MENTERI AGAMA POHON MAAF LAGI, TAK GUNA. SIHAT NANTI BAIK LETAK JAWATAN

 


Image may contain: 1 person, text that says "Mohd Sayuti Omar Il 40 m. MENTERI AGAMA POHON MAAF LAGI, TAK GUNA Menteri agama memohon maaf sekali lagi ke atas apa yang berlaku. Katanya sepanjang kuarantin membolehkan dia bermuhasabah diri."

KAH.....SAMDOL...MUHASABAH BILA DAH SEBAR BERLAMBAK....

MENTERI AGAMA POHON MAAF LAGI, TAK GUNA

(Dari FB wall MSO)

Menteri agama memohon maaf sekali lagi ke atas apa yang berlaku. Katanya sepanjang kuarantin membolehkan dia bermuhasabah diri.

Menteri agama itu tidak payah buat apologetik menggunakan pendekatan agama berkali-kali. Apa yang anda lakukan walaupun kesalahan biasa anda sebagai manusia tidak maksum, tetapi tidak seharusnya berlaku ke atas seorang menteri.

Kesalahan yang anda lakukan perlu dipertanggungjawab dan ditebus dengan tindakan sewajarnya agar dapat dijadikan pengajaran.

Terbaik bukan anda meminta minta maaf dan mengaku kesalahan, tetapi, berundur lah daripada jadi menteri itu terbaik. Anda sebagai orang agama yang dikenali baik selama ini sudah bercepuah dengan najis politik sejak anda sedia menjadi anggota kerajaan curitokrasi.

Keperibadian anda yang lemah lembut tidak akan melindungi kerajaan PN yang diperoleh secara tidak bermoral. Saya pelik dan hairan macam mana seorang dianggap agamawan boleh terjebak dalam perbuatan keji begitu.

Jika anda mengalah dan keluar dari bingkai tahi politik mungkin anda boleh kembali ke dalam diri anda sebelum ini. Buka pondok ataupun buat syarikat mengerjakan Haji dan Umrah lagi terhormat dan dihormati. Halas. Trims.

- MSO

 


No comments: