JANGAN SAMPAI SILAP PELURU



1.Tegas malah keras dalam perjuangan itu wajar.

2.Tegas dan keras dengan rakan pasukan pun wajar sekiranya perlu.

3.Tapi, hati-hati.Jangan sampai musuh sebenar lolos dan lepas.

4.Sejak semalam saya lihat kita saling tembak-menembak pertahan sikap kita dan menentang sikap kawan kita yang kita yakin salah.

5.Anthony Loke membuat kenyataan yang kita percaya salah dan tidak kena.Dari sudut adab dan disiplin sahaja sudah salah kerana DSAI adalah ketua PH.Bukan itu caranya berurusan dengan ketua.

6.Tapi itu masih kesalahan kecil berbanding kesalahan besar,jauh lebih besar yang dilakukan musuh-musuh kita yang rasuah, curi duit rakyat berbilion.Lebih besar kesalahan bekas kawan kita sikitol yang khianat dan sanggup beri balik kuasa kepada musuh-musuh keparat yang sudahpun hilang kuasa itu.Mereka musuh sebenar kita.

7.Betapapun kesalahan adab (malah muslihat sekalipun) oleh Anthony Loke,dia tidak ada rekod rembat billion duit rakyat.

8.Makanya, hati-hati sahabat-sahabat seperjuangan.Jangan guna peluru yang salah.Jangan sampai kehabisan peluru dan musuh sebenar rakyat iaitu penyamun,perompak harta negara lepas,lolos.

Mohamad Ezam Mohd Nor.


No comments: