ANWAR PD- ANUGERAH DARI HOSPITAL PD UNTUK PEJABAT AHLI PARLIMEN

 

Pada 22 September yang lepas, Pejabat Parlimen Port Dickson telah menerima penghargaan daripada Hospital Port Dickson di atas sumbangan yang telah diberikan semasa wabak Covid-19 mula menular di negara kita.

Sumbangan disampaikan oleh Dr. Mohd Zulfa bin Mohamad, Pengarah Hospital Port Dickson dalam satu Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Sumbangan Covid-19 di Villea Port Dickson.

Diharapkan semua pihak dapat menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menjaga kebersihan dan juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung penularan semula wabak Covid-19.

#ParlimenPD


No comments: