LAGI PEMIMPIN UMNO MERAJUK

 

Mat Tenggek




Setelah pemimpin bawah Datuk Seri Najib Razak yang bersuara kini Timbalan Presiden, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan pula bersuara agar Umno bersendirian walaupun tidak menyebut secara jelas tinggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jika kita terpaksa bersendiri bersama Pas dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri,” kata beliau menerusi Facebooknya.

Mohamad mengajak Umno “Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan Umno ke landasan sebenarnya.


“Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula Umno agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.


Menurut beliau, keputusan pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang Umno meterai, tidak menguntungkan parti itu, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

“Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, Umno waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS,” katanya.

Apa yang berlaku di Sabah, katanya, memerlukan Umno memikirkan semula pendekatan politiknya.

“Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan Umno akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan Umno dalam jangka waktu panjang,” katanya.

Bagi beliau, pengorbanan Umno memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan Umno secara signifikan.

“Lebih menyedihkan, Umno terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan Umno.

“Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri,” kata beliau lagi.

Umno, katanya, tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

“Justeru, telah tiba masanya Presiden Umno memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita.

“Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara Umno diperlakukan dalam PRU Sabah,” katanya lagi.

Menuju masa depan, katanya, Umno mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir.

“Episod seterusnya ialah bagaimana Umno akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.

“Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional,” katanya lagi.

KEH..KEH ..BILA NAK BERHENTI ?







 

TANDA TANYA DIMANA AZMIN ALI...NYOROK ATAU BEKAM DIRUMAH?




 

RAKYAT SEDANG BERGELUT HADAPI COVID .KERAJAAN SABAH SIBUK BERI ANUGERAH

 Oleh – Alexiz Utara

Seperti dijangka rakyat Sabah kini berdepan krisis kesihatan susulan penularan wabak Covid19 sebaik terbentuknya kerajaan baharu.

Ia jelas menunjukkan kemelut politik yang dicetuskan pemimpin politik Semenanjung yang bersekongkol bekas ketua menteri, Musa Aman adalah amat buruk kesannya.

Ketamakan dan dahagakan kuasa politik daripada kalangan pemimpin politik nyata memberi implikasi buruk kepada rakyat, sekali lagi rakyat terpaksa menanggung beban hasil daripada sikap pentingkan diri mereka.

Ketika rakyat Sabah sedang sibuk bangkit dan bergelut untuk pulih daripada penularan Covid19, tiba-tiba krisis politik di Sabah dicetuskan dengan langkah dirancang dua orang suruhan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin iaitu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan Setiausaha Politik Muhyiddin, Nardin Awang.

Muhyiddin terlalu memikirkan cara untuk terus mengukuhkan kuasanya sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri untuk menjaga rakyat sebaliknya hanya sibuk mengukuhkan pengaruh politiknya.

Alasan beliau kononnya mahukan kerajaan yang sehaluan dengan Kerajaan Pusat walhal sebaliknya beliau terlalu ghairah untuk terus berkuasa.

Kini kuasa sudah berjaya diperolehnya tapi nyawa rakyat Sabah yang menjadi tebusannya.

Sebelum tercetusnya kemelut politik Sabah, kerajaan negeri Sabah di bawah pentadbiran WARISAN berjaya menguruskan dan mengawal penularan wabak dengan baik walaupun pada ketika itu tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat.

Pelbagai bantuan dan keperluan asas rakyat disalurkan melalui pusat Covid19 seluruh negeri di bawah SKN (Setiausaha Kerajaan Negeri), malah rakyat Sabah yang berada di Semenanjung juga dibantu.

Situasi ini berbeza sekali dibawah Ketua Menteri Sabah baharu, Hajiji Noor yang seolah-olah bisu dan lemah dalam menangani penularan Covid19, beginilah akibatnya apabila memilih pemimpin yang sekadar menjadi lembu dicucuk hidung kepada pemimpin di Kuala Lumpur.

Belum ada satu pun langkah dan rancangan dibentang oleh Hajiji dan barisan Kabinetnya untuk menangani penularan Covid19 atau adakah mereka masih sibuk bertelagah sesama sendiri sehinggakan Menteri Kesihatan Sabah pun masih belum dilantik.

Inilah yang akan berlaku apabila memilih pemimpin yang tidak mempunyai kepimpinan dan pengalaman, jadi caca merba sekarang ini di Sabah.

Harga yang dibayar oleh rakyat Sabah terhadap ketamakan kuasa pemimpin politik nyata tinggi, kini mereka terpaksa menanggung akibatnya.

Tidakkah Muhyiddin dan Musa memikirkan keselamatan rakyat semasa merancang rampasan kuasa politik di Sabah, untung hanya orang politik tapi yang rugi rakyat Sabah yang kini berdepan penularan Covid19 yang saban hari meningkat.

Lebih malang lagi, Kerajaan Negeri Sabah yang baharu juga tidak sensitif dengan isu rakyat, sepatutnya kepentingan dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan, malangnya apa yang berlaku sebaik menang mereka sibuk mahu memberi anugerah kepada ahli politik tertentu.

Baru sahaja beberapa hari selepas berakhir pilihan raya negeri, kini Kerajaan Negeri mahu pula memberikan anugerah kepada pemimpin politik Semenanjung.

Untuk apa anugerah ini diberikan, ia semata-mata untuk memuaskan nafsu ahli politik yang menghuru-harakan politik di Sabah.

Tidak malukah mereka ini, berbangga-bangga dengan kemenangan yang hanya merosakkan rakyat Sabah yang pada ketika ini sedang bergelut dengan isu sara hidup dan peluang pekerjaan yang semakin sempit?

Pentingkah anugerah ini diberikan kepada ahli politik dan tidakkah boleh tunggu selesaikan masalah rakyat terlebih dahulu?

Rakyat Sabah menunggu dengan penuh harapan kerajaan baharu ini yang kononnya mahu menjaga mereka, janganlah semasa pilihan raya sahaja Muhyiddin dan para menteri turun ke Sabah tapi selepas pilihan raya batang hidung pun hilang entah ke mana.

COVID-19 KLUSTER POLITIK, HENTI TINDAKAN DUA DARJAT



Mengulas mengenainya, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Kedah, Mohammed Firdaus Johari berkata: “Ekoran kecuaian tersebut isteri beliau yang juga merupakan guru di SK Permatang Janggus, Penaga, Kepala Batas telah disahkan positif Covid-19, sekaligus menyebabkan lebih 600 pelajar dan guru telah mengalami kesukaran kerana terpaksa menjalani ujian saringan COVID-19."




YADIM KINI CABANG PARTI PAS?



Nama yang tersenarai sebagai IKON Dakwah termasuk Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM sendiri, Datuk Dr Norhafizah Musa, dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ahmad Dusuki Abd Rani. "Mereka akan berperanan sebagai duta YADIM dalam program pembangunan dakwah, membantu mengimarahkan lagi aktiviti-aktiviti badan dakwah ini kepada masyarakat dan membantu dalam pembangunan dakwah melalui medium penulisan.




HINA SANGATKAH GUNA NAMA TABIKA KEMAS?


Menurut Wan Azizah WHO berpendapat kerajaan dan masyarakat sivil harus bekerjasama dengan keluarga bagi menyediakan akses yang saksama kepada semua kanak-kanak kepada persekitaran yang berkualiti lagi membina. “Tabika elit yang dicadangkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) itu adalah bertentangan dengan aspirasi ini dalam pendidikan awal kanak-kanak,” tegasnya.



JANGAN SALAH KERAJAAN. TRUMP PUN KENA, LEBAI PUN JALAN SANA SINI



BOB KELANANG


𝘑𝘈𝘕𝘎𝘈𝘕 𝘚𝘈𝘓𝘈𝘏𝘒𝘈𝘕 𝘗𝘌𝘔𝘐𝘔𝘗𝘐𝘕 𝘒𝘌𝘙𝘈𝘑𝘈𝘈𝘕… 𝘗𝘙𝘌𝘚𝘐𝘋𝘌𝘕 𝘈𝘔𝘌𝘙𝘐𝘒𝘈 𝘗𝘜𝘕 𝘒𝘌𝘕𝘈 𝘑𝘈𝘕𝘎𝘒𝘐𝘛𝘈𝘕 𝘊𝘖𝘝𝘐𝘋-19…
𝘒𝘖𝘏 𝘒𝘖𝘏 𝘒𝘖𝘏… 𝘑𝘐𝘓𝘈𝘒𝘌𝘙!!


 Image may contain: text that says "PECAHAN KES BAHARU JANGKITAN COVID-19 MALAYSIA DETAILS OF NEW CASES COVID-1 MALAYSIA 06 Oktober 2020 691 Kes baharu (New cases) 688 Kes tempatan (Local cases) 397 SABAH KEDAH 38 8 SELANGOR PERAK 3 SARAWAK 219 3 P.PINANG W.P KUALA LUMPUR 1 TERENGGANU 6 JOHOR 1 LABUAN SEMBILAN 1 W.P PUTRAJAYA 3 Kes import (Imported cases) 2 W.PKUALALUMPUR SUMBER: CPRC KEBANGSAAN SELANGOR UKK@MOH"

Bolehkah kita harapkan lagi demokrasi?- FAISAL TEHRANI

 

Kadang-kala saya meragui demokrasi. Kadang-kala.

Ini kerana demokrasi – satu perlumbaan – meletakkan pemimpin yang betul, benar, dan berkhidmat tidak selalunya menjadi begitu. Sebagai contoh, separuh lebih sedikit pengundi Amerika memilih Donald Trump sebagai presiden. Trump bukan sama sekali model demokrasi meskipun AS itu dianggap rujukan demokrasi. India, negara demokrasi terbesar di dunia memilih parti paling kanan, Bharatiya Janata Party, yang saban detiknya berusaha untuk menafikan hak rakyat dari kaum minor. Padahal tujuan demokrasi ialah majoriti melindungi minoriti.

Demokrasi juga memperdayakan Britain apabila Brexit meletakkan negara itu dalam keadaan canggung dengan Eropah. Thailand kian bernanah oleh demokrasi yang boleh dicelah-celah pelbagai anasir. Hong Kong menginginkan demokrasi tetapi setiap hari wilayah kecil itu mengalami rusuh. Malaysia pula memilih untuk menendang “kleptokrat” dan “pengamal korupsi” pada 2018. Namun demikian segelintir yang dipilih rakyat itu mengkhianat mandat dan bercumbu kembali dengan mereka atas nama konon demokrasi (atau demikerusi).

Demokrasi juga memperdayakan Britain apabila Brexit meletakkan negara itu dalam keadaan canggung dengan Eropah. Thailand kian bernanah oleh demokrasi yang boleh dicelah-celah pelbagai anasir. Hong Kong menginginkan demokrasi tetapi setiap hari wilayah kecil itu mengalami rusuh. Malaysia pula memilih untuk menendang “kleptokrat” dan “pengamal korupsi” pada 2018. Namun demikian segelintir yang dipilih rakyat itu mengkhianat mandat dan bercumbu kembali dengan mereka atas nama konon demokrasi (atau demikerusi).

Shafie Apdal pula ingin “menyelamatkan” demokrasi Sabah tetapi langkahnya itu dikatakan dibunuh oleh politik wang dan hasutan perkauman. Lebih aneh, undi popular Warisan Plus adalah 315,030 (42.06%), manakala pesaingnya GRS yang berjaya membentuk kerajaan pula meraih 311, 621 (41.60%). Hal ini didedahkan oleh Senator Adrian Lasimbang dalam satu ciapan. Menerusi sistem pilihan raya first-past-the-post (FPTP) yang pincang ini, yang kalah memerintah yang menang di Sabah.

Kita akan menyalahkan sesetengah pemilih atau pengundi dalam sistem demokrasi yang jahil. Kerana ada pengundi jahil ini maka Trump dinobatkan sebagai pemimpin. Kerana pengundi jahil ini, Narendra Modi menjadi pemimpin. Juga kerana pengundi jahil, Britain terpinggir dari Eropah. Oleh pengundi jahil maka pelawak, perompak, ketua kongsi, dan penyogok boleh naik atau kekal menjadi pemimpin. Jika begitu apa jadahnya demokrasi kalau ia tidak boleh menolong orang miskin apabila orang miskin memilih untuk memilih penindas mereka kembali? Kenapa orang miskin tetap mengundi mereka yang merompak mereka di siang hari?

Kadang-kala saya meragui demokrasi. Kadang-kala. Tatkala semua di atas berlaku, orang Perancis akan barangkali mengatakan c’est la vie, begitulah lumrah hidup. Tetapi adakah kita akan mengalah dan menyerah begitu sahaja? Begitukah jawapannya yang dapat kita berikan kepada generasi mendatang jika mereka bertanyakan kepada kita, misalnya mengapa kita tidak cukup keras melawan apabila negara kembali direbut oleh penyangak? Andaikan generasi mendatang membawa kencingan di pusara kita dan bukannya bunga. Mereka menyumpah seranah kerana kita terlalu menurut demokrasi, padahal yang tetap disambut ialah demikerusi. Adakah kita boleh percaya yang demokrasi akan menyelamatkan kita?

Sampai bilakah instrumen bernama demokrasi ini akan dipercayai oleh manusia dan akhirnya kita, manusia akan akhirnya percaya sistem ini sebenarnya boleh dieksploitasi untuk agenda golongan tertentu (katakan agenda samseng). Bahawa demokrasi juga akhirnya tidak akan dapat menyelamatkan kita.

Instrumen bernama demokrasi ini ada musuhnya. Pembelian undi dan hasutan perkauman. Di mana-mana negara yang memilih demokrasi sebagai sistem panduan politiknya, dua itu adalah ancaman. Malah mungkin banyak lagi. Jika dua di atas itu dapat dikawal, maka demokrasi akan sihat. Kerenah yang saya sebutkan dalam perenggan awal barangkali dapat dikecilkan.

Salah satu fenomena dalam politik wang ialah saat pengundi dibeli. Menurut Piotr Faliszewski (2009) dalam makalahnya bertajuk “How Hard Is Bribery in Elections?”, pembelian pengundi satu cara memanipulasi undi dan pengundi, agar pilihan raya yang sepatutnya sihat demi tujuan demokrasi, menjadi pilihan raya dengan tujuan demikerusi, dipetik:

“Elections are endangered not only by the organizers but also by the voters (manipulation), who might be tempted to vote strategically (that is, not according to their true preferences) to obtain their preferred outcome. This is not desirable as it can skew the result of the elections in a way that is arguably not in the best interest of the society.”

Frederic Charles Schaffer (2002) dari Massachusetts Institute of Technology dalam kerja akademiknya bertajuk “What Is Vote Buying?” menghujahkan pula pembelian undi ini berjalan dengan pelbagai bentuk. Ia mungkin dilakukan dengan alasan bayaran (pemberian hamper, barangan seperti minuman keras, malah duit secara terangan). Kedua, ia juga dalam bentuk hadiah tanpa sebab seperti contohnya ketika pilihan raya, calon memberikan basikal kepada anak-anak pengundi di kampung. Ketiga, dalam bentuk upah pekerja pilihan raya, yang mana ia dihujahkan sebagai habuan atas khidmat yang diberikan.

Pembelian undi ini tentunya akan menyebabkan calon yang lebih berketerampilan terabai dan yang lebih busuk, malah kadang yang korup akan terpilih ekoran adanya pengundi yang jahil, tidak peduli lantas mudah dibeli.

Dalam keadaan hari ini kita juga melihat pilihan raya atau demokrasi diancam oleh perkauman. Pada 2016 misalnya, Trump menggunakan perkauman untuk memenangi pilihan raya dengan taktik menakut-nakutkan pengundi kulit hitam, Hispanic, dan Asia. Colbert I King menulis untuk Washington Post bertarikh 29 Ogos 2020 menuliskan begini; “Trump has called for his supporters to stand watch at polling places in ‘certain areas,’ a tactic that could be aimed at intimidating and suppressing the votes of African Americans and other minorities”. 

Jadinya, penyokong Trump disuruh mendidihkan suhu perkauman. Dia ingin melakukannya sekali lagi hujung tahun ini. Siapakah yang belajar dari Trump? Kumpulan kanan di Amerika bahkan menggunakan imej Trump sebagai daddy menerusi kempen Save Daddy Trump. Untuk menakut-nakutkan kaum lain dari kulit putih.

Di Côte d’Ivoire pada 2000, pilihan raya presiden negeri kecil itu berlaku tumpah darah, di mana terjadi keganasan yang kemudian mengorbankan lebih 200 orang. Apa yang berlaku ialah pemerintah memanipulasi isu perkauman untuk terus berkuasa. Hal ini disentuh oleh badan hak asasi manusia antarabangsa, Human Rights Watch:

“The 2000 presidential and parliamentary elections in Côte d’Ivoire in October and December were marred by political violence which left over 200 people dead and hundreds wounded. In the months preceding the October presidential and December parliamentary elections, political leaders exploited ethnic divisions to oust rivals, used the state apparatus to repress opponents, and incited hatred and fear among populations which had for decades lived in relative harmony.”

Mahukah kita merenung apa yang berlaku di negara orang agar tidak terjadi di negara kita. Juga, masihkah kita mahu percaya kepada demokrasi jika pemimpin negara boleh memulas isu perkauman untuk terus berkuasa waima orang kecil atau rakyat terkorban sekalipun?

Kita tentu tidak mahu Pilihan Raya ke-15 menjadi seperti di atas tentunya. Kita di Malaysia, pelbagai bangsa ingin mendirikan sebuah nusa yang setara dan adil untuk semua; di atas lunas perlembagaan, dan juga Rukun Negara. Bukan menegakkan agenda satu-satu kaum seperti Melayu-Islam sahaja. Negara ini bukan untuk satu kaum atau satu agama.

Kita tidak boleh bersikap c’est la vie begitu-begitu saja. Sama sekali tidak.

Kadang-kala saya meragui demokrasi. Kadang-kala. Satu hari nanti saya percaya manusia tidak akan lagi mempercayai demokrasi. Waktu itu, kita akan dipimpin oleh seorang pemimpin pilihan langit untuk semesta alam dan sejagat dunia. Dunia akan kembali kepada janji Adam. Bunyinya lelucon dan mungkin ramai yang tidak beragama enggan percaya. Akan tetapi itu lah fitrah, malah lumrah – c’est la vie.

Waktu itu, undi popular akan benar-benar menentukan kelangsungan suatu kepimpinan demi kemanusiaan.

 

BIDANG TAHFIZ BUKAN LAGI KRITIKAL?


LIVE: Sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham. 691 KES BARU

691 KES BAHARU- NAK TUNGGU 1000 SEHARI GAMAKNYA

 


SEMALAM AKU KATAKAN NAK TUNGGU 500 KES SEHARI BARU NAK  PKP..TAPI NAMPAKNYA HARI INI 691 KES....


BENTENG 

SELASIH

EMBUN

BANGAU BANGAU

RAMAI RAMAI

BATU

MERU

 BAH SINTOK



BEZA ANTARA ANWAR DAN MAHATHIR

 

1. Beza Anwar dan Mahathir dari sudut politik.

2. Anwar Ibrahim seorang pemimpin politik yang berfahaman DEMOKRATIK yang menggunakan pendekatan tidak mencari musuh dalam politik,Anwar seorang demokrat tidak menggunakan pendekatan membunuh kawan,teman dan sahabat dalam konteks politik.

3. Mahathir adalah pemimpin politik yang berfahaman AUTOKRATIK dan dikenali sebagai seorang DIKTATOR menggunakan pendekatan mencari musuh dalam politik.Mahathir juga menggunakan pendekatan membunuh kawan,teman dan sahabat dalam konteks politik.

4. Mahathir seorang diktator akan tewas ditangan Anwar seorang demokrat dan Mahathir akan hina sebelum mati.Contoh P.W Botha seorang diktator tewas ditangan Nelson Mandela seorang demokrat,Ferdinand Marcos seorang diktator tewas ditangan Benigno/Corazon Aquino seorang demokrat dan banyak lagi.

Pandangan Sains Politik.


MENTERI AGAMA POHON MAAF LAGI, TAK GUNA. SIHAT NANTI BAIK LETAK JAWATAN

 


Image may contain: 1 person, text that says "Mohd Sayuti Omar Il 40 m. MENTERI AGAMA POHON MAAF LAGI, TAK GUNA Menteri agama memohon maaf sekali lagi ke atas apa yang berlaku. Katanya sepanjang kuarantin membolehkan dia bermuhasabah diri."

KAH.....SAMDOL...MUHASABAH BILA DAH SEBAR BERLAMBAK....

MENTERI AGAMA POHON MAAF LAGI, TAK GUNA

(Dari FB wall MSO)

Menteri agama memohon maaf sekali lagi ke atas apa yang berlaku. Katanya sepanjang kuarantin membolehkan dia bermuhasabah diri.

Menteri agama itu tidak payah buat apologetik menggunakan pendekatan agama berkali-kali. Apa yang anda lakukan walaupun kesalahan biasa anda sebagai manusia tidak maksum, tetapi tidak seharusnya berlaku ke atas seorang menteri.

Kesalahan yang anda lakukan perlu dipertanggungjawab dan ditebus dengan tindakan sewajarnya agar dapat dijadikan pengajaran.

Terbaik bukan anda meminta minta maaf dan mengaku kesalahan, tetapi, berundur lah daripada jadi menteri itu terbaik. Anda sebagai orang agama yang dikenali baik selama ini sudah bercepuah dengan najis politik sejak anda sedia menjadi anggota kerajaan curitokrasi.

Keperibadian anda yang lemah lembut tidak akan melindungi kerajaan PN yang diperoleh secara tidak bermoral. Saya pelik dan hairan macam mana seorang dianggap agamawan boleh terjebak dalam perbuatan keji begitu.

Jika anda mengalah dan keluar dari bingkai tahi politik mungkin anda boleh kembali ke dalam diri anda sebelum ini. Buka pondok ataupun buat syarikat mengerjakan Haji dan Umrah lagi terhormat dan dihormati. Halas. Trims.

- MSO

 


27 POSTING HINGGA KINI . LAGI BERITA MENYUSUL




TERIMA KASIH KERANA MENJADI PELAYAR WRLR. BLOG YANG KINI TELAH MENCAPAI HITS SEBANYAK 100K LEBIH SETIAP HARI. 

SOKONGAN ANDA MENJADI TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI ADMIN UNTK MEMBAWA BERITA SAHIH DAN BUKAN FITNAH UNTUK BACAAN ANDA.

ABIM gesa kerajaan PN lanjutkan moratorium pinjaman

 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank yang berakhir pada September lalu.

 Hal itu kerana situasi gelombang kedua pandemik Covid 19 yang mungkin menyaksikan sekali lagi negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melumpuhkan ekonomi rakyat.

 "Walaupun Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan kerajaan tidak bercadang untuk menguatkuasakan semula PKP dalam pengumuman yang dibuat, namun rakyat tetap bimbang berdasarkan kepada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Kedah serta Sabah yang menyaksikan kenaikan ketara kes Covid-19.

 "ABIM melihat kebimbangan ini berasaskan kepada tekanan ekonomi yang dirasai rakyat semasa perlaksanaan PKP lalu.

 "Antara kesannya ialah ramai yang hilang pekerjaan sepanjang PKP. Rakyat masih lagi bergelut untuk memulihkan aktiviti mereka

 "Justeru, sebagai langkah awal menangani keresahan rakyat terbanyak, ABIM menggesa supaya kerajaan berunding dengan pihak bank untuk dilanjutkan moratorium pinjaman bagi meredakan keresahan rakyat," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

 


Menurut kenyataan itu lagi, penangguhan bayaran balik akan membolehkan rakyat 'bernafas' dalam suasana yang amat menekan ketika ini.

 Lanjuran moratorium juga, menurut ABIM, akan memotivasi rakyat untuk memutuskan rantaian Covid 19 dengan tidak melakukan aktiviti atau pekerjaan yang boleh memudahkan virus maut itu merebak.

 "Menerusi pelanjutan moratorium ini, setidaknya ia akan memberi masa untuk aktiviti ekonomi rakyat dipulihkan semula di samping sesuai untuk menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang berleluasanya Covid-19 di negara ini.

 "Tindakan moratorium seharusnya dijadikan imbalan kepada pengorbanan yang ditunjukkan rakyat yang sedaya upaya mematuhi SOP ditetapkan walaupun ia memberikan kesan kepada mata pencarian mereka dan aktiviti sosio-ekonomi harian," kata kenyataan itu lagi.

 Pandemik Covid 19 gelombang kedua dikhuatiri akan menyebabkan banyak negeri terjejas sekiranya kerajaan melaksanakan PKPD. Biar pun tidak seburuk PKP namun PKPD dijangka akan menjejaskan ekonomi di beberapa negeri yang mana jumlah kes Covid tinggi.

 


Segerakan pakej ransangan ekonomi hadapi gelombang kedua Covid 19

 



Kerajaan Perikatan Nasional telah mengumumkan tiga pakej khas ransangan ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan.

 Bagaimanapun menurut, Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, kesemua peruntukan pakej itu telah habis digunakan oleh rakyat tetapi ketika ini negara berhadapan gelombang kedua pandemik Covid 19, yang mana mungkin PKP dilaksanakan semula.

 Sekiranya PKP tidak dilaksanakan di seluruh negara sebagaimana bulan Mac lalu, kata Ming Kai, PKP Diperketat akan melibatkan banyak kawasan kerana jangkitan Covid 19 yang meluas ketika ini.

 "Negara amat memerlukan pelan ransangan ekonomi yang baharu, kalau ini tidak dilakukan dengan segera maka lebih banyak kilang akan memotong gaji pekerja disebabkan oleh kurang permintaan untuk barangan yang dihasilkan. Kuasa membeli rakyat juga mengalami kemerosotan (akibat PKPD)," katanya.

 

Beliau mengambil contoh ekonomi Kedah yang terjejas sewaktu beberapa kawasan dikenakan PKPD yang mengakibatkan rakyat sukar untuk bekerja dan aktiviti jualan runcit terjejas.

 Sekiranya tiada pakej ransangan khas, sekurang-kurangnya untuk kawasan terjejas maka ekonomi rakyat di beberapa negeri akan merudum akibat pandemik Covid gelombang kedua.

 "Dengan kembalinya wabak Covid-19, rakyat di Kedah misalnya mula mengikat perut. Ramai orang terutamanya warga emas tidak keluar rumah dan kurang orang makan di restoran ataupun membeli-belah di kedai. Ini sudah tentu melembabkan ekonomi negeri," katanya.

 Kerajaan mungkin menggunakan pembentangan Belanjawan 2021 untuk memasukkan pakej ransangan khas. Namun ia akan mengambil masa sebulan dari sekarang, sedangkan banyak isi rumah telah terjejas teruk dalam jangka masa berkenaan.

 

Menteri Agama positif Covid 19 pernah lawat Lembah Pantai

 


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berdoa agar tiada penduduk di kawasan itu yang terkena jangkitan virus Covid 19 kerana baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pernah melakukan lawatan di kawasan berkenaan.

 Menurut Fahmi, Dr Zulkifli hadir ke Lembah Pantai pada 26 September lalu untuk satu program zakat di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria.

 "Saya difahamkan semua yang hadir program tersebut telah atau akan dipanggil untuk buat saringan.

 "Kepada yang hadir program tersebut, sila beri kerjasama maksima, dan sila patuhi sepenuhnya arahan kuarantin di rumah.

 "Saya doakan semua warga Lembah Pantai dilindungi dari Covid 19," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

 


Dr Zulkifli menghadiri satu program zakat di PPR Pantai Ria baru-baru ini

 Sebelum ini, dalam akaun Twitternya malam tadi, Fahmi berkata kes Dr Zulkifli menjadi 'bukti paling kukuh' keputusan untuk tidak mewajibkan saringan dan kuarantin bagi yang pulang dari Sabah sebelum 27 September adalah keputusan yang tidak berasaskan bukti sains perubatan dan tidak betul.

 "Malah saya berpandangan bahawa keputusan membenarkan mereka yang pulang dari Sabah mulai 27 Sept dan diuji negatif di KLIA, KLIA2 untuk potong gelang pink - juga adalah keputusan yang tidak berasaskan fakta sains perubatan, dan tidak betul.

 "Ia juga keputusan yang salah," katanya.

 Netizen di laman sosial menyifatkan dengan pergerakan Dr Zulkifli ke banyak lokasi sebelum beliau disahkan positif Covid 19 maka akan terbentuk satu lagi kluster baharu, iaitu kluster menteri.

 Dr Zulkifli sebelum ini dilaporkan menghadiri pelbagai program di lima negeri sejak beliau kembali dari Sabah.

 

Tangguhkan PRN Sarawak, hentikan kluster politik

 


Kerajaan negeri Sarawak dibawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak GPS) digesa untuk menangguhkan sebarang hasrat untuk membubarkan kabinet dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun ini.

 Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Larry Sng berkata ini berdasarkan peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini, yang rata-ratanya berpunca daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 "Memandangkan lonjakan mendadak kes COVID-19 di seluruh negara ketika ini, saya menggesa Ketua Menteri Sarawak untuk menangguhkan pilihan raya negeri hingga tahun depan apabila keadaan bertambah baik.

 "Tidak ada urgensi untuk segera mengadakan pilihan raya negeri. Keutamaan adalah menjaga keselamatan rakyat kita dan memberi peluang kepada semua orang untuk kembali mengundi apabila tiba waktunya," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.

 Larry yang juga Ahli Parlimen Julau berpendapat semua pemimpin kerajaan dan ahli politik perlu belajar dari kesilapan supaya dapat mengelakkan daripada memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

 "PRN Sabah yang baru saja diselesaikan menyaksikan lonjakan mendadak dalam 19 kes. Beberapa ahli politik juga positif ketika berkempen.

 "Oleh itu, adalah penting bahawa Sarawak harus belajar dari ini dan tidak mengulangi kesilapan yang sama yang dilakukan di Sabah.

 "Keutamaan kami adalah menjaga kesihatan rakyat. Politik adalah perkara kedua," katanya.

 

KALAU PKP LAGI MEMANG PN KENA SERANAH …


HORMATI MENTERI AGAMA DALAM AGAMA, BUKAN POLITIK?


MENGAPA PH LESU, HANYA EZAM KEMPEN PRU 15?


PAPAGOMO AKHIRNYA AKUI DALAM SEDIKIT MASA DSAI AKAN JADI PM9


 Apa pun dalam masa 14 hari ini akan ada pekara penting yang berlaku yang mana sekali lagi akan mengubah landskap politik negara. Suka atau tidak suka memang itulah permainan politik yang menjadikan kita akar umbi terpalit dengan apa yang berlaku.

.
Rakyat pastinya berang dengan pementasan politik yang bakal berlaku. Namun Rakyat lah juga yang menjadi taruhan kita menyelamatkan negara ini jatuh ke tangan yang salah.
.
Bukan semua rakyat faham apa itu politik tetapi setidak tidak nya selepas PRU14 Rakyat sudah melihat bagaimana tangan yang salah pangkah hampir menghancurkan negara ini.
.
Nasihat Aku, biarkan ianya berlaku dan berbangga lah bahawa kita merupakan sebahagian sejarah yang tercipta.
.
Suka atau tidak ianya tetap akan berlaku. Kemaruk Gila kuasa nak jadi Perdana Menteri tak dapat dibendung lagi.


(Ya la...hang dah Rosmah tak bagi makan..serupa saka tak dak tuan juga la..elok la cari tuan baru)