” kepada hard core syirik di zaman yang lain. Sekiranya ada pihak yang berpengaruh membantu di dalam proses ini, tentunya lebih mudah kerja iblis.
Marilah kita semua berusaha untuk menjauhkan diri kita dan keluarga kita dari syirik dan jalan-jalan yang membawa kepada syirik.