KUARANTIN WAJIB DARI SABAH..SUDAH TERLAMBAT BUAT MALAYSIA ?


FB HAMDAN TAHA




Kenapa ujian dan kuarantin hanya selepas 27 hb September mereka yang pulang dari Sabah.... ? kes pertama yang dilaporkan ketika PRN Sabah..iaitu jangkitan dalam Masyarakat adalah pada 21 hb September.. Ketika itu dilaporkan Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Razlan Rafii orang pertama disahkan Positif..

Dan selepas itu pada 22 Hb, Dilaporkan kontak rapat Razlan, Timbalan Ketua Pemuda UMNO Shahril Hamdan pula positif Covid-19.. Patutnya jangkitan melibatkan kedua mereka adalah asas yg kuat agar kuarantin wajib dilaksanakan mereka yang pulang dari Sabah.. kerana ia berlaku dalam Masyarakat.. dan ia bersifat Sporadik..

Tetapi tidak ada sebarang tindakan tegas dari MKN dan kerajaan untuk wajibkan kuarantin 14 hari mereka yang pulang dari sabah.. Sedang selepas itu beribu penyokng dan Pemimpin PN masih berada di Sabah.. setidaknya mereka harus kekal kuarantin kendiri dirumah seperti pemimpin PH, Juga Zahid dan Najib...

Mengapa selepas 27 hb Sept..Apakah untuk melepaskan segala Pemimpin,Menteri dan jentera PN dari dipaksakan kepada mereka kuarantin Wajib.. Pertama memang pemimpin PN jenis degil nak kuarantin.. Kedua, Mungkin jika laksanakan Kuarantin Wajib akan kantoi berapa ramainya jentera dan pegawai Kerajaan yang bertugas dan digunakan PN disana...

Tapi paling aku kesalkan adalah Menteri Agama.. Tanpa rasa bersalah..Selepas pulang dari Sabah, Dia pergi boleh kata hampir setiap hari program2 Kerajaan seluruh Negara.. Termasuk Muhyidin pun....hatta dikatakan ketika ada simptom demam dia hadir ke UITM..

Jadi nak salahkan Siapa ? dah pasti ia adalah kegagalan kedua Pak Long Mail sabri bakal presiden umno... dari pada keputusan kuarantin Wajib melibatkan kluster Import sampailah kelonggaran tanpa kuarantin wajib bagi Pemimpin dan Menteri Kerajaan PN yang balik ke Semenanjung dari sabah...

Orang yang Pertama kena bertanggung jawab dan Meletak jawatan, adalah Menteri menteri yang terlibat.. dan bagi Abah dia rasa dia hebat..Alang alang dah tak boleh berfungsi..eloklah serahkan dan kembalikan mandat rakyat kepada yang hak.. Rasanya lebih bermaruah serahkan amanah itu kepada rakyat semula selepas cinvid reda..sebelum Allah taqdirkan ianya berlaku.. Description: 🙂

Copy paste....

 

No comments: