KENYATAAN MEDIA KETUA PEMBANGKANG

 

Penguatkuasaan Yang Tegas dan Pematuhan SOP Adalah Kunci

Adalah suatu perkembangan yang membimbangkan tatkala angka jangkitan wabak COVID-19 kembali meningkat. Saya menggesa kerajaan untuk bersikap telus dalam menangani wabak ini, terutamanya kes-kes yang melibatkan politisi dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak ada sesiapa yang dikecualikan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan, dan peraturan ini hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas tanpa selektif.

Saya juga mendesak kerajaan untuk memberikan maklumat dalam menangani gelombang terbaru wabak ini bagi mengelak sebarang spekulasi dan khabar angin. Adalah mustahak bagi politisi dari kedua-dua pihak dalam mengutamakan maslahat rakyat tatkala kemelut. Kualiti kepimpinan mesti ditonjolkan.

Hanya dengan kepatuhan dan kesepaduan sebagai sebuah negara sahaja yang akan menjamin kesejahteraan semua, lantas dapat kita bendung wabak ini. Semuanya terletak di bahu masing-masing untuk sentiasa bersiapsiaga untuk diri kita dan orang sekeliling. Saya turut mendoakan kepada semua yang dijangkiti dengan wabak COVID-19 ini agar lekas sembuh dan terus kuat semangat.

-

Strict Enforcement And Compliance By All Is Critical

I am deeply concerned about the current spike in Covid-19 cases and spread within the community. I urge the government to be fully transparent about the handling of cases, especially those involving politicians and other high-ranking officials. No one should be exempt from following strict SOPs that have been put in place and these rules must be strictly enforced, without double standards.

I also urge the government to be forthcoming with information and the handling of this new wave of infection to avoid further speculation and rumours. It is imperative for politicians from all sides to prioritise the well-being of the people in the midst of this unprecedented crisis. There must be leadership by example.

Only if we work together as a nation, can we truly beat this pandemic. It is up to each of us to stay safe, remain vigilant, take care of ourselves and take care of each other. I would also like to send my well wishes for a speedy recovery to all those that have been infected by Covid-19.

ANWAR IBRAHIM

#kitajagakita #COVID19

 

No comments: