Timbalan Pengerusi SPR diminta jadi calon Penanti

Timbalan Pengerusi SPR diminta jadi calon penanti

Thursday, 30 April 2009 • Kategori: Berita Utama

KUALA LUMPUR, 30 APRIL (SK) - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Wan Ahmad Wan Omar wajar dijadikan calon Umno-Barisan Nasional bagi pilihanraya kecil Dun Penanti yang bakal diadakan.

Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin Wan Ahmad wajar dijadikan calon BN kerana kenyataan beliau yang dianggap menyebelahi Barisan Nasional.

“Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak,” kata Shamsul dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata sedemikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Wan Ahmad yang kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya seperti yang dilaporkan media, 27 April lalu.

SPR telah bercadang untuk menguatkuasakan beberapa pendekatan baru. Antaranya ialah menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding serta menguatkuasakan ‘hari bertenang’ menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.

Menurut Shamsul, rancangan ini adalah sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini.

“AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon,” Kata Shamsul lagi.

Shamsul menambah, walau ramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak.

Malah menurut Shamsul, terbukti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang ‘jelas kelihatan’ menyokong BN.

Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas. AMK, menurut Shamsul tidak lupa bagaimana pada Pilihanraya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian.

“AMK menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka,

“Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika 2 perkara ini dihalalkan oleh SPR : kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja,” katanya lagi.


SPR TETAP PENDIRIAN-TAPI SERINGKALI BERUBAH BILA MEMIHAK PAKATAN


PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian mereka untuk melaksanakan larangan kepada parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (foto) berkata, SPR tetap dengan keputusan mereka dan mahu semua parti politik dan penyokong parti pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. "Kita tetap dengan pendirian untuk kuat kuasakan undang-undang tersebut bagi mengelakkan wujudnya masalah terhadap pengundi dan petugas sewaktu proses pilihan raya diadakan," katanya. Pakatan Rakyat sebelum ini sebulat suara menggesa SPR agar menarik balik keputusan larangan tersebut dan bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan SPR esok bagi membincangkan mengenai isu berkenaan.


Bagaimanapun Abdul Aziz memberitahu pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai rancangan pertemuan tersebut.

Fairus pledges to strike back at detractors





SEBERANG PERAI (April 29, 2009) : Embattled former Penang Deputy Chief Minister (I) Mohammad Fairus Khairuddin has pledged to strike back against certain quarters that hurled graft allegations against him, causing him to be investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).




Former deputy chief minister (I) and former Penanti assemblymanMohammad Fairus Khairuddin congratulates Mansor Othman on hisselection by PKR as the party's candidate for the Penanti by-election.In his first public appearance since his resignation from the state government, the 33-year-old who was cleared of all charges by the MACC last week, said those who made the allegations must "face the music".




"I have gone through hell and I have come back now," he said in a PKR ceramah in Yayasan Aman in Penanti here on last night.



"I have found out who are my real friends and those who are not, during this very difficult period," he added, stressing that he was not planning a witch-hunt.



Fairus had earlier caused a mild stir when he showed up with PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim in the ceramah to announce PKR's candidate for the Penanti by-election on May 31.



The by-election has been forced by Fairus' resignation as the constituency's assemblyman on April 16. He had earlier quit as the deputy chief minister effective April 8.
Fairus thanked Penanti residents who had supported him during the difficult period and pledged his backing for PKR and Mansor.




"I will make a political comeback soon enough," he said, noting that although he could now not run as assemblyman for the next five years, he could still contest as MP.
Fairus said he would focus on pursuing his further studies in Australia over the next two years.





TIADA PIMPINAN PAS PADA MALAM PENAMAAN CALON-BANYAK TELAHAN DIBUAT




Malam penamaan calon Penanti tidak kelihatan orang kuat PAS di malam tersebut walau ramai penyokong yang hadir.Apa pun desas desus yang dibualkan di kedai-kedai kopi sebenarnya kerana celik politik.

Apa pun masyarakat Penanti akan menuju kepada satu matlamat asal untuk menentang Umno.maka kerana itu matlamat itu harus di terjemahkan.