RENTASAN 697 | PANAS!!! PH TEMUI KAEDAH PENYELESAIAN SUPAYA TUN MAHATHIR TEPATI JANJI?


MENARIK DALAM RENTASAN 697
1. PAKATAN HARAPAN BERI JALAN KELUAR SECARA TERHORMAT KEPADA TUN M 2. AZMIN JANGAN CAMPUR URUSAN PAKATAN HARAPAN 3. PEMIMPIN WANITA BANTAH SIASATAN TERHADAP HANNAH 4. BILA PAS NAK HARAMKAN JUDI?










PENYOKONG DAP KUTUK PARTI KERANA SOKONG MAHATHIR


MAN TOBA


Di FB Liew Chin Tong. Penyokong DAP tengah rancak mengutuk kerana mengangkat Tun as PM9.



LAGU BARU


MORAL, POLITIK MAKIN JAHANAM

POLITIK ISLAM PERLU SENI DEMOKRASI

KENAPA TUN M LETAK JAWATAN

KERAJAAN PN BUNTU HADAPI MASALAH PENGANGGURAN PASCA COVID 19

KERAJAAN PN TAK ADA DAP TAPI JUDI DIBENAR BEROPERASI DALAM PKPP

*KOPERASI PERMODALAN FELDA RUGI RM 60 JUTA JUAL 17.6 JUTA UNIT SAHAM FGV. FGV PERLU KEMBALI KEPADA FELDA*



Mengejutkan apabila berita melalui laporan The Star, 10 Jun 2020, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) milik peneroka, generasi dan kakitangan bukan lagi antara pemegang utama saham FGV Holding Berhad (FGV). Berita hanya dikeluarkan dalam edisi bahasa Inggeris dan tidak mendapat liputan akhbar berbahasa Melayu.

1. KPF pada mulanya memegang lebih kurang 5.8% dengan jumlah lebih 211 juta unit saham dan FELDA memegang 33% pegangan saham dalam FGV. Namun pegangan mula berkurangan pada 2017 melalui penjualan lebih 10 juta unit saham dengan pengurangan pegangan kepada 5.3%. The Star melaporkan hari ini, KPF hanya memegang 4.75% setelah menjual 17.6 juta saham pada awal bulan Jun 2020 dan kini bukan lagi sebagai pemegang utama dalam FGV.

2. Kiraan bagi jumlah penjualan saham pada RM 1.15 ini berbanding RM 4.55 harga belian, KPF kerugian RM 60 juta. Pada 2017, KPF boleh dikatakan mencatatkan kerugian menjual 5 juta saham FGV pada nilai RM12.5 juta. Mengikut kenyataan mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 2017, FELDA mencatatkan RM 2 bilion rugi tidak nyata kerana kejatuhan harga saham FGV.

3. Tindakan ini dilihat tidak selari dengan hasrat warga FELDA melalui kenyataan wakil peneroka dan generasi Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP) yang  mahukan pegangan FELDA dan KPF  ditingkatkan kepada satu nilai sebagai pemegang terbesar dalam FGV. Ini bagi memastikan penguasaan ke atas FGV dapat menjamin objektif FGV yang sepatutnya memberi keuntungan kepada FELDA dan warganya sebagai pemegang taruh.

4. KPF dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menjual sebahagian sahamnya dalam FGV samada untuk membayar dividen yang berpatutan atau mencairkan aset bagi melabur ke sektor pelaburan yang lebih menguntungkan.

5. Prestasi FGV sejak 2013 melalui laporan kertas putih FELDA tidak memberangsangkan terus mencatatkan kerugian RM 163 juta bagi suku pertama 2020 dan RM 1.03 bilion pada 2018. Prestasi FGV telah memberi tekanan kepada pemegang utama saham dan keadaan memaksa untuk menjual bagi membolehkan cairan tunai hasil  dari penjualan boleh dilabur ke dalam pelaburan yang lebih baik.

6. Jalan keluar bagi masalah ini kini terletak pada bahu kerajaan dan Pengerusi baru FELDA. Ladang dan kilang perlu diserahkan semula kepada FELDA. FELDA Holding Berhad FHB telah menunjukkan prestasi yang baik sebelum ia disenaraikan ke bursa saham. FELDA dan peneroka perlukan pendapatan lebih baik dari ladang dan kilang yang dipegang oleh FGV.

*Ridhuan Esa*
24 Syawal 1441H
17 Jun 2020
Generasi Ke-2
FELDA Sungai Sibol
Generasi Ke-3
FELDA Bukit Serampang

ADA ORANG GEMBIRA SAMPAI SKOR GOL


Shahbudin  Hussein.

Yang paling awal tampak gembira apabila Mahathir bakal dipilih semula sebagai PM sekali lagi ialah Azmin.

Sebab apa?

Tentu kerana dia melihat apabila PN tumbang dan PH naik semula sebagai kerajaan, dia masih ada peluang untuk terus kekal menyambung hayatnya sebagai menteri lagi.

Lagi pun dalam PN, kedudukannya semakin tidak diterima oleh UMNO dan Mahathir adalah tempat pelarian yang selamat baginya.

Sejak PH tumbang yang bermula dengan Langkah Sheraton yang digerakkannya, pernah kita dengar Tun Mahathir mengutuk Azmin?



"PKR tidak percaya kepada Mahathir" - AMK tidak setuju Tun M dilantik PM sekali lagi

"PKR tidak percaya kepada Mahathir" - AMK tidak setuju Tun M dilantik PM sekali lagi
Akmal percaya pendirian AMK itu mewakili suara akar umbi Parti Keadilan Rakyat dan pendokong PH. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) tetap menganggap Tun Dr Mahathir sebagai penyebab runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila meletak jawatan tanpa merujuk kepada Majlis Presiden PH.

Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir menegaskan, atas sebab itu pihaknya tidak bersetuju dengan kesediaan DAP untuk menyokong Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Akmal menjelaskan, beliau percaya pendirian AMK itu mewakili suara akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pendokong PH.

"Memang benar, jika dibiarkan Perikatan Nasional berkuasa, maka keadaan akan terus bertambah mudarat. Tetapi sudah-sudahlah dengan kaedah memilih kejahatan dari kalangan jahat-jahat ‘lesser of two evils’.

"Sekiranya rakan-rakan lain mahu mengembalikan mandat rakyat, yakinkan yang berlima itu untuk menyokong PH, bukannya menggadaikan sokongan kita buat kali kedua,"katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu menegaskan, 'pintu belakang' untuk mengkhianati mandat rakyat telah dikhianati lebih awal.


Sebagai contoh, kata Akmal, PKR tidak pernah mencadangkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya dilantik sebagai menteri.

Namun beliau menegaskan, Dr Mahathir tetap memilih Azmin dan menubuhkan jemaah Kabinet mengikut seleranya bukan persetujuan semua parti dalam PH.

"Dasar pecah perintah sebegini rupa menyebabkan habis porak-peranda parti. Sampai sekarang, tindakan Azmin dengan Langkah Sheraton-nya langsung tidak dikecam.

"Bila ditanya atau mohon pertimbangan, mulalah ditunjuk taring kuasa eksekutif," katanya lagi.

Beliau juga menyifatkan Dr Mahathir tidak pernah berusaha meredakan serangan teruk terhadap PH dengan sentimen agama dan perkauman.

Sebaliknya, kata beliau, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu menambah perpecahan dengan merestui Kongres Maruah Melayu.

"PH sewajarnya bergerak melangkaui sentimen dan pencaturan politik sedemikian.

"Jangan kita lupa kepada sifat dan jati diri yang berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati walaupun berlainan bangsa, agama atau budaya.

"Tak perlulah diceritakan satu per satu, cukuplah sekadar peringatan.

"Buatlah penjanjian atau mekanisme macam mana sekali pun, bila asyik mungkiri (langgar janji) memang susah hendak dipercayai lagi," katanya.

Pada Rabu, Malaysiakini melaporkan Athony sebagai berkata, PH dan sekutunya telah meneroka dua kombinasi pilihan bagi jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kombinasi pertama melibatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menerima sokongan daripada sekutu PH, justeru cadangan baharu dibangkitkan iaitu menggandingkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dengan Anwar sebagai timbalannya.


′′ Berhenti berkelakuan terdesak ′′



FARHASH WAFA SALVADOR

Semua lelaki setia, tetapi objek kesetiaan mereka adalah anggaran terbaik.
DAP dan Amanah harus menyatakan pendirian mereka di belakang lelaki yang mempertemukan kita semua. Adakah ini cara anda membalas DSAI untuk persahabatan yang dibina lebih daripada 20 tahun?
DSAI menghadapi pelbagai cabaran dan sering dilabel sebagai terlalu liberal dan jauh dari masyarakat Melayu atas kesetiaannya kepada DAP.
Tindakan dan kenyataan DAP dan Amanah kerana tidak berdiri teguh di belakang DSAI adalah memecahkan dan tidak membangkitkan seorang pemimpin.
Dalam kata-kata Loke, ′′ perlu ada hala tuju yang jelas apa jalan ke hadapan." Untuk PKR bermakna kita tidak akan membiarkan DSAI dan rakyat Malaysia untuk menumpang sekali lagi.
Tamat

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks


AMBIL SEMULA ATAU BIARKAN SEHINGGA PRU 15.ANWAR DAN PENYOKONGNYA BERHAK UNTUK TENTUKAN .




FRIENDS OF MAZSLEE


Usaha ambil balik Kerajaan dan selamatkan negara sebelum semuanya rosak dan segala jerung dibebaskan perlu disegerakan.

Ada sesiapa ikuti siaran media oleh Anthony Loke semalam?
Aku kena kutuk macam-macam bila aku jangkakan apa akan berlaku, iaitu Anwar akan berbolak-balik dalam memberikan kata putus untuk sokong Tun M atau tidak.
Ini post aku beberapa hari lepas:
Korang cakap aku merapu. Sekarang Loke sendiri yang dedahkan apa butir perbincangan dalam PH+. Nilailah sendiri.
Aku komen dekat post Nik Nazmi. Kalau ikut sentimen secara kasar, memanglah orang nak tengok muka baru jadi PM. Antara muka baru tersebut ialah Anwar Ibrahim.
Aku pun nak juga merasa Anwar jadi PM. Tapi sekarang ini sentimen aku, sentimen rakyat, tak menjadi penentu sebab kita bukan pengundi seperti PRU14 dulu.
Sekarang ni 'game' dia ialah bilangan MP. Kita kena tanya soalan serius ni,
Siapa yang mampu mencukupkan bilangan MP untuk bentuk kerajaan baru?
Tun M ke Anwar?
Benda ni la yang YB Maszlee tulis tapi terus diserang teruk oleh geng Anwar. Ada juga yang tuduh YB Maszlee tak perlu bergadu.
Tapi fakta dan hujah dia sangat kukuh. Ini 'game' nombor, bukan apa yang Anwar nak dan apa yang Tun M nak.
Baca kat sini tulisan YB Maszlee:
Kolumnis terkenal Amanah, Lutfi Othman pun nampak benda ni. Kita sekarang kena fikir real politik, bukan terpaut dengan sentimen emosi semata-mata. Boleh baca tulisan Lutfi Othman kat sini:
Dalam mesyuarat PH+, DAP, Amanah dan Warisan memutuskan untuk Tun M jadi PM. Tetapi mereka menghormati Anwar dengan memberikan masa sehingga Selasa 16 Jun untuk membuat keputusan.
Dalam PH+ maksudnya majoritinya nak Tun M sebagai leading figure. Tapi Anwar buat hal. Dia senyap. Dengar berita dia menghilang dan tak dapat dihubungi. Dengar berita juga dia bergegas ke Kuching untuk cuba 'strike deal' dengan GPS.
Anwar khabarnya yakin memberitahu ramai pihak yang dia ada nombor. Inilah yang DAP, Amanah geram. Jika ada nombor, kena buktikan Jika benar GPS sokong Anwar, bentang buktinya dalam mesyuarat.
Tetapi Anwar tak dapat buktikan.
Aku lihat DAP dan Amanah lebih berfikir secara objektif dan nampak 'big picture'.
DAP dan Amanah ni bukan baru dengan Anwar. Sebelum ini Mat Sabu dan Guan Englah yang mencadangkan agar disegerakan transisi kuasa dari Tun M kepada Anwar.
DAP dan Amanah menyokong Anwar sejak sebelum PH dibentuk lagi. Sejak dari Pakatan Rakyat, sampailah PH. Selepas Tun M letak jawatan, DAP dan Amanah menamakan Anwar sebagai PM.
Tapi apa yang berlaku?
Ternyata Anwar tak berjaya mendapatkan sokongan MP. Jadi jika Farhash nak persoal hubungan persahabatan DAP dan Amanah, persoalan yang perlu ditanya ialah adakah DAP dan Amanah tak pernah menyokong Anwar sebelum ini?
Sokongan mereka tak berbelah bahagi. Tetapi natijahnya sama. Kenapa mereka perlu melakukan perkara yang sama sedangkan natijahnya akan tetap sama?
Sebab itu mereka 'take a step back' dan fikir secara objektif. Benci, tak percaya dan muak dengan Tun M tak boleh menafikan yang Tun M mempunyai kekuatan untuk mencukupkan bilangan MP.
A fact is a fact.
Sebab itulah DAP marah bila keputusan tak ada. Hubungi tak dapat. Itu ciri-ciri pemimpin yang 'indecisive'.
Semalam dan esok, PKR akan terus adakan meeting untuk cari cara macam mana nak bagi Anwar dicalonkan sebagai PM.
Maaflah aku cakap. There is no way. Kalau PKR berani, PKR keluar sahaja dari PH dan calonkan Anwar sebagai PM. Kita tengok berapa MP yang boleh nyatakan sokongan.
Kita kesuntukan masa. Istana dah buka ruang. Yang sedang membantutkan perjalanan sekarang hanyalah Anwar Ibrahim. Walaupun Tun M dah sebut, hanya 6 bulan. Walaupun DAP dah sebut, ada mekanisme untuk memastikan transisi berlaku.
Kalau Anwar bagi ruang dan jadi TPM, ia tidak sedikitpun menghilangkan persepsi orang kepada Anwar. Anwar tetap akan dianggap sebagai hero juga kerana pengorbanannya yang tak melihat kuasa sebagai pegangan hidup, sebaliknya agenda reform dan selamatkan negara diutamakan.
Sekarang yang menyekat Anwar Ibrahim untuk menjadi ialah Anwar Ibrahim sendiri. Self-sabotage. Kemaruk berkuasa sehingga lupa melihat realiti. Maaflah aku rasa, Anwar sendiri dah mula jadi liabiliti dalam PH, bukan lagi aset.
Kejap lagi aku cerita apa akan jadi kalau PKR tetap tak setuju juga dengan PH+ untuk calonkan Tun M.
Ada cara lain untuk dapatkan balik Kerajaan tanpa Anwar, tanpa PKR.
Nanti-nantilah kita cerita.

(function() { var d = document, w = window; w

KITA MENJADI NEGARA PALING TINGGI MELIBATKAN KEMATIAN MENGIKUT PURATA PENDUDUK

  Hamdan Taha. 7910 kes kematian di sebabkan covid 19 pada bulan sept sehingga semalam Kita menjadi negara paling tinggi melibatkan kematian...