Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah Datuk Seri Hajiji Noor memberi bayangan bahawa GRS akan bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah ke-17.
Perkara ini telahpun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Yang lain itu kita tengok, kalau fikiran mereka bagus, tidak gila, kita akan fikirkan sebab kita ini mahukan kebaikan, saya jadi Ketua Menteri dan yang saya mahu adalah perpaduan.
“Itu sebab saya tubuhkan GRS yang disertai oleh lapan komponen parti, walaupun di dalamnya terdapat parti yang kecil, tidak menang dalam PRN lepas, tapi niat saya baik, untuk kita satu hati.
“Cukuplah dengan pelajaran kita di masa-masa yang lalu. Misi saya sekarang mahu baik dengan orang, kita kumpulkan presiden-presiden parti yang ada dan bukan senang mengurus ini, memang penat tapi Insya Allah mereka juga sudah menyatakan komitmen dengan GRS,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Tengahari Bersama Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sempena Hari Natal di Kota Kinabalu semalam.
DUN Sabah akan terbubar pada Oktober 2025.