AMBIL SEMULA ATAU BIARKAN SEHINGGA PRU 15.ANWAR DAN PENYOKONGNYA BERHAK UNTUK TENTUKAN .




FRIENDS OF MAZSLEE


Usaha ambil balik Kerajaan dan selamatkan negara sebelum semuanya rosak dan segala jerung dibebaskan perlu disegerakan.

Ada sesiapa ikuti siaran media oleh Anthony Loke semalam?
Aku kena kutuk macam-macam bila aku jangkakan apa akan berlaku, iaitu Anwar akan berbolak-balik dalam memberikan kata putus untuk sokong Tun M atau tidak.
Ini post aku beberapa hari lepas:
Korang cakap aku merapu. Sekarang Loke sendiri yang dedahkan apa butir perbincangan dalam PH+. Nilailah sendiri.
Aku komen dekat post Nik Nazmi. Kalau ikut sentimen secara kasar, memanglah orang nak tengok muka baru jadi PM. Antara muka baru tersebut ialah Anwar Ibrahim.
Aku pun nak juga merasa Anwar jadi PM. Tapi sekarang ini sentimen aku, sentimen rakyat, tak menjadi penentu sebab kita bukan pengundi seperti PRU14 dulu.
Sekarang ni 'game' dia ialah bilangan MP. Kita kena tanya soalan serius ni,
Siapa yang mampu mencukupkan bilangan MP untuk bentuk kerajaan baru?
Tun M ke Anwar?
Benda ni la yang YB Maszlee tulis tapi terus diserang teruk oleh geng Anwar. Ada juga yang tuduh YB Maszlee tak perlu bergadu.
Tapi fakta dan hujah dia sangat kukuh. Ini 'game' nombor, bukan apa yang Anwar nak dan apa yang Tun M nak.
Baca kat sini tulisan YB Maszlee:
Kolumnis terkenal Amanah, Lutfi Othman pun nampak benda ni. Kita sekarang kena fikir real politik, bukan terpaut dengan sentimen emosi semata-mata. Boleh baca tulisan Lutfi Othman kat sini:
Dalam mesyuarat PH+, DAP, Amanah dan Warisan memutuskan untuk Tun M jadi PM. Tetapi mereka menghormati Anwar dengan memberikan masa sehingga Selasa 16 Jun untuk membuat keputusan.
Dalam PH+ maksudnya majoritinya nak Tun M sebagai leading figure. Tapi Anwar buat hal. Dia senyap. Dengar berita dia menghilang dan tak dapat dihubungi. Dengar berita juga dia bergegas ke Kuching untuk cuba 'strike deal' dengan GPS.
Anwar khabarnya yakin memberitahu ramai pihak yang dia ada nombor. Inilah yang DAP, Amanah geram. Jika ada nombor, kena buktikan Jika benar GPS sokong Anwar, bentang buktinya dalam mesyuarat.
Tetapi Anwar tak dapat buktikan.
Aku lihat DAP dan Amanah lebih berfikir secara objektif dan nampak 'big picture'.
DAP dan Amanah ni bukan baru dengan Anwar. Sebelum ini Mat Sabu dan Guan Englah yang mencadangkan agar disegerakan transisi kuasa dari Tun M kepada Anwar.
DAP dan Amanah menyokong Anwar sejak sebelum PH dibentuk lagi. Sejak dari Pakatan Rakyat, sampailah PH. Selepas Tun M letak jawatan, DAP dan Amanah menamakan Anwar sebagai PM.
Tapi apa yang berlaku?
Ternyata Anwar tak berjaya mendapatkan sokongan MP. Jadi jika Farhash nak persoal hubungan persahabatan DAP dan Amanah, persoalan yang perlu ditanya ialah adakah DAP dan Amanah tak pernah menyokong Anwar sebelum ini?
Sokongan mereka tak berbelah bahagi. Tetapi natijahnya sama. Kenapa mereka perlu melakukan perkara yang sama sedangkan natijahnya akan tetap sama?
Sebab itu mereka 'take a step back' dan fikir secara objektif. Benci, tak percaya dan muak dengan Tun M tak boleh menafikan yang Tun M mempunyai kekuatan untuk mencukupkan bilangan MP.
A fact is a fact.
Sebab itulah DAP marah bila keputusan tak ada. Hubungi tak dapat. Itu ciri-ciri pemimpin yang 'indecisive'.
Semalam dan esok, PKR akan terus adakan meeting untuk cari cara macam mana nak bagi Anwar dicalonkan sebagai PM.
Maaflah aku cakap. There is no way. Kalau PKR berani, PKR keluar sahaja dari PH dan calonkan Anwar sebagai PM. Kita tengok berapa MP yang boleh nyatakan sokongan.
Kita kesuntukan masa. Istana dah buka ruang. Yang sedang membantutkan perjalanan sekarang hanyalah Anwar Ibrahim. Walaupun Tun M dah sebut, hanya 6 bulan. Walaupun DAP dah sebut, ada mekanisme untuk memastikan transisi berlaku.
Kalau Anwar bagi ruang dan jadi TPM, ia tidak sedikitpun menghilangkan persepsi orang kepada Anwar. Anwar tetap akan dianggap sebagai hero juga kerana pengorbanannya yang tak melihat kuasa sebagai pegangan hidup, sebaliknya agenda reform dan selamatkan negara diutamakan.
Sekarang yang menyekat Anwar Ibrahim untuk menjadi ialah Anwar Ibrahim sendiri. Self-sabotage. Kemaruk berkuasa sehingga lupa melihat realiti. Maaflah aku rasa, Anwar sendiri dah mula jadi liabiliti dalam PH, bukan lagi aset.
Kejap lagi aku cerita apa akan jadi kalau PKR tetap tak setuju juga dengan PH+ untuk calonkan Tun M.
Ada cara lain untuk dapatkan balik Kerajaan tanpa Anwar, tanpa PKR.
Nanti-nantilah kita cerita.

No comments: