SELAMAT TINGGAL HASSAN ALI.-HANG PI MOTIVASI AHLI Umno


KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.




KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Mengapa Anwar terus bertahan walau ditinggal pengikutnya?

Mengapa Anwar terus bertahan walau ditinggal pengikutnya?

OLEH: AMIN ISKANDAR



"Sebab itu kita boleh lihat, walaupun Anwar telah ditinggalkan oleh ramai bekas penyokongnya seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mohd Noor, S Gobalakrishnan, N Nalakaruppan, Salehuddin Hashim, Lokman Noor Adam dan ramai lagi – beliau masih lagi mampu bertahan". Klik disini.


Beberapa bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dulu Parti Keadilan Nasional telah meninggalkan Anwar Ibrahim. Kebanyakkan mereka telah berhijrah ke Umno dan ada menjadi ahli parlimen/adun bebas yang menyokong Barisan Nasional.


Walaupun ini berlaku, Anwar Ibrahim tetap gagah menjadi pencabar utama kepada Umno-BN. Hampir setiap malam pembelot-pembelot Anwar berceramah untuk memburuk-burukkan bekas ketua mereka, akan tetapi masih belum berjaya memberikan impak yang signifikan.


Menurut blogger Umno Reform, pemimpin-pemimpin yang tinggalkan Anwar dan menyertai Umno kerana kecewa dan marah dan bukannya percaya dengan idealisme Umno. Yang lebih malang lagi menurut Umno Reform, Umno membelanjakan sejumlah wang besar untuk membayar kelompok-kelompok ini. Klik disini.


Selepas PRU 13 nanti, pemimpin-pemimpin yang tinggalkan Anwar ini tidak akan laku lagi kepada Umno kecuali bagi yang benar-benar boleh bekerja, atau - survive dalam hiraki parti tersebut.