Baru baru ini telah bocor mengenai kenyataan Hj Hadi kepada rakannya dari Indonesia bahawa PAS akan mengambil alih kerajaan pusat selewat lewatnya sebelum masuk ke tahun 2026. Bila tiba detik ke ambang tahun baru bermula beliau bersujud syukur kerana ianya tidak berlaku dan PMX kekal. Rupanya beliau juga bersahabat baik dengan DSAI dan mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Ini adalah antara sebab kenapa PAS yang di pimpin Hj Hadi mahu mengambil alih kerajaan. Kebanyakan sebab agak mengejutkan kerana mereka tidak meletakan kepentingan rakyat dan memajukan negara bukanlah keutamaan.
1. Mahu melepaskan mereka yang menghadapi tuduhan rasuah dan bakal di tuduh.
Inilah agenda utama mereka, tujuan utama supaya mereka berdepan dengan PRU 16 dalam keadaan bersih. Halangan terbesar mereka adalah Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin UMNO yang mahu kekal dengan Kerajaan Madani. Cara mudah untuk menjatuhkan Zahid adalah dengan membebaskan Najib Razak. Sampai sekarang PAS tidak pernah mengiktiraf Najib bersalah samada kes SRC mahu pun yang terbaru kes 1MDB. Ini menjelaskan kenapa PAS bermati matian perjuangkan kes Addendum Najib walaupun tiada locus standi.
2. Parti yang menduduki Kerajaan Pusat ada kelebihan mempengaruhi undi rakyat dan mudah tarik sokongan di peti undi.
Pengalaman mereka pada PRU 15 telah membuktikan bila mereka sebagai kerajaan 33 bulan telah berjaya memperolehi undi terutamanya kaum Melayu untuk berpihak pada mereka. Malah majoriti penjawat awam banyak menyokong mereka selepas di pengaruhi oleh sentimen perkauman dengan membenci DAP. Pengunaan jentera Kerajaan begitu berkesan untuk mempengaruhi terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.
3. Sebagai Kerajaan Pusat adalah mudah untuk mendapat dana untuk mengisi Tabung PRU.
Semasa PRU 15 ramai yang terkejut melihat PAS tampil sebagai Parti kaya sehingga mampu menghulurksan RM100 kepada semua pengundi. Boleh di katakan bahan berkempen PAS berjaya mengalahkan parti lain yang bertanding di setengah setengah tempat. Perkara ini bukan fitnah kerana ada bukti di Parlimen Marang dan dua Parlimen di Terengganu di batalkan keputusan kerana ada bukti merasuah pengundi.
4. Mengunakan Program Kerajaan sebelum PRU untuk berkempen.
Sebelum PRU 15, bakal calun ahli Parlimen PAS di beri peruntukan untuk mengadakan program mendekati pengundi termasuk pemberian bakul makanan dan sumbangan wang ringgit. Malah mereka juga mengunakan sekolah untuk menpengaruhi guru guru dan pengundi muda. Modal berkempen lebih mudah bila ramai di kalangan mereka berjawatan menteri dan Timbalan Menteri dan dengan mudah boleh memasuki Kementerian, Jabatan, badan berkanun dan GLC.
5. Berjaya memperolehi maklumat pengundi dengan mudah untuk persediaan berkempen.
Sebelum PRU 15 mereka juga berjaya memperolehi maklumat peribadi pengundi seperti nombor talipon pengundi untuk di hubungi dan menjanjikan ganjaran. Selalunya SPR akan berpihak kepada kerajaan semasa. Malah dengan mudah dana kerajaan juga di gunakan untuk berkempen.
6. Mengunakan jentera kerajaan sebelum dan semasa tempoh pilihanraya.
Mengerakan jentera kerajaan samada melalui medsos atau pun perjumpaan sebagai medan berkempen. Mereka mempunyai kelebihan bergerak ke semua tempat dengan mudah tanpa halangan. Perjumpaan di lakukan secara berkumpulan dengan memasuki kawasan sekolah, kem tentera, hospital dan Universiti.
Kesimpulannya bertanding PRU sebagai Kerajaan akan memberi ruang lebih besar untuk bergerak, mendapatkan dana dan semestinya sokongan. Oleh itu usaha menjatuhkan kerajaan adalah sangat penting jika mahu mendapat sokongan dari rakyat. Dalam masa yang sama mereka juga sedar bahawa sokongan terhadap Kerajaan Madani semakin meningkat hari demi hari. Jika di lihat hari ini pembangkang sudah ketandusan isu samada dari ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
OMN KD
11 Jan 2026











