Abu Mishkat
BABI
1. Babi sangat sensitif dalam minda Melayu. Namun dalam memaki, mulut Melayu (yang berakhlak rendah) suka menyebut babi. Mereka benci babi tetapi suka sebut babi.
2. Babi itu najis mughallazah (najis paling berat) menurut mazhab al-Syafi'i. Setakat itu sahaja pengetahuan agama rata-rata kaum Melayu.
3. Umumnya orang Melayu tak tahu Imam al-Nawawi (ulama tahqiq mazhab) dalam mazhab al-Syafi'i mengatakan qiyas najis anjing dengan babi adalah qiyas yang tidak tepat - qiyas ma'a al-fariq. Baginya babi itu tetap najis haram dimakan, tetapi bukan najis mughallazah seperti anjing, kerana najis anjing itu ada dalil hadis yang khusus. Boleh baca kitab Kifayatul Akhyar. Atau nak rujukan lebih besar, kitab Rawdhah al-Tolibin.
4. Kerana kejahilan kaum Melayu tentang status babi, mereka buat banyak dosa dan kebencian di mulut dan jari jemari. Sedangkan babi pun tak buat dosa seperti kaum Melayu jahil buat.
5. Ironinya, kaum Melayu jahil dan cetek agama sangat benci babi dan suka maki babi. Suka dan benci dalam satu masa.
6. Babi lebih dibenci daripada rasuah. Babi ciptaan Tuhan, bukan dosa. Kalau percaya babi najis mughallazah, jika disentuh boleh disertu dengan 7 kali basuhan, salah satunya air tanah.
7. Rasuah pula ciptaan manusia rakus bernafsu harta nak tunjuk kaya. Dosa rasuah sangat besar sukar diampun Tuhan sebab sukar nak minta halal daripada rakyat seluruh negara.
8. Di antara dosa makan babi dan dosa makan hasil rasuah, dosa makan rasuah lebih besar, jijik dan hina.
9. Jika kerajaan cuba menguatkuasakan peraturan menternak babi secara kelompok dan terkawal, itu bukan dosa. Itu kebajikan untuk semua rakyat. Masalah penternakan babi secara tak terkawal ketika kerajaan lama cuba diperbaiki. Malangnya ada Melayu yang suka maki babi marah kerajaan baharu memperbaiki keadaan.
10. 500 ekar tanah swasta untuk ladang babi berteknologi tinggi tidaklah besar mana. Yang memaki babi dalam posting kebencian itu pula, lebih 500 orang.
#babi
#rasuah
#RasuahBusters
#RasuahDihinaMaruahDibina
#RasuahMusuhNegara





No comments:
Post a Comment