KEKEJAMAN POLITIK


MSO


Kerana teruja dengan perubahan iklim dan amarah politik Zuraida Kamaruddin suatu masa memberi lambaian perpisahan cukup menjengkelkan kepada Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah. Lambaian perpisahan kurang beradab dan sombong. 


Lambaian itu akan ternampak² hatta ke dalam syurga atau neraka menceritakan sadisnya seni politik.


Zuraida seakan tidak berterima kasih langsung kepada orang yang memasukkannya ke dalam sekolah politik dalam jurusan reformasi. Setelah tahu membaca A, B,C, politik beliau jadi seperti kacang lupakan kulit atau bapak ayam yang reti sanggama tetapi tidak reti mengeram telor.


Hari ini lambaian sama yang beliau berikan kepada Anwar, Wan Azizah sedang melambai² dirinya pula. Beliau kini sedang berjalan ke sudut yang tidak pasti dan berhadapan dengan hukum karma.


Benarlah kehidupan ini seperti roda pedati, dan hari tidak panas berterusan. Trims.


No comments: