Surat kelulusan kawasan seluas 11,200 ekar untuk pembalakan tebang habis dan ladang kpd Ladang Rakyat pd thn 2018
Senarai kompartmen Hsk Sg Rek n Sg Durian diluluskan untuk Ladang Rakyat
Gajah Merempat Gara-Gara
Ladang
Rakyat Tebang Hutan di Sungai Rek?
Surah
Gajah. Al Fiil.
Se hari
dua ini, 14 ekor GAJAH, kecil dan besar - merayau masuk kampung di Sungai Rek,
Kuala Krai.
Sebagai
se orang Islam, kebanyakan Rakyat Kelantan rasanya biasa dengan Surah Gajah.
Selalu dibaca dalam solat pun.
Nabi kita
- nabi Muhammad s.a.w pun diputerakan pada TAHUN GAJAH.
Gajah
seharusnya dekat dengan hati kita.
Tak
sayang Gajah ke?
Bila
Gajah masuk kampung, apa alamat?
GAJAH
MERAYU kepada manusia untuk dapat perhatian. 'Tolong kami!'.
Kalau yg
mendengar rayuan itu Kerajaan Islam tulin, mereka pasti segera terpanggil.
Kampung
halaman mereka sudah dibinasakan.
Tiada
lagi tempat mencari makan dan bermain.
Kenapa?
Kita
telah membalak sampai haiwan termasuk GAJAH tidak lagi mempunyai tempat.
MB, TMB
dan Exco tak merasa apa-apa. Mereka luluskan hutan simpan untuk di balak.
Kebanyakannya tebang habis. Lulus dan lulus lagi. Lulus lagi.
Tak siapa
kisah. Pada hal mereka semua Pejuang Islam kan?
Apa
mereka buat, semua betul.
Rintihan
GAJAH tak ada siapa peduli.
Tapi kita
tetap membaca Surah Gajah. Dengan suara nyaring. Imam masjid, pemimpin dan
orang biasa.
Tapi
kenapa hati kita semua hilang deria ketika GAJAH meminta pertolongan?
Mereka
tunggu Gajah melanyak mereka di Padang Mahsyar?
II
Ladang
Rakyat Dapat Kelulusan 8,600 Ekar Di Sg Rek Untuk Membalak Tebang Habis Bagi
Tujuan Ladang Sawit
Saya
menarik perhatian kepada KELULUSAN OLEH KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERTARIKH 1
SEPTEMEBER 2017.
Melalui
surat Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bertarikh 30 Januari 2018.
Kerajaan
Kelantan yang diketuai oleh YAB Dato Ahmad Ya'akob meluluskan seperti berikut :
a. Hutan
Simpan Sungai Rek Blok A seluas 1,602 hektar atau 4,000 ekar. Meliputi SEMBILAN
KOMPARTMEN iaitu 34, 35, 36, 42, 43, 44, 45, 48 dan 56.
b. Hutan
Simpan Sungai Rek Blok B seluas 1,892 hektar atau 4,600 ekar. Meliputi ENAM
BELAS KOMPARTMEN 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 59, 60, 61, 62, 63, 65, 66 dan
68.
Jumlah
keluasan Hutan Simpan Sungai Rek yang diluluskan kepada LADANG RAKYAT ialah
3,494 hektar atau 8,600 ekar!
c. Hutan
Simpan Sungai Durian seluas 1,050 hektar atau 2,600 ekar. Meliputi EMPAT BELAS
KOMPARTMEN iaitu 76, 81, 82, 90, 91, 92, 93, 95, 96, 97, 98, 100, 101 dan 102.
Hari ini
kita belum nak bahaskan hal Ladang Rakyat.
Baru nak
tunjuk Ladang Rakyat antara jenama yg digunakan untuk tebang habis hutan simpan
buat ladang.
Mana
GAJAH nak duduk?
Luas tu.
11,200 ekar sekali lulus. Hutan Sungai Rek dan Sungai Durian.
Save
Kelantan - bukan saja untuk 'SAVE MANUSIA' tapi juga untuk selamatkan makhluk
ciptaan Allah yg lain. Termasuk Gajah. InsyaAllah.
Husam
Musa
28
Syawwal 1443
29 Mei
2022