Gandingan Anwar-Rafizi peluang terbaik PKR untuk berjaya pada PRU15




Gandingan Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli sebagai presiden dan timbalan presiden PKR menjadi peluang terbaik untuk parti itu berjaya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.



119 MP sokong Muhyiddin?, Rafizi menang isyarat tolak Anwar, Kit Siang p...



PINJAM BILLION BILLION HAPA PUN TARAK( SILA KE LINK ARIZ FAZRIF)

 

Ariz Fazrif

dostSeft5a253u0a6a2:7y M m0   · 

RM 1,089.5 Billion Pinjaman dari Pusat (PH) untuk air Kelantan?

Tahun 2018: RM855,792,956 (RM855.8 Juta)

Tahun 2019: RM233,665,230 (RM233.7 Juta)

Apa dibuat dengan duit lebih RM1,089.5 Billion dalam masa 2 tahun tu?

Lepas dapat duit buat Loji tak keluar air?

Masalah paip bocor tak selesai?

Kemudian bagitau rakyat duit tiada dan kata Pusat diskriminasi Kelantan?

Sedangkan sekarang Menteri Air, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Pengerusi Perbadanan Aset Air Bernas (PAAB) dan Pengerusi Air Kelantan adalah dari PAS.

Mudah kerja. Performance mcmana?

Resultnya apa? Rakyat takda air lagi? Itu resultnya ya?

Minta jawapan kemana duit itu dibelanjakan?

Syam Ghaz

#SaveKelantan

Sumber: Laporan Ketua Audit Negara 2018, 2019.

(SILA KE LINK 






BIASA DENGAR DAK PARA WALAUN DAN UNCAI DESAK PIMPINAN UMNO PAS DAN BERSATU BERKAITAN HARGA BARANG NAIK ?(SILA KE LINK ROSLI YUSUF JIKA VIDEO TIDAK DAPAT DIMAINKAN)

 

Kenaikan harga barang makanan hari ini bukan perkara yang main-main lagi kerana memang sudah ada keluarga yang sudah mencatu makanan harian.
Kita ada 72 orang menteri dan timbalan menteri yang di bayar jutaan ringgit tidak termasuk jawatan anugerah bertaraf menteri tapi mereka diam membisu seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kenapa kerajaan hari ini tidak peduli terhadap apa yang kita sedang lalui hari ini?
Ikuti kuliah subuh sebelum maghrib dari pondok pengajian Kitab 52.

Perbicaraan Kes Bella


Isnin 30-5-2022
Saksi pendakwaan, Yasmin Nahar Mahmood, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bahawa beliau tidak menceritakan kepada polis mengenai kain disumbat pada mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, kerana takut dimarahi pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.
- Berita Harian

APA RIDHUAN TEE NI TAK CAKAP DULU.....


 

INILAH KARMA. PADAM MUKA RIDHUAN TEE MEMANG SYAITAN BERBULU. 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣
SEJAK awal minggu lalu kecoh dalam laman sosial tentang video tular yang mendakwa pelakon muda, Syafi Tee yang juga anak kepada penceramah terkenal, Syaitan berbulu Ridhuan Tee Abdullah bercium sakan dengan seorang wanita.
Selepas tular isu panas itu, timbul pula dakwaan kononnya mengatakan bahawa wanita yang dicium pelakon itu bukanlah seorang wanita tulen, sebaliknya seorang mak nyah atau pondan, atau dengan kata lain, wanita berloceng!
Perkara itu didedahkan seorang pengguna Twitter yang berkongsi tangkap layar profil wanita tersebut. Ternyata dalam ruangan komen, wanita itu sendiri mendedahkan dirinya merupakan seorang transgender. Maksudnya apa, adakah Syafie Tee mempunyai nafsu songsang?
Dalam laman Twitter juga, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan menyuarakan rasa terkejut. Malah ada yang berpendapat wanita ini sengaja menukar status dirinya untuk mencetuskan kontroversi bagi menghangatkan bara sensasi.
Diva tidak tahu hendak cakap apa, mampu tepuk dahi sahajalah.

Jangan rasa besar sangat – Hamzah tempelak Mat Maslan

 

Jangan rasa besar sangat – Hamzah tempelak Mat Maslan


Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan kenyataan yang menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengambil keputusan keluar daripada parti menunjukkan bahawa Bersatu lemah.

Sebaliknya Hamzah berkata ketika ini Bersatu merupakan parti yang kuat dan mempunyai wakil dalam barisan Kabinet.

Diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu, Hamzah menegaskan bahawa keputusan individu yang keluar tidak ada kena mengena dengan parti.

Malah Ahli Parlimen Larut itu meminta agar Ahli Parlimen Pontian berkenaan untuk tidak cuba membuat kenyataan yang bersifat ‘mengadu domba’ atau bercakap besar.

“Jangan cuba nak mengadu domba kerana Yang Amat Berhormat menjadi perdana menteri. Itu kedudukan jumlah yang ada dengan beliau, hanya sedikit saja.

“Yang lain-lain itu daripada parti-parti lain. Saya nak mengingatkan kepada Ahmad Maslan, jangan rasa besar sangat,” katanya, memetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Stadium Indera Mulia Ipoh pada Sabtu.

Pada Jumaat, Ahmad Maslan dilaporkan menyifatkan tindakan Zuraida meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), menunjukkan parti di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.

Selain itu beliau berkata Rang Undang-undang Antilompat Parti perlu dibentangkan di Parlimen pada Julai ini biarpun tiada Sidang Dewan Khas.

Pada Khamis, Zuraida mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi selepas melompat parti daripada Bersatu ke PBM.


RAFIZI SAH TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN


Pelakon ini kecam kerajaan Perak gara-gara projek perlombongan lantanida di hutan simpan Hulu Perak

 

Pelakon ini kecam kerajaan Perak gara-gara projek perlombongan lantanida di hutan simpan Hulu Perak


Pelakon Sharifah Sofia Syed Hussein menyoal kenapa pihak berkuasa berdiam diri mengenai kesan daripada cadangan projek perintis perlombongan lantanida yang akan berlaku di kawasan hutan simpan di Hulu Perak.

Menurut laporan EIA (penilaian kesan alam sekitar) projek berkenaan, kawasan itu merupakan habitat kepada 11 spesies hidupan liar terancam termasuk Harimau Malaya yang hampir pupus, dengan hanya 150 ekor saja lagi di alam semulajadi.

“Apabila anda menceroboh habitat sesuatu hidupan, ke manakah anda mengharapkan haiwan ini akan pergi? Hutan semakin mengecil.

“Apabila haiwan ini berkeliaran di kampung, anda akan menembaknya.

“Saya terkejut agensi lain seperti Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia) tidak bercakap banyak.

“Kenapa NGO yang selalu kena bersuara sepanjang masa? Di manakah pelindung hidupan liar ini? Di manakah penjaga hutan?

“Mengapakah rakyat yang perlu sentiasa bersuara dan memperjuangkan perkara yang betul? Bukan sahaja untuk rakyat tetapi untuk planet bumi ini juga,” katanya kepada Malaysiakini.

Sharifah, pada awal bulan ini terlibat dalam kempen untuk pemuliharaan harimau – ‘A Walk for Tigers’ – dengan berjalan sejauh 240km dari Sungai Relau di Taman Negara ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Katanya, kempen itu bertujuan untuk mendapatkan pengisytiharan daripada Mahkamah Tinggi bahawa harimau Malaya akan pupus dalam tempoh 10 tahun akan datang akibat penebangan hutan.

Menurut Sharifah Sofia lagi, sifat tamak dan kerakusan membawa kepada projek sedemikian.

“Sungguh menyayat hati apabila melihat bahawa tidak kira apa yang berlaku di sekeliling kita, sama ada banjir, gelombang panas, penyakit, air yang tercemar mahupun kesesakan lalu lintas, ketamakan masih kekal sebagai matlamat utama.

“Orang-orang ini tahu apa yang mereka lakukan, namun mereka tidak mengambil berat tentang akibat daripada perbuatan mereka.”

Harimau liar kurang 150 ekor

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mengumumkan awal minggu ini Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meluluskan EIA untuk perlombongan nadir bumi minggu lepas, menjadikannya potensi hasil baru untuk negeri itu.

Ini kemudiannya disahkan oleh Ketua Pengarah JAS Wan Abdul Latiff Wan Jaafar, yang mendakwa status “tidak diluluskan” projek di laman web EIA JAS mungkin disebabkan oleh kesilapan teknikal.

Saarani berkata “projek perintis” itu dibuat di atas tanah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPNP) dan syarikat yang dilantik akan ditugaskan untuk memeriksa sama ada terdapat unsur radioaktif berbahaya yang disebabkan oleh perlombongan itu atau tidak.

Menurut EIA, perlombongan akan dijalankan melalui kaedah “in-situ leaching” – yang memerlukan pengeboran lubang ke dalam tanah sehingga bahan kimia boleh dimasukkan ke tanah tersebut untuk membuang nadir bumi setelah larutan itu dikeluarkan untuk proses selanjutnya bagi memekatkan kandungannya.

Kata laporan EIA, ini dilakukan dengan membina tujuh loji hidrometalurgi serta mewujudkan lubang suntikan dan sistem paip.

Projek itu meliputi 11 bidang tanah dengan keluasan 2,161 hektar milik Menteri Besar Incorporated Perak, Majlis Daerah Gerik, Felcra Bhd dan PPNP.

Ini bersamaan dengan kira-kira 3,026 padang bola sepak.

Tinjauan kebangsaan oleh Perhilitan, WWF-Malaysia dan NGO lain dari 2016 hingga 2020 mendapati populasi harimau Malaya liar yang tinggal di hutan Malaysia kurang daripada 150 ekor, berbanding kira-kira 3,000 ekor pada tahun 1950-an.

“Kehilangan habitat akibat pembangunan pesat, pengembangan pertanian dan pemburuan yang berleluasa telah menyebabkan populasi berkurangan kepada kira-kira 500 ekor pada permulaan abad ini,” kata WWF-Malaysia.

Harimau Malaya ialah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan diklasifikasikan sebagai terancam kritikal di bawah Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi Antarabangsa bagi Spesies Terancam (IUCN).


KEMENANGAN RAFIZI RAMLI TIUPAN AMGIN SEGAR DALAM PKR

 1. Kemenangan Mohd Rafizi Ramli yang hampir sahih sebagai Timbalan Presiden PKR meniupkan udara segar kepada parti itu dan sepatutnya memberi ilham kepada semua parti politik mengambil langkah “mempermudahkan” kepemimpinan masing-masing.

2. DAP telah mempelopori proses ini pada pemilihan Mac lalu yang menyaksikan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengambil alih jawatan Setiausaha Agong, iaitu jawatan utama parti tersebut, Lim Guan Eng menjadi Pengerusi dan Lim Kit Siang mengundurkan diri.


3. Maklumat daripada laman web khas PKR mengenai pemilihan pucuk pimpinan 2022, menunjukkan yang Rafizi mendahului Saifuddin Nasution Abdullah dengan jurang yang luas. Saifuddin adalah Setiausaha Agong PKR.

4. Media massa melaporkan setakat jam 9.30 malam tadi, berdasarkan keputusan yang dikongsi di laman web rasmi Pemilihan PKR, Rafizi mendapat sebanyak 66,359 undi daripada kebanyakan cabang di negeri-negeri manakala Saifuddin memperoleh 47,986.

(https://pemilihankeadilan2022.com/keputusan-pemilihan-keadilan-2022/)


5. Kekalahan beberapa orang pemimpin kanan yang seangkatan dengan Anwar Ibrahim memberi gambaran jelas yang ahli parti itu mahu kepemimpinan yang lebih muda dan mengurangkan pergantungan kepada kepemimpinan veteran.

6. Rasanya, setelah memberi kemenangan tanpa tentangan kepada Anwar sebagai Presiden, pemilih berasa lebih bebas dan selesa untuk memilih sesiapa saja yang mereka suka untuk jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya.

7. Dalam konteks ini, Saifuddin yang dilihat sebagai terlalu akrab dan setia kepada Anwar berada dalam keadaan yang tidak menguntungkan walaupun jasa beliau kepada PKR dan Pakatan Harapan jauh mengatasi Rafizi.

. Saya harap beliau masih mempunyai peranan penting dalam PKR dan politik nasional menjelang pilihan raya umum ke-15 ini dan Rafizi pula boleh menarik Undi 18.

9. Umno/BN dan parti-parti yang bersekongkol dengannya wajib dihalang daripada mengekalkan kuasa yang mereka peroleh melalui rampasan kuasa dan tipu helah.

10. Kegilaan kuasa kepemimpinan Umno, khususnya kluster mahkamah dan kleptokrat, ini jelas apabila mereka memanggil Perhimpunan Agung Khas 15 Mei lalu semata-mata bagi meminda Perlembagaan supaya pemilihan parti ditangguhkan sehingga lepas PRU nanti.

Wallahuaklam.

A Kadir Jasin

Tokoh Wartawan Negara.