OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN HUTAN TIDAK SEMUDAH PELABUR MENANAM DURIAN

 


May be an image of 3 people and people standing

Mohd Yussainy Md Yusop

tYgSetesftteriupuodniSayhshla goratuer d0m6:a16  · 

OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN HUTAN TIDAK SEMUDAH PELABUR MENANAM DURIAN

Saya terlintas difikiran untuk menulis mengenai penguatkuasaan hutan berikutan viral mengenai operasi penguatkuasaan ke atas peneroka haram durian Musang King dalam kawasan hutan simpanan kekal di Raub, Pahang. Sebagai seorang Pemelihara Hutan yang pernah mengetuai Bahagian Penguatkuasaan Hutan di Selangor saya memahami kesukaran tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan terutama di kawasan pencerobohan yang berusia antara 10-50 tahun.

Tanah semakin mahal. Rakyat juga melihat pertanian merupakan satu perniagaan. Perniagaan perlukan modal tetapi ramai memilih untuk mendapatkan tanah kerajaan dan kawasan hutan simpanan kekal. Mereka tahu perbuatan meneroka haram di hutan simpan itu salah dan mereka tetap mencuba memiliki tanah PERCUMA tanpa memikirkan kesan kepada alam sekitar. Biasa kawasan teroka sebesar ini ada tangan-tangan ghaib yang terlibat. Sekiranya kerajaan negeri kuat bermakna operasi ini akan berjaya. Semasa saya bertugas di Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Dato Menteri Besar Selangor bersama YB Elizabert Wong selaku Exco bertanggungjawab dengan Alam Sekitar ketika itu dan Dr Mohd Yunus Zakaria sebagai Pengarah Perhutanan Negeri menjadi tulang belakang kejayaan operasi ini.

Pada ketika itu sokongan padu anggota penguatkuasa juga sangat baik kerana kami bekerja dalam satu pasukan. Satu lagi kunci kejayaan ialah sokongan dan kerjasama media dalam memberikan highlight kepada isu ini bertali arus. Peranan yang besar dimainkan oleh rakan media TV3, NST dan The Star dalam melaporkan isu-isu tangani isu penerokaan haram memberikan kekuatan kepada kami untuk melaksanaan tugas. Penguatkuasaan Hutan ini sangat sukar dilaksanakan dan mempunyai implikasi kepada politik sesebuah negeri.

Satu kenangan saya sebagai Ketua operasi penguatkuasan ialah kejayaan mendapatkan semula Hutan Simpan Raja Musa pada tarikh 4 Disember 2008 dengan sokongan kerajaan negeri dan agensi penguatkuasaan lain termasuk NGO. Pasukan operasi saya biasa melibatkan pelbagai agensi dengan kekuatan anggota yang ramai sehingga 250 orang. Datang raja durian seperti tauke durian Raub atau YB pun saya tak peduli. Pesan saya dah mula operasi jangan berhenti kena teruskan sampai selesai. Kemudian ajak semua peneroka sekali dgn MP Raub tanam semula pokok hutan dan jayakan kempen Penghijauan Malaysia.

Saya sendiri pernah beberapa kali di “santau” kerana kerap melaksanakan operasi penguatkuasaan. Itu semua cabaran biasa kepada kami dan tidak semudah seperti netizan bayangkan. Saya ceritakan pengalaman saya sebelum operasi penguatkuassan ini dilaksanakan mengikut aturan. Jangan ingat Jabatan Hutan buat operasi main sodok je tanah teroka.

i. Kertas Kajian Penerokaan Haram Dibentang PPN kepada MMKN

ii. Perbincangan dengan Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri

iii. Perbicangan dengan Ketua Polis Daerah

iv. Perbicangan dengan Pegawai Daerah

v. Perbicangan Prosedur dan Kes LazimTangkap/ Kes Saman

vi. Mesyuarat Bersama Agensi Yang Terlibat sebelum Operasi Bersepadu

Kesan operasi yang pernah saya laksanakan kini Hutan Simpan Raja Musa, Selangor telah diiktiraf di bawah Queen’s Commonwealth Canopy (QCC) yang mana ianya telah diakredetasikan pada 13 September 2017 yang lalu. Hutan Simpan Raja Musa merupakan jenis Hutan Paya gambut dan ianya diuruskan berdasarkan amalan pengurusan hutan secara lestari. Kerajaan Malaysia melalui YB Menteri NRE telah menerima surat penghargaan dari Buckingham Palace, London bertarikh 22 September 2017 kerana usaha kerajaan melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menamakan Hutan Simpan Raja Musa, seluas 23,000 hektar sebagai tapak QCC di Malaysia. Saya berkesempatan ke Kota London bersama Dato Dr Puat Dahalan untuk menemui TYT Dato Ahmad Rasidi Hazizi, High Commissioners of Malaysia to The United Kingdom pada 21 Feb 2017 untuk menerangkan mengenai cadangan ini. Tahniah Kerajaan Selangor. Terima kasih YB Elizabert Wong di atas kerjasama kita selama ini. Saya sertakan news berkaitan. Banyak lagi news boleh dijumpa dlm google.

Raja Musa peat swamp shows signs of new life https://www.thestar.com.my/.../raja-musa-peat-swamp-shows...

Saya menulis isu ini kerana saya percaya Kerajaan Pahang juga mampu melaksanakan tugas pembersihan tanah-tanah haram tanaman durian musang king di dalam hutan simpanan kekal. Saya berharap kerajaan Pahang dapat memulihkan semula kawasan teroka untuk dihutankan semula.

Nota : Gambar saya mengetuai Operasi di Sg Kerandang Hulu Selangor seluas 354 hektar . Dulu steady je berdepan dengan wakil rakyat.

 

No comments: