PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti




PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).



Pemilihan KEADILAN Harus Diadakan Segera – Anwar


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ketika hadir pada Kongres Khas pindaan perlembagaan di Shah Alam pada Ahad. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 15 Dis – Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemilihan parti itu diadakan segera bagi membolehkan proses peralihan kepimpinan berjalan.

Anwar juga berkata barisan kepimpinan parti harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

“Selaku parti yang menjunjung tinggi prinsip demokrasi harus segera mengadakan pemilihan bagi membolehkan proses peralihan kepimpinan berjalan,” katanya di Facebook sempena Kongres Nasional Khas KEADILAN di sini hari ini.

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Kongres Khas pindaan perlembagaan di Shah Alam pada Ahad. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau juga menasihati pimpinan muda supaya tidak gelojoh dan menghargai pengalaman getir pemimpin terdahulu yang dihina, ditekan dan dianggap sebagai musuh negara suatu ketika lalu yang mengizinkan KEADILAN kukuh bertapak pada saat ini.

Kongres khas hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu yang antara lain meningkatkan jumlah perwakilan bagi mengundi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat.

Turut diluluskan dengan sokongan majoriti dua pertiga perwakilan adalah penetapan prinsip penetapan kuota gender dan etnik.

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Kongres Khas pindaan perlembagaan di Shah Alam pada Ahad. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, Anwar berkata pindaan itu adalah bagi memantapkan proses dan memaknai demokrasi dalam pemilihan parti.

“Lebih dua pertiga perwakilan telah menyatakan persetujuan sewaktu pengundian, sekali gus meluluskan usul pindaan perlembagaan ini,” katanya.

Pada Oktober lalu, Setiausaha Agung KEADILAN, Fuziah Salleh berkata parti akan membuat pemilihan selepas mandat dipegang barisan pimpinan parti itu pada ketika ini berakhir Mei tahun depan.

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut pimpinan parti sebaik tiba pada Kongres Khas pindaan perlembagaan di Shah Alam pada Ahad. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Fuziah berkata tidak timbul isu pemilihan parti itu akan ditangguhkan kerana barisan sedia ada masih sah..



VIRAL !! PAS MANGSA FITNAH - YB PASIR MAS FADHLI SHAARI

[[LIVE]] 14.12.24 PAPAGOMO BAKAL DIDAKWA MENIPU? ZAFRUL MB SELANGOR? ZAH...

JOM KITA DENGAR APA YANG ORANG RAMAI DENGAR- JAGA MULUT TU! - KES SATU LAGI BERAT WAL AUN | PMX SAMAN MB SANUSI



Walau un jangan celebrate - ada satu lagi! Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas dan membebaskan Sanusi Nor daripada pertuduhan menghasut menyentuh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam ceramah politik, Julai tahun lalu. Bagaimanapun Sanusi masih berdepan satu lagi pertuduhan menghasut berkaitan Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang akan dibicarakan 24 hingga 28 Feb depan.




ORANG PERLIS KATA PELAQ...ORANG KEDAH KATA KEPALA BAPAK HANG


 


Tengku Zafrul akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat

Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul

RAKYAT SABAH TOLAK BERSATU & PAS SI PENUNGGANG! BAGAIMANA DENGAN KERAJAA...



Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah parti nasional, mesti mewakili semua rakyat Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak, kata Setiausaha Agung PN Mohamed Azmin Ali. Dia memberitahu Malaysiakini bahawa gabungan itu meletakkan calon penduduk tempatan pada pilihan raya negeri Sabah sebelum ini, yang membawa kepada kerjasama yang kukuh antara kerajaan negeri dan persekutuan. “Untuk mencadangkan supaya pilihan raya negeri hanya untuk parti tempatan – saya tidak fikir itu adil kepada rakyat Sabah. “Sebab pada pilihan raya negeri lepas, apabila PN ditubuhkan hampir sebulan, kita mendapat mandat daripada rakyat Sabah untuk mentadbir Sabah.
“Itu menunjukkan tahap kematangan rakyat Sabah, kerana PN adalah parti nasional dan rakyat Sabah memerlukan rakan kongsi yang kuat dari semenanjung untuk kepentingan negeri dan juga rakyat,” katanya. ====================================================================== Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, yang berdepan tekanan kuat untuk berundur susulan skandal rasuah, bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sabah malam tadi untuk mendapatkan sokongan mereka. Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa semasa perjumpaan yang berlangsung ketika makan malam, Hajiji menjelaskan isu itu dan mengulangi pendirian tegasnya dalam melindungi sumber Sabah. Sumber itu juga mendedahkan bahawa ketua menteri berkenaan berharap PH menunggu SPRM menyiasat perkara itu secara menyeluruh sebelum memutuskan sama ada untuk meneruskan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau tidak. Menurut sumber, pemimpin PH Sabah hanya mendengar penjelasan daripada ketua menteri dan tiada perbincangan mengenai pendirian dibuat.






Gabungan PH-GRS dalam PRN Sabah?




Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memberi bayangan bahawa GRS akan bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah ke-17.


Perkara ini telahpun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Yang lain itu kita tengok, kalau fikiran mereka bagus, tidak gila, kita akan fikirkan sebab kita ini mahukan kebaikan, saya jadi Ketua Menteri dan yang saya mahu adalah perpaduan.



“Itu sebab saya tubuhkan GRS yang disertai oleh lapan komponen parti, walaupun di dalamnya terdapat parti yang kecil, tidak menang dalam PRN lepas, tapi niat saya baik, untuk kita satu hati.

“Cukuplah dengan pelajaran kita di masa-masa yang lalu. Misi saya sekarang mahu baik dengan orang, kita kumpulkan presiden-presiden parti yang ada dan bukan senang mengurus ini, memang penat tapi Insya Allah mereka juga sudah menyatakan komitmen dengan GRS,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Tengahari Bersama Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sempena Hari Natal di Kota Kinabalu semalam.

DUN Sabah akan terbubar pada Oktober 2025.



Pengusaha feri yang naikkan harga takkan peroleh subsidi diesel



Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberikan amaran kepada para pengusaha feri bahawa mereka tidak akan layak menerima subsidi diesel sekiranya mereka bertindak menaikkan kadar tambang.


“Saya memberi amaran kepada mana-mana pengusaha feri bahawa mereka tidak akan layak menerima subsidi diesel sekiranya mereka meneruskan tindakan menaikkan kadar tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik,” kata Loke menerusi hantaran Facebook.


“Adalah lebih baik semua pengusaha menarik balik pengumuman ini serta merta dan berunding dengan pihak Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat. “


Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan bahawa pengusaha feri Langkawi akan meningkatkan tambang feri ke Langkawi di antara RM3 dan RM10.50 mulai 1 Januari.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengumumkan bahawa kementeriannya telah memperoleh kelulusan prinsip pada hari Jumaat lalu untuk memberi bantuan subsidi diesel kepada pengusaha feri di seluruh negara.




PM Thailand Paetongtarn Akan Lawat Malaysia Atas Jemputan PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Paetongtarn ketika mengadakan pertemuan semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Vientiane, Laos pada 10 Oktober lalu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu.

Menurut Kementerian Luar, Paetongtarn akan diraikan dalam satu majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, di sini, diikuti dengan pertemuan dua hala bersama Anwar.

”Kedua-dua pemimpin juga akan mempengerusikan Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand Ketujuh (AC) dan satu kenyataan akhbar bersama akan dikeluarkan selepas AC tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Paetongtarn ketika mengadakan pertemuan semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Vientiane, Laos pada 10 Oktober lalu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

”Semasa AC Ketujuh, kedua-dua Perdana Menteri dijangka menilai kemajuan hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama baharu antara kedua-dua negara jiran tetangga, serta bertukar-tukar pandangan terhadap isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Seusai AC Ketujuh, kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU), iaitu MoU mengenai Kerjasama Kebudayaan, Seni dan Warisan; dan MoU mengenai Pembangunan Industri Getah dan Kerjasama Ekonomi,” kata kenyataan itu.

Pada 6 Ogos lalu, Menteri Luar Negeri Malaysia dan Thailand telah mempengerusikan Mesyuarat Ke-15 Suruhanjaya Bersama Bagi Kerjasama Dua Hala dan Mesyuarat Ke-6 Strategi Pembangunan Bersama bagi Kawasan Sempadan antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, kenyataan itu juga menyebut lawatan ini sebahagian daripada siri pertukaran lawatan di peringkat Perdana Menteri pada tahun ini selepas Lawatan Kerja Perdana Menteri Malaysia dan Thailand ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Malaysia pada 3 Ogos lalu.

Selain itu, ia mencerminkan jalinan persahabatan yang erat dan mesra antara kedua-dua negara selaku jiran tetangga dan Negara Anggota ASEAN.

Pada 2023, Thailand merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia di peringkat global dan kedua terbesar dalam kalangan Negara Anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan sebanyak RM113.16 bilion (AS$24.83 bilion).


Setpol Anwar sekolahkan Wee berhubung prinsip undang-undang

 




Setiausaha politik (setpol) Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil Abdul Munim menyekolahkan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkenaan prinsip undang-undang subjudis.


Ini ekoran tindakan Wee yang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar yang menangguhkan penjelasan beliau berhubung titah addendum Sultan Pahang yang menyokong agar mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan hukuman tahanan rumah.


Wee telah menggunakan hujah mantan peguam negara Tommy Thomas bahawa prinsip subjudis tidak terpakai kerana sistem kehakiman kita tidak menggunakan juri.

“Sejak bila “sub judice rule” telah dimansuhkan dalam sistem perundangan negara ini?” soal Kamil menerusi X.


“Apakah Tommy Thomas peguam negara pada ketika itu telah memansuhkan peraturan subjudis dan Ka Siong memilih untuk menggunakan pendangan Tommy Thomas berbanding pandangan peguam negara sekarang untuk menjadi juara dengan mendesak perdana menteri untuk terus mengulas hal yang sedang dibicarakan?”

“Apakah Ka Siong terlalu terdesak sehingga terpaksa mengolah peraturan perundangan mengikut selera tekak sendiri?


“Istana Pahang sendiri memilih untuk menghormati prosiding mahkamah dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenapa Ka Siong perlu bertindak lebih sudu dari kuah dalam hal ini?

“Kita faham mungkin ini salah satu percubaan Ka Siong untuk terus kekal relevan dimata beberapa pihak dengan terus menerus mendesak perdana menteri meskipun penjelasan panjang lebar telah dibuat oleh perdana menteri.


“Lupakah Ka Siong bahawa Najib Razak dipenjara ketika zaman PM Ismail Sabri dan beliau ketika itu tidak selantang ini dalam membela Najib?


“Negara ini negara hukum. Ada proses dan peraturannya. Justeru hormat proses ini.”




PM Anwar Sahkan Wujud Perbincangan Awal Tengku Zafrul Sertai KEADILAN

 

Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Kongres Khas KEADILAN di Shah Alam pada Ahad. Foto Jurey Rosli

SHAH ALAM, 15 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke dalam KEADILAN.

Presiden KEADILAN itu berkata, prinsip parti adalah terbuka kepada mana-mana pemimpin yang mampu memberi sumbangan kepada parti tetapi ia perlu dilakukan dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti lain termasuk UMNO tidak terjejas.

“Kita tidak menafikan dan tidak pernah mengajak orang, tetapi kita sedia bincang dan parti ini terbuka… orang yang bekas UMNO pun ada dalam KEADILAN.

Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Amirudin (kiri) semasa tiba pada Kongres Khas KEADILAN di Shah Alam pada Ahad.

“Sekarang ini ada perbincangan awal… perbincangan dulu… prinsipnya kita ambil sikap terbuka orang yang boleh beri sumbangan tetapi dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti termasuk UMNO adalah baik,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar menyempurnakan Kongres Nasional Khas KEADILAN, yang diadakan secara tertutup, di Dewan Raja Muda Musa, di sini.

Sebelum ini, wujudnya khabar angin bahawa Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan menyertai KEADILAN.

Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Kongres Khas KEADILAN di Shah Alam pada Ahad.

Terdahulu, Tengku Zafrul menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.

Pada masa sama, mengenai sama ada permohonan sudah dikemukakan Tengku Zafrul kepada KEADILAN, Anwar bagaimanapun berkata, ia baharu di peringkat perbincangan.

Ketika ditanya sama ada Tengku Zafrul ada menyatakan minat untuk menyertai KEADILAN, Anwar bagaimanapun berkata, perkara itu perlu ditanya kepada Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu sendiri.

“Dengarnya… tanya dialah… dia minat (atau tidak) tanya saya (pula),” katanya.

Tengku Zafrul dijangka akan memberi penjelasan berhubung khabar bahawa beliau akan menyertai KEADILAN dalam masa terdekat. Foto Bernama

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata situasi ‘pertukaran’ pemimpin dalam parti komponen pernah berlaku sebelum ini dan KEADILAN sendiri terbuka mengenai perkara itu.

“Prinsipnya dulu parti KEADILAN memang terbuka, ada pemimpin kita pernah jadi Setiausaha Agung AMANAH, ada pemimpin DAP jadi calon kita.

“Ada juga calon kita keluar masuk DAP. Jadi KEADILAN selama ini buka ruang, selalu runding dengan baik, itu keadaannya. Macam Tengku Zafrul juga dalam keadaan sama.

“Selama ini dari segi dasar kita, pengalaman dalam PH, kita tidak galakkan tetapi tidak pernah menghalang namun hormat keputusan mereka dengan hubungan baik antara parti,” katanya.

Kenaikan Kadar Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Rakyat Malaysia Dibatalkan

 


Pembatalan kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi rakyat Malaysia bagaimanapun tidak terpakai kepada warga asing.

ALOR SETAR, 15 Dis – Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd akhirnya membatalkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warga Malaysia yang diumumkan sebelum ini.

Pengurus Besarnya, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, bagaimanapun kenaikan kadar tambang bagi pelancong asing akan diteruskan dan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

“Atas nasihat Kementerian Pengangkutan Malaysia dan kerajaan negeri Kedah maka kenaikan tambang bagi warganegara Malaysia mulai 1 Januari 2025 dibatalkan.

“Walau bagaimanapun, kenaikan tambang bagi pelancong asing akan berkuat kuasa bermula tarikh yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Langkawi Ferry Line Ventures dalam satu kenyataan pagi tadi mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa bermula tarikh berkenaan.

Pengurus Operasinya, Norhafiz Abdul Wahid berkata, kenaikan itu adalah antara RM3 hingga RM10.50 sehala mengikut kategori penumpang dan laluan perjalanan.

Pengumuman kenaikan kadar tambang itu seterusnya mendapat reaksi daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang kesal dengan tindakan terburu-buru pengusaha feri terbabit membuat pengumuman menaikkan kadar tambang feri pada hari ini.

Loke turut memberi amaran kepada mana-mana pengusaha feri bahawa mereka tidak layak menerima subsidi diesel sekiranya meneruskan tindakan menaikkan kadar tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.

“Adalah lebih baik semua pengusaha menarik balik pengumuman ini serta merta dan berunding dengan pihak Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat,” katanya.

ORANG KAYA NAK BACKUP PULAK....BANYAK JASA ..BANYAK SALAH JUGA...


 

BAGI ADA YANG TAK KENANG JASA PUN GURU KAFA NI...


 

KEH..KEH..KEH....


 

DENGAR APA YANG PAS CAKAP -LEBAI KALAU CAKAP TAK TENGOK CERMIN


 

PROTON TERLEPAS MILIK, PERWAJA LINGKUP- JOM DENAR- TERGELAK TENGOK ORANG BOLEH PERCAYA. MASA DIA MEMERINTAH, REZAB MELAYU HABIS, MUNCUL KORPORAT CINA MASA DIA.


 

BERAPA HARGA GETAH. DAH NAIK KAN.


 

ANAK MUDA NAK PELUANG PEKERJAAN, PELUANG PENINGKATAN FSLAM KEHIDUPAN. BUKAN KISAH NAK JATUHKAN KERAJAAN.


 

TUKAR JA LAH.. B40 RAMAI KENAPA BAGI RAMAI.. NEGERI LAIN LIHAT GURU SEBAGAI 2 CLASS JOB KERANA BANYAK PELUANG PEKERJAAN LAIN YANG LEBIH MENCABAR


 

KONONNYA NAK KATA HARAM LA TU..


 

MEMANG DAH..


 

DIA CAKAP LAH APA PUN.. DIA DAH NAK KENA MASUK JEL DAH.


 Kritikal dah 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 mamat 𝗪𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 ni. Dia kata penangkapan PapaGomo 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻. Nampak macam usaha nak 𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗺𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻.



Wahai budak, Gomo tu kena tahan berdasarkan satu laporan yang dibuat 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝗹𝗮𝗹𝘂 atas tuduhan 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂. Apa kena mengena dengan kritik kerajaan?


Takkanlah sebab dia selalu kritik kerajaan, maka kalau dia 𝘴𝘤𝘢𝘮 orang maka dia 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽? Ini kaedah mana yang ko ikut. Kritik tak kritik, menipu je memang wajib disiasat.


Tapi Gomo tu pun apa sangat yang dia kritik kerajaan? Kalau kira, tak ada pun. Dia mana pernah sentuh 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 ke, soal 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝗻 apa-apa pun. Tak ada.


Yang ada selama ni 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵. 𝗣𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮 la, 𝗣𝗠𝗫 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗔𝗜𝗗𝗦 la, 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 la. Yang mana sampai hari ni tak ada satu pun ceritanya dibuktikan betul.


Fitnah-fitnah Gomo ni 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗷𝗲. Sikit pun tak jejaskan kerajaan. Waima baboon pun tak percaya cerita dia. Inikan manusia normal. Kerajaan nak risau apa? 𝗕𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 je nak tangkap dia pasal tu.


Masalahnya Gomo ni 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂. 𝙎𝙘𝙖𝙢𝙢𝙚𝙧. Nak jadi apa Bersatu sekarang sampai 𝘴𝘤𝘢𝘮𝘮𝘦𝘳 pun dibela? Owh lupa. 𝘉𝘪𝘳𝘥𝘴 𝘰𝘧 𝘴𝘢𝘮𝘦 𝘧𝘦𝘢𝘵𝘩𝘦𝘳 𝘧𝘭𝘰𝘤𝘬 𝘵𝘰𝘨𝘦𝘵𝘩𝘦𝘳.


Pemimpin Bersatu pun 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂. Patut la sayang sangat mamat 𝘴𝘤𝘢𝘮𝘮𝘦𝘳 tu. Presiden Bersatu pun ada kes sakau kan? Eh Wan Saiful sendiri pun ada kes la. Patut pun... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HATI HATI DENGAN PN NAK RANAP. JADI NAK LAGAKAN ORANG LAIN TU MAINAN MEREKA.

 


SIAPA MENTERI MASA ITU? HAMZAH DAN TAKIYUDDIN... SO JELAS MEREKA TUNGGANG BILA JADI PEMBANGKANG.


 

BERIYA BELA.. PARTI ATOK SAKA.


 

NAK JADI PEMERINTAH MACAMANA PAS NI... AMBIL KESEMOATAN DENGAN KEADAAN YANG ADA.. TAPI TIADA PENDIRIAN.


 

KEZALIMAN SENDIRI


 

PATUT SOKONG USAHA INI SEHINGGA KINI

 

RMS


Bagi rakyat yang mengikuti perjalanan kerajaan MADANI yang telah melepasi peringkat kedua penggal pertama DSAI sebagai Perdana Menteri, sewajarnya kita lega dengan pencapaian kerajaan.

 Tolaklah pelbagai isu remih temih dan politik kerana kunci kekuatan sesebuah kerajaan, kemampuan untuk bergerak kehadapan..



SEKARANG KALUT BAB ITU INI

RMS

 

Tak silap aku kedai ni juga dikunjungi kerabat Sultan Kelantan, sekarang jer sibuk sijil Halal..




KUAT MELATAH KETUA PEMUDA UMNO NI.


 

JANGAN YAKIN SANGAT

Zam Bin Zom


 Wahai PN insaflah: sebelum ni 6 MP cabut, kini 1 parti gabungan pulak tinggalkan kamu, itu pun masih berangan nak Tebuk Atap!!


 Sedarlah wahai PN, kamu sedang mereput! Doa qunut yg kamu baca dah memakan diri kamu!!!




PERIKATAN NASIONAL YANG SEMAKIN BERANTAKAN! PENDEDAHAN PANAS DARI LOKMAN...

PANAS!! - NUSI "MENGAMOK" DALAM MAJLIS AGAMA - KACAU DIA KAWIN DUA | MB ...



Dihadapan guru guru Agama dan Ustaz dalam satu Majlis MAJLIS PENGANUGERAHAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN. Sanusi meluahkan perasaan tidak puas hati kerana mempersoalkan perkawinan bini nombor 2. Ada antara mereka masih bergaduh hingga kini kerana tidak puas hati. Entahlah apa yang mereka tak puas hati?


TIKTOKERS PEMBANGKANG MEMBUAT FITNAH JELIK! LAPORAN POLIS AMK SABAH & PK...

Bukan soal dendam terhadap Mahathir; Jawablah di akhirat; ‘Borang belum ...



Antara paparan Sekilas Fakta 13 Disember 2024: 1) Kes VLN Zahid: ‘Kredibiliti AGC berada pada titik terendah’ - Muda 2) RCI Batu Puteh: Bukan soal dendam terhadap Mahathir, kata Anwar 3) Laporan tersebut telah dimulakan sewaktu zaman PM 9 - Fahmi 4) Bicara 1MDB: Jawablah di hadapan Tuhan di hari akhirat nanti - Najib 5) Raja Salman tidak pertikai sumbangan dari Arab Saudi - Najib 6) Puad ingatkan Hassan tentang tuduhan Dr M terhadap Tunku 7) PAS T’ganu tiada maklumat punca Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN 8) Dakwaan Zafrul masuk PKR: ‘Belum ada borang diterima’ - Fuziah





PERIKATAN NASIONAL YANG SEMAKIN BERANTAKAN! PENDEDAHAN PANAS DARI LOKMAN...

PERLI ANWAR KONONNYA NAIK JADI PM SEBAB PENYOKONG PAS KENA TANGKAP. KO YANG TAK KENA TANGKAP AKHIRNYA SUJU DI KAKI MAHATHIR





‘Penghujung hayat Tun M dengan Hadi Awang rupanya, takziah Pas’

Lidah rasmi Pas, Harakahdaily pernah memuatkan artikel yang masih boleh diakses hari ini berhubung doa bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Doa almarhum Dato Fadzil Noor supaya Tun panjang umur untuk Tun lihat sendiri kerosakan yang dia buat, Alhamdulillah maqbul,” tulis Nasir Abdullah yang diterbitkan pada 16 September 2019.

Hari ini ketika Kerajaan Persekutuan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir dilihat tersenyum bergambar di sebelah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.



“Penghujung hayat Tun M dengan Hadi Awang rupanya. Takziah Pas,” komen pemerhati politik, Syam Ghaz.

Rata-rata netizen juga berpendapat Mahathir dan Hadi mempunyai persamaan termasuk seorang dikenali umum gemar menyebut kafir dan mati syahid manakala seorang lagi sebut sesat dan mati katak.


Tidak kurang juga mendoakan agar Malaysia sentiasa diberkati dan dilindungi Allah daripada pemimpin yang hanya gilakan kuasa.


“Semoga Allah SWT melindungi tanah air Malaysia ini. Lindungilah pemimpin kami Anwar Ibrahim dari musibah dan malapetaka angkara mereka yang gilakan kuasa,” kata pengguna X, @MrJilly1.

Pindaan Perlembagaan KEADILAN Sentuh Jumlah Perwakilan, Kuota Gender – Fuziah

 


Setiausaha Agung KEADILAN Fuziah Salleh berkata pindaan itu mengikut prinsip keterlibatan dalam demokrasi yang bakal memberikan hak kepada anggota parti untuk mengundi pemimpin pada sesi pemilihan akan datang. Foto KEADILAN

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Kongres khas KEADILAN yang dijadualkan esok antara lain akan meminda perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik, menurut Setiausaha Agung Fuziah Salleh.

Fuziah berkata pindaan itu akan mengikut prinsip keterlibatan dalam demokrasi yang bakal memberikan hak kepada anggota parti untuk mengundi pemimpin pada sesi pemilihan akan datang.

“Semua ahli cabang ada hak untuk mengundi dan memilih pimpinan mereka. Sekiranya di setiap cabang itu mempunyai ahli yang lebih, maka setiap cabang itu akan mendapat perwakilan yang lebih untuk mengundi di kongres,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara yang bertajuk ‘Wanita Dalam Reformasi Politik Malaysia’ terbitan Bernama TV malam tadi.

Dalam pada itu, beliau yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup berkata langkah berkenaan merupakan hasil perbincangan di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengenai reformasi pemilihan bagi memastikan kredibiliti pemilihan pemimpin parti.

“Apabila kita berbincang di peringkat MPP, kita mendapat satu ketetapan (solusi) yang mana kita perlu tingkatkan perwakilan.

“Kita mengambil kira daripada sejuta anggota dalam parti hanya 30% atau 300,000 ahli yang aktif dan daripada 30% yang aktif itu, kita anggarkan hanya 30,000 ahli yang tegar (hardcore) yang sering turun padang,” katanya.

Fuziah berkata kongres khas di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam, itu akan dilaksanakan secara hibrid selepas mengambil kira ada dalam kalangan perwakilan datang dari negeri yang terkesan banjir.

“Jumlah keseluruhan perwakilan mengikut rekod pada Mesyuarat Agung Tahunan pada 2024 adalah seramai 2,428 ahli.

“Namun negeri-negeri yang terlibat dengan banjir, tidak perlulah hadir secara fizikal dan mereka boleh terlibat secara dalam talian, malah kita juga ada sistem yang membolehkan mereka boleh mengundi secara dalam talian,” katanya.

Bagi Kongres Nasional KEADILAN pula dijangka akan diadakan selewat-lewatnya Mei tahun hadapan, katanya.

“Kalau mengikut ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) kita terikat dengan 18 bulan selepas kongres terakhir yang kita laksanakan sebelum ini, iaitu pada 25 hingga 26 November 2023.

“Paling lewat yang kita boleh laksanakan Kongres Nasional tersebut adalah pada Mei 2025 supaya tidak melanggar perlembagaan parti,” katanya.

Sementara itu ketika menjadi tetamu dalam program berkenaan, beliau berkata wanita perlu berani menggalas jawatan penting dalam parti serta perlu mempunyai nilai berkualiti.

“Di Akademi KeAdilan, kita mendidik ramai anak muda khususnya wanita. Saya lihat ramai yang ada potensi (menjadi pemimpin) tetapi mereka tidak berani. Bukan parti tidak beri (peluang), tetapi dalam diri mereka itu masih lagi ada rasa takut,” katanya.



SAMAN SAMPAI RAPAT