ADAKAH DENDA DUA RIBU GUGUR SEBAGAI AHLI PARLIMEN ATAU ADUN?

 

Bukankah apabila seseorang Ahli Parlimen (MP) atau ADUN dijatuhi Hukuman Bersalah dengan Denda lebih rm2,000 atau Penjara lebih Dua Tahun, maka otomatis dia gugur dari kedudukannya sebagai MP atau ADUN?

Tidak ada pula disebut di dalam Akta, Penal Code atau Clause Perlembagaan yang berkaitan bahawa pesalah dibolehkan bebas & perlu tunggu Kes Rayuan dahulu sebelum hukuman dijalankan.

Kes Rayuan di Mahkamah Rayuan bukan untuk menafikan Hukuman Pertuduhan yang sudah dibicara dan diputuskan oleh Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Kes Rayuan adalah untuk Meringankan Hukuman Pertuduhan, ataupun Merungkai kembali apa-apa dari Fakta-fakta Perlu berhubung Kesabitan sesuatu Jenayah yang dibentangkan dari sudut Teknikalitinya sebelum memperolehi sesuatu Keputusan ke atas Hukumannya tanpa sebarang keraguan terhadap seseorang yang sedang didakwa sebagai Pesalah, Pelaku Jenayah atau Penjenayah tadi.

Apa Malaysia mengamalkan Undang-undang Hutan Belantara, court of laws atau Undang-undang Rimba Ciptaan UMNO ???

JR.