Hormati menteri agama dalam agama, bukan politik?
Herjunot Ali
Saya amat hormati Dr Zulkifli al-Bakri. Apabila beliau menerima tawaran menjadi Menteri dalam kerajaan PN, saya sedih. Pun begitu, ia tidak melunturkan hormat saya kepada beliau.
Beliau ke Sabah semasa PRN baru-baru ini, dan sewajarnya beliau kuarantin. Pada saya, beliau tidak kuarantin dan hadir banyak program itu, ia tidak patut berlaku sama sekali.
Saya simpati dengan Dr Zulkifli al-Bakri. Dalam group whatsapp dan beberapa status FB yang melintas di wall FB saya, agak ramai juga yang mengutuk beliau.
Saya sedih, tp saya tidak akan mempertahankan Dr Zulkifli al-Bakri kerana saya anggap beliau telah melakukan kesilapan semenjak awal beliau terjebak dalam langkah politik.
Namun begitu, saya masih lagi mencari hikmah disebalik kesediaan beliau melangkah ke dunia politik…
No comments:
Post a Comment