AKHIRNYA ANWAR TERPAKSA BERKORBAN LAGI DEMI PAKATAN HARAPAN ?



Sebelum ini, Anwar telah selamatkan PH dari berpecah dengan memberikan persetujuan kepada Tun M untuk menjadi PM selepas APEC, tanpa tarikh, terpulang kepada Tun M sampai bila dia mahu duduk mereput di Kerusi PM. 

Adakah kali ini sekali lagi Anwar terpaksa akur untuk menerima Tun, asalkan PH tidak berpecah?  Selepas ini aku tidak tahu apa lagi yg Anwar perlu korbankan untuk menjaga PH. 

Cuba tanya Tun, apa pengorbanan beliau kpd PH?

Langgar janji manifesto?
Bertemu pemimpin Umno dan Pas dan beri peruntukan?
Letak jawatan senyap-senyap?
Cadangkan kerajaan tanpa PH iaitu ingin wujudkan kerajaan perpaduan?
Memburukkan nama Anwar di dalam mesyuarat?

Aku nak ingatkan pimpinan PH, sewaktu Tun senyap2 letak jawatan, korang bertiga macam budak2 kena buli, cari Tun kat pejabat, dia takde.  Korang berkejar pulak ke rumahnya dan disuruh menunggu lama di luar macam peminta sedekah.  Macam itu sekali Tun layan korang, korang lupa ke?  Korang ada hati dan perasaan tak ni?  Atau telah digelapkan dengan bayangan Putrajaya?

WFAUZDIN NS

No comments: