PERLANTIKAN TIDAK IKHLAS, MAHIADDIN SAH SEDANG TERSEPIT DAN ISMAIL SABRI PUN BAKAL TERSEPIT


 Perlantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang pengumumannya hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT UMNO malam ini adalah jelas merupakan langkah terdesak Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin untuk mempertahankan jawatannya.

Ini kerana mesyuarat MT secara dalam talian malam ini dijangka akan memuktamadkan ketetapan untuk UMNO keluar dan meninggalkan kerajaan PN dalam tempoh yang dijangka sebelum 1 Ogos depan.

Sudah tentu kerana bimbang ketetapan itu akan menyebabkan kerajaan PM tumbang dan jawatannya melayang, maka Mahiaddin bertindak lebih awal melantik Naib Presiden UMNO itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Makna kata, perlantikan Ismail Sabri itu hanya semata-mata kerana Mahiaddin sudah benar-benar terdesak dan tersepit kedudukannya.

Selama 17 bulan sebelum ini, oleh kerana tidak benar-benar dalam keadaan terdesak dan tersepit, tiada pernah ada terbunyi sikit habuk pun Menteri Kanan Pertahanan itu diura-urakan hendak dilantik oleh Mahiaddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kenapa hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT UMNO baru hendak diumumkan perlantikannya?

Perlantikan tergesa-gesa ini tidak mungkin mendapat persetujuan UMNO terlebih dahulu sebagai parti yang memiliki kerusi Parlimen terbanyak dalam kerajaan PN, sebaliknya dipercayai Mahiaddin menggunakan budi bicara beliau sepenuhnya dalam berbuat demikian.

Ia tidak lain adalah semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.

Ismail Sabri bukanlah dilantik untuk mewakili UMNO atau keikhlasan Mahiaddin terhadap parti itu, tetapi hanya untuk memecah-belah dan menghuru-harakan UMNO menjelang mesyuarat MT malam ini.

Jika untuk mewakili parti dan benar-benar ikhlas, selain harus berbincang dengan UMNO terlebih dahulu, jawatan Timbalan Perdana Menteri juga sepatutnya ditawarkan kepada Mohamad Hasan menduduki jawatan Timbalan Presiden UMNO sekarang ini.

Kenapa Mahiaddin mengenepikan Tok Mat Hasan?

Mengenepikan Presiden UMNO, Zahid Hamidi untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri mungkin boleh difahami kerana kes mahkamahnya belum lagi selesai, tetapi apa alasan untuk Tok Mat Hasan diketepikan sedangkan beliau dilantik sebagai Senator bagi membolehkannya mengisi jawatan itu.

Selain itu, bukankah sudah difahami bahawa perlantikan empat menteri kanan yang dibuat Mahiaddin sebelum ini adalah sebagai ganti kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dikosongkan.

Peliknya, setelah Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, mengapa jawatan empat menteri kanan tetap dikekalkan dengan Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri kanan yang baharu?

Nampaknya dalam keadaan Covid19 yang masih menggila, bukannya Mahiaddin mahu menambah kakitangan bagi menangani wabak tersebut, tetapi terus membazirkan wang daripada titik peluh rakyat untuk kelangsungan jawatannya yang semua orang sedia maklum hanya menyebabkannya dicop sebagai Perdana Menteri yang gagal.

Dalam konteks berkaitan, UMNO sebelum ini sudah pun membuat ketetapan menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri berikutan kedudukan parti itu dalam kerajaan PN hanyalah untuk sementara waktu sebelum PRU15 saja.

Bermakna sekarang, dengan menerima perlantikan itu, Ismail Sabri telah melanggar ketetapan MT yang beliau sendiri ada di dalamnya dalam membuat keputusan tersebut.

Sedarkah Ismail Sabri tentang hal ini atau keghairahannya ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri telah membuatkannya lupa segala-galanya?

Meskipun Ismail Sabri melalui kenyataan medianya lewat petang tadi telah menerima perlantikan tersebut, kedudukannya akan jadi tersepit jika MT UMNO malam ini membuat ketetapan untuk keluar daripada kerajaan.

Apakah Ismail Sabri mahu terus memegang jawatan itu jika setelah UMNO mengumumkan menarik diri daripada kerajaan pada malam ini nanti?

Sediakah Ismail Sabri diambil tindakan disiplin dan dipecat kerana melanggar ketetapan parti atau beliau akan segera menyertai Bersatu demi seronok dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang mungkin tidak pernah terfikir akan diperolehinya?

Dalam waktu yang sama, jika dengan ingkar ketetapan parti, kemudian dipecat dan seterusnya memilih menyertai Bersatu, mampukah Ismail Sabri mengekalkan kemenangannya di Parlimen Bera, Pahang dalam PRU15 akan datang?

Walaupun ternampak Mahiaddin telah mendahulu setapak lagi dalam langkah politiknya untuk berhadapan dengan UMNO yang telah pun memuktamadkan ketetapan putus hubungan dengan Bersatu, segala-galanya belum berakhir lagi.

Belum tentu Mahiaddin akan terus menang dan tidak kecundang dan belum tentu juga Zahid Hamidi mampu terus menangani kemelut parti yang berpanjangan ini.

Apa pun keputusan UMNO malam ini, keluar daripada kerajaan atau terus kekal sehingga Parlimen dibubarkan, UMNO akan terus bergolak, bercakaran dan huru-hara tanpa kesudahannya.

Tetapi, jika malam ini tidak jadi keluar daripada kerajaan dan UMNO menukar pendirian menerima perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang telah ditolak sebelum ini, bermakna ia adalah pengakhiran mutlak bagi masa depan Zahid Hamidi. 


(ShahbudinHusin 07/07/2021)


Pemuda ini dedah isu musang king adalah untuk alih isu utama negara, akan ada yang terciduk nanti

 


Pemuda ini dedah isu musang king adalah untuk alih isu utama negara, akan ada yang terciduk nanti

Tidak perlu berlama2 dengan isu Musang King ni. Faktanya jelas, cuma mahu mencari atau tidak.

1. Mereka teroka tanah hutan dengan izin kerajaan.
2. Dijanjikan dapat geran.
3. Puluhan tahun berlalu sehingga berjaya dgn Musang King.
4. Royal Pahang Durian masuk mohon pajak dan kerajaan lulus
5. Pemilik durian tiba2 jadi penceroboh.
6. RL kasar dgn polis.
7. Begitulah DAP kata mufti – maka semua yg tidur bangkit.

Sekarang, biarkan mahkamah uruskan sama ada kerajaan negeri bersalah atau tidak, kerana benarkan tanah dimasuki dan pokok ditebang ketika penduduk/pengusaha berjaya dapat halang sebarang tindakan ke atas tanah, melalui mahkamah di awal tahun.

Jangan lama2 kerana ini semua pengalih isu.

Rakyat sedang kesakitan, kematian dan kebuluran.

Sementara di luar sana, jauh sebelah barat, orang ramai berasak2 menonton sepakan penalti, tanda berakhirnya pandemik yg menakutkan.

Di sini, anda masih terkurung di rumah. Kita berjayaaaa jerit tok sidang kpd anak buahnya!

Pelantikan sebagai TPM untuk ‘checkmate’ Umno, kenapa Ismail tak bincang dengan MKT dulu, kata Puad

 


Ahli MKT Umno Puad Zarkashi berkata pelantikan itu bagi mematikan langkah Umno dalam isu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob perlu patuh kepada keputusan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bahawa tidak akan menuntut atau menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri, kata Puad Zarkashi.

Ahli MKT Umno itu berkata, sebarang pelantikan seharusnya dirujuk dengan kepimpinan tertinggi parti terlebih dahulu.

“Kenapa pelantikan ni tidak dibincang dengan kepimpinan Umno. MKT Umno sudah putuskan di Janda Baik bahawa Umno letak ‘full stop’ isu TPM.

“Sepatutnya, Ismail Sabri kena patuh atau rujuk parti dahulu sebab ini keputusan MKT,” katanya kepada FMT

Beliau turut berpendapat pelantikan itu bagi mematikan langkah Umno dalam isu menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Pelantikan ini untuk ‘checkmate’ Umno. Macam dulu dia ‘checkmate’ Umno dengan darurat. Dia tahu Umno nak putuskan mengenai hubungan dengan PN.

“Kebetulan MKT akan bermesyuarat hari ini. Kalau PM (Muhyiddin Yassin) serius, sepatutnya pelantikan ini berlaku bila kerajaan ditubuhkan, kenapa sekarang baru mahu lantik bila Umno nak tarik sokongan,” katanya yang menyifatkan pelantikan itu sebagai usaha memecahbelahkan Umno.

Beliau berkata, pelantikan dua menteri Umno sebagai anggota penting dalam kerajaan juga tidak menyelesaikan masalah rakyat, dan hanya berkisar kepada agenda politik iaitu menyelamatkan survival kerajaan PN hari ini.

“Pelantikan ni bukan selesaikan masalah rakyat tetapi masalah PM dengan Umno kerana bimbang keputusan Umno tarik balik sokongan,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelantikan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa serta-merta, pada masa sama kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.

Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

KALAU GANTI PAK LONG HELIKOPTER SAHIH AKAN SAMPAI YA ?SAYANG BETUL.....ISHHH..ISHHHH

 

"Saya sedar dan insaf, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar" - Hishammuddin


Astro Awani
"Saya sedar dan insaf, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar" - Hishammuddin
Menurut Datuk Seri Hishammuddin, beliau sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik COVID-19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. - Foto H2O Images
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan melantiknya sebagai Menteri Kanan Luar.
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, dengan pelantikan itu, beliau akan turut mengetuai Kluster Keselamatan selain membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik COVID-19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. Insya-Allah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya.
"Saya juga percaya, hanya dengan stabiliti, kesatuan dan kerjasama daripada semua pihak, kita mampu keluar daripada krisis ini bersama-sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, apa juga jawatan dan kedudukan yang diamanahkan, pendirian beliau tetap sama iaitu hanya mahu bekerja demi rakyat dan negara dengan seikhlas hati.
Justeru, beliau berdoa, semoga Allah meredai keputusan Perdana Menteri itu.
Sumber Facebook HishammuddinH2O
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Kanan dengan mengekalkan portfolio Kementerian Luar.
Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri yang kini dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Di samping itu, Perdana Menteri turut bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan PPN.

MKT Umno putuskan tolak jawatan TPM

 

Gempar !!! MKT Umno putuskan tolak jawatan TPM

MKT Umno putuskan tolak jawatan TPM.

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memutuskan, untuk tidak menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keutamaan sekarang adalah untuk membantu rakyat yang berdepan pelbagai bentuk kesulitan kesan pandemik COVID-19.

“Lagipun daripada melobi jawatan Timbalan Perdana Menteri, lebih baik melobi (jawatan) Perdana Menteri untuk tambah baik bantuan rakyat termasuk moratorium tanpa fardah terakru, i-Citra, segerakan dan tambah lagi BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), BPN (Bantuan Prihatin Nasional) dan BKC (Bantuan Khas COVID-19).

“Tutup juga kilang-kilang tidak perlu, kalau betul total ‘lockdown’ bukan hanya kurung rakyat. Rakyat terdesak perlu bantuan, bukan jawatan Timbalan Perdana Menteri,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Kenyataan Asyraf itu dipercayai merujuk dakwaan bekas Ahli MKT UMNO yang dibuang, Datuk Lokman Adam yang mendakwa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedang berunding jawatan Timbalan Perdana Menteri bagi mengelakkan UMNO meninggalkan PN.

Asyraf juga mendakwa, UMNO tidak pernah berbincang malah membuat keputusan untuk menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Katanya, jika benar surat yang ditular atau audio perbualan pemimpin tertinggi UMNO dengan Anwar, ia belum tentu mampu mengubah pendirian MKT dan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Persoalan paling asas buat mereka yang cuba bina persepsi bahawa Presiden UMNO bekerjasama dengan Anwar ialah apakah ada sebarang keputusan, hatta cadangan untuk bekerjasama pernah dibangkitkan di PAU atau MKT?

“Tiada siapa boleh ubah pendirian PAU dan MKT yang sudah memutuskan tidak akan bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, hatta presiden parti,” katanya.

Beliau berkata, yang jelas mesyuarat MKT pada bulan Oktober sudah memutuskan pada waktu itu bahawa seluruh Ahli Parlimen UMNO diminta sokong Bajet 2021.

“Sekali lagi, apakah presiden selaku Ahli Parlimen pada waktu itu menolak Bajet dan ingkar keputusan MKT sebagaimana tular surat yang mahu tolak bajet dan sokong Anwar?” katanya.

Dalam pada itu, Asyraf meminta kerajaan terutama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengarahkan bank memansuhkan atau ‘waive’ faedah terakru sepanjang tempoh moratorium yang ditawarkan.

“Ternyata tawaran moratorium 2.0 hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, kononnya kerajaan PN prihatin mendengar suara hati dan memenuhi segala #TuntutanRakyat!. Akhirnya, Bank Negara juga terpaksa buat kenyataan jujur bahawa moratorium akan tambah kos keseluruhan pinjaman.

“Kalau beginilah rakyat diperlakukan, usah bicara soal kononnya kerajaan PN ini prihatin rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat yang amat susah, perit, tertekan dan terdesak ketika ini, kuasa dan kudrat yang ada seharusnya digunakan sepenuhnya untuk membantu rakyat,” katanya.

Katanya, Pemuda UMNO sudah memberikan cadangan dan solusi bahawa kerajaan boleh memanfaatkan tiga punca kuasa perundangan termasuk Ordinan Darurat 2021, Akta Bank Negara 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, untuk mengarahkan bank menawarkan moratorium tanpa faedah terakru yang membebankan rakyat.

“Sekali lagi Pemuda UMNO, demi rakyat yang terdesak ketika ini, merayu dan mendesak Zafrul kembali berbincang dengan bank-bank dan segera mempertimbangkan kembali tuntutan rakyat supaya dibantu dengan menawarkan moratorium tanpa faedah terakru yang amat membebankan rakyat ketika ini,” katanya.

NAMPAKNYA PIMPINAN PAS KENA KAJI SEMULA SIAPA YANG SUKA BERPOLITIK ?

 

Masa kes Covid tengah mencanak, rakyat tak boleh kerja, ramai yang depress, laptop anak-anak PDDR janji bulan 6 pun tak dapat, purata 2 kematian sehari akibat bunuh diri dari tahun lepas; Kerajaan Gagal ini masih lagi handak berpolitik?

Berapa banyak Menteri Kanan pun lantik, Timbalan Perdana Menteri pun lantik, tetap sama sebab lahir dari pengkhianatan.

Sorang punca kluster PRN Sabah yang buat kita semua kena duduk rumah sampai hari ni, lagi sorang kowtow pada abg besar komunis. Beli heli tak sampai, tak tau apa lagi dia nak offer pada abg besar.

No wonder this government is corrupt beyond repair.

 No photo description available.

Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO


Astro Awani
Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini.
"Pelantikan (Ismail Sabri) ini akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini," memetik kenyataan itu.
Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang portfolio Menteri Luar kini berstatus Menteri Kanan.
"Di samping itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.
"Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta," menurut PMO.

Sumber Facebook ts.muhyiddin
Justeru, PMO berharap pelantikan itu akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan partiparti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

Kenapa SBS DIGUGURKAN Dari Jawatan Naib Ketua AMK?

ISU MUSANG KING RAUB, SIAPA "KENYANG" SELAMA PULUHAN TAHUN SEBELUM INI? ...


Saufi Miad, seorang aktivis bercakap tentang isu kebun musang king. Mengapa fokus kepada isu kaum, tetapi lupa kepada isu rasuah? Mustahil kebun ratusan ekar dapat diteroka dengan selesa puluhan tahun tanpa 'kebenaran'. Siapa benarkan?

Saufi, seorang aktivis memandang isu kebun durian musang king di Raub yang hangat sekarang hanyalah sebagai untuk alih perhatian terhadap isu sebenar iaitu amalan rasuah dan kerajaan gagal.


TUTUP MULUT UMNO DENGAN JAWATAN TPM? UMNO ADA MARUAH ATAU TIDAK?

 


UMNO MUSNAH KERANA RASUAH. AHLI PULA TAK ADA ILMU.MAKA UMNO DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH PARTI BARU. UMNO AKAAN HANCUR TINGGAL NAMA SAHAJA. TAK PERCAYA TENGOK NANTI.....


BERGABUNG DENGAN BERSATU, UMNO KINI JADI PARTI KECIL, SEMUA AHLI UMNO WAJIB  TAHU ISU INI !!! - YouTube



Setahun lebih umno minta jawatan TPM sebab Umno parti terbesar dalam kerajaan tebuk atap, tapi muhyiddin tak layan kerana mereka rasa mereka kuat. Bila sekarang dah rasa tersepit, nyawa kerajaan tebuk atap ni dah sampai halkum dan tercirit birit, dengar khabarnya baru nak umum jawatan TPM kepada Umno. Sebab apa? Sebab malam ni umno akan buat satu keputusan penting bagi menentukan hayat kerajaan PN.

Sekali lagi Umno dibuli dan dibuat semurah itu. Sekarang, terpulang kepada of Umno. Apakah nasib rakyat akan berubah jika umno hanya dapat kerusi TPM, tetapi bos masih yang berpenyakit cirit? Umno tahu rakyat di bawah sudah tidak mahu kerajaan gagal ini. Tapi, apakah umno sanggup gadaikan nasib rakyat hanya untuk satu kerusi yang tidak boleh mengubah apa-apa?

Umno mesti tampil sebagai anak jantan. Jangan mulut saja berdegar-degar tapi bila dapat jawatan, semuanya dilupakan. Tergamakkah Umno menipu ahli-ahli bawahannya yang mengharapkan kerajaan gagal ini tumbang?

Kita tunggu dan lihat aksi Umno seterusnya. Masa untuk Umno buktikan samada mereka ada maruah atau tidak.

WFAUZDIN NS

 

KECOH DALAMAN UMNO.ZAHID BUKA MULUT.

 

Panas !!! Pergolakan dalam Umno, akhirnya Zahid buka mulut

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan agar sesetengah pihak tidak terus menerus membuat pelbagai spekulasi mengenai parti itu.

“Cukup-cukuplah membuat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang menambahkan lagi dosa kering.

“Jangan ditambah dosa kering, dosa yang ada pun tidak terkira banyaknya, ibarat buih-buih dilautan banyaknya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Minggu ini, UMNO terpalit pelbagai kontroversi antaranya, spekulasi ingin menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia dikuatkan lagi dengan pertemuan khas antara Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dibuat pada malam Isnin lalu.

Pertemuan baru-baru ini didakwa meminta Ahmad Zahid tidak membuat membuat keputusan terburu-buru mengenai masa depan parti tersebut.

Laporan sumber kepada MalaysiaGazette turut menyatakan keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan pula tidak dibincangkan kerana ia tidak sesuai ketika ini.

Ahmad Zahid juga menasihatkan agar ahli-ahli parti dan semua rakyat bertenang dengan pelbagai spekulasi yang timbul mengenai UMNO.

“Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan gelabah menyerang itu dan ini. Nasihat saya tenang-tenang sahaja.

“Dalam hidup perlu bertenang. Jika kurang bertenang boleh “stress“. Kalau “stress” terjejas kesihatan,” katanya lagi.

((PANAS)) KENAPA ISMAIL SABRI BUAT LAPORAN POLIS KEPADA LOKMAN ADAM? ZA.....KEH..KEH..KEH

Ismail Sabri buat mesyuarat UMNO di Wisma Perwira: Bukti Mat Sabu lebih berintegriti. Salah satu punca Umno rakyat tak percaya. Mahacai saja yang percaya Umno kuat

 Ismail Sabri buat mesyuarat UMNO di Wisma Perwira: Bukti Mat Sabu lebih berintegriti


1. Semalam (5 Julai) mesyuarat pemimpin pemimpin UMNO diadakan di Wisma Perwira, salah satu bangunan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di belakang Kompleks Kementerian Pertahanan.

2. Tiga hari sebelumnya satu pertemuan Ahli Ahli Parlimen UMNO diadakan di sebuah bangunan di Jalan Bellamy. Bangunan tersebut adalah bilik operasi salah satu unit dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

3. Inilah perbualan dikalangan anggota tentera sehari dua ini. Sememangnya sejak dahulu lagi aset kerajaan ada disalahgunakan untuk politik. Tetapi di bawah kendelian Dato Seri Ismail Sabri, ia digunakan secara terbuka. Bukan sekadar penyalahgunaan harta kerajaan untuk politik, tetapi pencerobohan politik terhadap aset keselamatan.

4. Inilah beza dengan Mat Sabu. Apabila Tun Mahathir letak jawatan, tanpa bertangguh, di waktu itu juga dia menjadi orang pertama menyerahkan kereta kerajaan. Pemandu dan pegawai pegawai pengiring terus diarahkan balik ke Kementerian.

5. Begitu juga apabila sah kerajaan bertukar kepada PN, malam itu juga beliau pindah ke rumahnya di Shah Alam walaupun dinasihatkan KSU bahawa mengikut prosedurnya beliau boleh kekal di rumah kerajaan 3 bulan lagi. Tetapi jawab Mat Sabu, Legally right. Morally Wrong

6. Jadi jika beginikah Ismail Sabri, pemimpin yang selalu dipuji dan dikatakan pengganti terbaik Muhyidin Yasin sebagai Perdana Menteri, maka ia adalah gambaran gelap buat masa depan Malaysia.

Yusuf Nazri.

Rakyat Malaysia Yang Memerhati.

KAH..KAH KAH.. ..KENA KE DIA NAK BAGI RUANG PULAK.......KALAU KENA KE ORANG LAIN KAU HENTAM YA...

 


Nikah Online : Beri keadilan dan ruang untuk saya



Nikah Online : Beri keadilan dan ruang untuk saya

Nikah Online : Beri keadilan dan ruang untuk saya selesaikan isu ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Che Abdullah Mat Nawi memohon supaya dia diberikan ruang untuk menyelesaikan isu dakwaan pernikahannya baru-baru ini.

Che Abdullah yang juga ahli parlimen Tumpat dipetik Utusan Online juga meminta supaya semua pihak menghormati privasi keluarganya.

“Sebagaimana yang isu yang tular, saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya isu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan saya dalam minggu ini menyinggung mana-mana pihak.

“Saya mohon semua pihak agar memberi keadilan dan ruang untuk saya selesaikan isu ini dengan baik kerana ia sewajarnya ditanggani secara peribadi dan bukan untuk dipertonton kepada khalayak ramai,” katanya.

Pun begitu Che Abdullah tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan dirinya menikah lagi itu.

Nikah

Jelasnya, isu berkenaan ditularkan seakan-akan mahu mengaibkan maruah diri dan keluarganya.“Saya dan peguam sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat mengaibkan saya sehingga yang tular dalam media sosial.

“Saya dapat nasihat daripada peguam dilantik dan akan ambil tindakan terhadap pihak terlibat, jadi saya dinasihatkan untuk tidak mengulas lanjut perkara ini,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Che Abdullah turut dilaporkan berkata isu perkahwinan itu tidak mengganggu dirinya untuk terus melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan sebagai timbalan menteri pertaian dan ahli parlimen.

Pada 4 Julai lalu, Astro Awani melaporkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Thailand akan menyiasat dakwaan berlangsungnya majlis akad nikah secara dalam talian dikatakan melibatkan timbalan menteri Perikatan Nasional.

Difahamkan pihak berkuasa agama wilayah selatan negara jiran itu juga memaklumkan akan memanggil seorang imam Masjid Kedai Baru, Sungai Golok yang didakwa menjalankan akad nikah itu.

Bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat Abdul Aziz Che Mamat menjelaskan pihaknya tidak pernah mengiktiraf pernikahan secara dalam talian.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/582020

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021