Misi pencarian MH 370 terbaharu dipersetujui



Kerajaan telah bersetuju untuk menerima cadangan syarikat robotic Ocean Infinity dari UK untuk melaksanakan misi pencarian terbaharu MH370.

Kapal terbang milik MAS itu hilang tanpa kesan 10 tahun lalu.

Cadangan perjanjian tersebut diterima berdasarkan prinsip, tiada pencarian tiada pembayaran, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.


Ini bermakna Putrajaya tidak perlu pembayaran kepada syarikat tersebut sehingga kapal terbang tersebut dijumpai.

Jika bangkai kapal terbang tersebut ditemui, kerajaan perlu membayar Ocean Infinity US$70 juta.


“Cadangan syarikat tersebut meyakinkan dan memerlukan pemeriksaan selanjutnya oleh kerajaan.


Kementerian Pengangkutan sedang merundingkan terma dan syarat perjanjian dengan Ocean Infinity yang akan dimuktamadkan pada awal 2025,” kata Loke dalam satu siding media.


Ocean Infinity telah mencadangkan kawasan pencarian baharu seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi, berdasarkan analisa data terkini.


Kehilangan MH370 ialah misteri terbesar dalam dunia penerbangan. Kapal tersebut hilang pada 8 Mac 2014 dengan 239 orang dari Kuala Lumpur ke Beijing.


Kontrak perjanjian ini sedang diteliti oleh Peguam Negara dan pencarian akan bermula apabila kedua belah pihak menandatangani perjanjian.

Perjanjian tersebut sah selama 18 bulan.