BILA MAHATHIR ANWAR MEMAHAMI, PENCURI PINTU BELAKANG TAK RELEVEN LAGI.



Tindakan Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad semalam, sekurang-kurangnya telah berjaya mengutarangkan panasnya suhu beberapa isu dalam negara.
Ia termasuk berkenaan peralihan kuasa, desakan agar Perdana Menteri berundur dan berkaitan pertemuan 17 Ahli Parlimen UMNO dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di kediamannya, baru-baru ini.
Sehari sebelum itu, Tun Mahathir dilihat agar keras dan berwajah serius apabila bercakap tentang peralihan kuasa, termasuk sedia disingkirkan oleh Majlis Presiden PH.
“Terserah kepada parti… Mereka (Majlis Presiden PH) boleh pecat saya jika mereka mahu begitu.
“Tapi sudah tentu kalau saya disingkirkan, saya takkan tahu. Namun saya fikir saya perlu serius mengenai hal ini,” tambahnya lagi.
Namun demikian, dalam gambar pertemuannya dengan Anwar semalam, selain kedua-dua bersetuju dalam beberapa perkara, beliau jelas kelihatan lebih ceria dan mempamerkan senyum yang melebar di wajahnya.
Antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan dengan Anwar semalam ialah pendirian mereka tidak pernah berubah berkaitan isu peralihan kuasa sebagaimana yang sudah ditetap dan dipersetujui dalam Majlis Presiden PH.
Mereka juga sepakat isu itu mesti dilakukan dengan aman dan teratur dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persetujuan bersama.
Mereka turut tidak setuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang daripada persetujuan atau menggunakan nama kedua-dua mereka dalam mana-mana muslihat yang lain.
Tun Mahathir tidak lupa mengambil maklum mengenai perbuatan sesetengah menteri (faham-fahamlah siapa dia) yang menyalahgunakan kuasa dan pemberian projek untuk meraih dukungan politik.
Beberapa jam setelah Anwar menulis kenyataan dan menghebahkan gambar pertemuan itu, Tun Mahathir dengan pantas memberi reaksinya.
Kata beliau, Anwar faham mengenai beberapa isu berkaitan peralihan kuasa dan bersetuju tidak perlu banyak tekanan dilakukan pada waktu ini.
Dalam hal ini, sebaik berakhir PRK Tanjung Piai yang kemudian dituruti desakan pengunduran Perdana Menteri, selepas itu terdedah pula pertemuan Azmin dengan 17 Ahli Parlimen UMNO di rumahnya yang mencetuskan spekulasi wujudnya usaha berterusan mencari mencari pintu belakang untuk merebut kerusi Perdana Menteri, segala-galanya tampak reda hanya dengan pertemuan selama 30 minit antara Anwar dan Tun Mahathir itu.
Realitinya, mereka berdua iaitu Tun Mahathir dan Anwar tetap akrab dan saling memahami serta senantiasa kekal dengan konsensus peralihan kuasa yang telah dipersetuju.
Malah, sependirian dengan Anwar, Tun Mahathir juga menegaskan sebelum itu, sesiapa saja yang mahu menjadi Perdana Menteri, mereka perlulah menggunakan saluran yang betul bagi mencapai tujuan tersebut.
Sudah tentu dalam dalam hal ini, hanya Anwar yang sentiasa menggunakan saluran yang betul, manakala mereka yang mahu menggunakan pintu belakang, pintu tepi atau tingkap, saluran yang dipilih itu adalah tidak sah serta tidak diiktiraf sama sekali.
Maka itu, pihak yang berkenaan atau mereka yang masih ada cita-cita sedemikian, terimalah realiti yang ada di depan mata dan pergilah main jauh-jauh selepas ini. (ShahbudinHusin 22/11/2019)

#MalaysiaKerja dilaksana secara berperingkat bermula suku kedua 2020




Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, program #MalaysiaKerja yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula suku kedua 2020. 
Inisiatif berkenaan, katanya, membabitkan pakej rangsangan RM6.5 bilion dalam tempoh lima tahun dan dijangka mewujudkan sehingga 350,000 pekerjaan. 
Di bawah program #MalaysiaKerja, jelas beliau, insentif gaji dan pengambilan pekerja akan dikredikan terus ke dalam akaun KWSP individu. 
“Sebarang jumlah lebihan insentif gaji akan dikreditkan ke dalam akaun khas yang diwujudkan oleh KWSP bagi membolehkan pengeluaran secara fleksibel tanpa mengira jumlah pengeluaran apabila diperlukan.
“Mekanisme ini akan membolehkan pencarum menabung untuk persaraan mereka dan pada masa yang sama pendapatan bolehguna itu boleh digunakan oleh mereka untuk menampung keperluan harian,” katanya seperti dipetik Berita Harian.


Beliau berkata demikian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2019 anjuran KWSP di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, program #MalaysiaKerja adalah langkah negara menyelesaikan cabaran pekerjaan dalam pasaran. 
“Apabila sebahagian besar remaja kita menganggur, kita kehilangan sumbangan mereka yang berpotensi kepada negara, membazirkan pelaburan yang kita buat dalam pendidikan mereka dan boleh membenihkan ketidakpuasan dan ketidakstabilan.
“Masalah Malaysia perlu penyelesaian dengan cara dan pasukan Malaysia. #MalaysiaKerja, atau Malaysia@Work, adalah jawapan Malaysia bagi menyelesaikan cabaran pekerjaan dalam pasaran,” katanya

AMK KETEPIKAN KEPUTUSAN MESYUARAT TAK SAH HILMAN

LAGI ISU NAFAS.LEMBAGA PENGARAH DAN SABOTAJ PH





*AHLI JEMAAH PENGARAH NAFAS 11 ORANG*

*6 orang - Pakatan Harapan*
*5 orang - Barisan Nasional*

Dato Wee Ka Siong memang ingin merosakan imej Pakatan Harapan dalam NAFAS. 

Nafas ini Pertubuhan Peladang Kebangsaan.

Serangan dibuat kepada 6 orang AJP NAFAS dari Pakatan Harapan sahaja.

Sedangkan 5 orang dari UMNO/BN yang juga AJP NAFAS tidak disentuh lansung.

Kenapa? Sebelum ini semua AJP NAFAS adalah dari UMNO/BN, dan ini dia rahsiakan.

Nampak sangat pendedahan tadi berniat jahat.

Berikut adalah Senarai Ahli Jemaah Pengarah NAFAS semasa;

*PAKATAN HARAPAN*

1. YB. DATO' HAJI PHAHROLRAZI BIN MOHD ZAWAWI
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah

2. YBRS. ENCIK WAN KHARIZAL BIN WAN KHAZIM
Ahli Jemaah Pengarah

3. YBRS. ENCIK MOHD. HISYAMUDDIN BIN GHAZALI
Ahli Jemaah Pengarah

4. YBRS. PUAN NORMAH BINTI YUSOF
Ahli Jemaah Pengarah

5. YB. SENATOR DR. YAAKOB BIN SAPARI
Ahli Jemaah Pengarah

6. YB. TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT
Ahli Jemaah Pengarah

*BARISAN NASIONAL*

1. YB. DATUK HAJI ABDUL AZIZ BIN DERASHID
Ahli Jemaah Pengarah & *Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Negeri Kelantan*

2. YBHG. DATO' HAJI AHMAD BHARI BIN ABD RAHMAN
Ahli Jemaah Pengarah

3. YM. DATO' TENGKU AZIZ BIN TENGKU JAAFAR
Ahli Jemaah Pengarah

4. YBRS. ENCIK ABDUL KALAM BIN HASSAN
Ahli Jemaah Pengarah

5. YBRS. ENCIK ISHAK BIN TAIB
Ahli Jemaah Pengarah

Mereka menyerang seolah olah NAFAS ini diuruskan oleh 100% dari Pakatan Harapan, padahal PH hanya majoriti 1 kerusi sahaja dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. 

Mohon sebarkan info ini. Terima kasih 

Syam Ghaz

#Moa #Nafas #Bod #SubsidiBaja

Yang tidak percaya boleh baca disini; http://nafas.com.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=452&Itemid=389&lang=my


*AZMIN ALI PERLU BERHENTI MENGUCAR-KACIRKAN PARTI DAN KEMBALI BERFIKIRAN WARAS*




Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Azmin Ali yang mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen PKR baru-baru ini telah menimbulkan khabar angin tentang cubaan untuk mewujudkan kerajaan 'pintu belakang'.

Perbuatan ini dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan telah menimbulkan tanggapan buruk rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH), khususnya Parti Keadilan Rakyat.

Sebagai seorang Menteri Hal Ehwal Ekonomi, beliau seharusnya meletakkan keutamaan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memperkasakan ekonomi negara dan rakyat.

Namun begitu, dalam keadaan beliau ghairah berpolitik, tiada kemajuan ekonomi yang dijanjikan terlaksana. Rakyat masih dihimpit dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi berpunca daripada masalah gaji rendah, harga barang yang mahal, kadar pengangguran meningkat dan sebagainya.

Kekalahan buruk PH dalam PRK Tg Piai baru-baru ini juga seolah-olah tidak memberi kesan kepada segelintir ahli politik yang hanya mementingkan 'survival' politik mereka untuk terus berkuasa.

Oleh yang demikian, saya menggesa agar Dato' Seri Azmin Ali berhenti daripada menimbulkan kekacauan yang boleh mendatangkan persepsi buruk mengenai kestabilan politik negara.

Segala perbuatan yang dipamerkan oleh beliau sejak kebelakangan ini adalah sangat tidak berdisiplin dan tidak mencerminkan peribadi seorang pemimpin.

*MUNDZIR*
KETUA PENERANGAN
KEADILAN WILAYAH PERSEKUTUAN

*ISU TENDER TERBUKA BAJA PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN NAFAS* ❗❗❗




Oleh : nizam Aka.

PM dah setuju sambung bagi kat NAFAS secara runding terus. Sebelum ini sejak 1986 (dah 22 tahun) program pembekalan baja petani memang diberi secara runding terus kepada NAFAS. 

Kilang baja NAFAS tu pun dulu Tun M suruh buat masa dia PM4.

Pada tahun-tahun sebelum tak perlu keluar tender pun, terus dapatkan kelulusan MOF dan PM untuk runding terus kpd NAFAS.

Tapi last year dan this year (bila kerajaan PH), *KSU yg berniat jahat tu telah keluar tender dulu, selepas keluar tender baru nak usaha dapatkan kelulusan PM untuk runding terus*. Maka apa yang berlaku orang yang masuk tender marah lah. 

Ayat "skandal" Wee Ka Siong tu nak bagi sedap saja.

Untuk makluman, jika NAFAS tidak dapat tender baja ini. Maka....

1. Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS akan ditutup.

2. Kilang baja Nafas di Gurun akan ditutup

3. Kilang Petronas Fertilizer di Gurun yg bersebelahan dengan kilang baja Nafas tu , yg  membekal bahan asas baja kepada Kilang Baja Nafas pun mungkin akan ditutup

4. Kesemua PPK  yang terlibat dalam pengedaran baja pun akan terjejas teruk.

5. Kilang Nafas Plastik pun akan tutup. 

*Ribuan MELAYU* akan hilang pekerjaan.

Maka puas hati kah Ahli Parlimen pembangkang yg menyokong AHLI PARLIMEN Cina tuu ???

Nilai pasaran baja yg di pegang oleh NAFAS hanya lah sekitar 8 % sahaja dari keseluruhan pasaran baja negara.

Sepatutnya pembekal baja yg lain boleh menumpukan kepada 92 % lagi pasaran baja yg lain *TANPA MENGANGGU* pasaran baja NAFAS.

NAFAS memikul tanggungjawab memegang saham kepada lebih 900 ribu peladang yg *MAJORITI MELAYU* di seluruh negara. Maka perniagaan baja NAFAS sepatutnya dari awal adalah secara direct nego bukan secara tender.
-Nafas BELA Melayu..
-Pas BELA Mca..

Lihat video sini

https://www.facebook.com/100033739943919/posts/189218128879517/



KENALI NAFAS,PERANAN, DAN FUNGSINYA



Oleh Sham Ghaz.


*We Ka Siong MARAH Kerajaan Pakatan Harapan nak bagi kat NAFAS? Nafas ni bukannya syarikat Sdn Bhd yang kamu tengah pertahankan!*

NAFAS ini Pertubuhan Peladang Kebangsaan, ahli Peladang seluruh negara 920,000 orang yang majoritinya Melayu Islam. Pertubuhan Peladang Negeri ada 14 buah dan Pertubuhan Peladang Kawasan ada 279 buah di seluruh Malaysia. 20% sahamnya pula dimiliki oleh anak syarikat PETRONAS yang memang profesional dalam pembuatan baja Urea.

NAFAS menguruskan Baja Padi Subsidi ni sejak 22 tahun lepas lagi, untuk ahli-ahli Peladang seluruh Malaysia. Kilang Baja Padi paling besar di Malaysia, pengeluarannya dalam 8% daripada industri baja Negara. 

Kapasiti pengeluaran setahun dalam 310,000 MT, sedangkan baja subsidi cuma 250,000 MT - 280,000 MT setahun. NAFAS memang mampu buat.

Untuk jaga kepentingan Pertubuhan Peladang, Kerajaan Malaysia sebelum ini bagi kepada NAFAS, Tun Dr Mahathir Mohamed yang arahkan kilang ini dibuat di Gurun, Kedah sebelum ini.

Keuntungan daripada Kilang Baja Nafas inilah diagihkan Dividen 8% kepada Ahli Peladang dan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Ahli Peladang. 

Malah NAFAS juga mengeluarkan zakat purata dalam RM10-12 juta setahun kepada ahli peladang dalam kategori Asnaf, biasiswa kepada anak-anak ahli yang cemerlang, menyalurkan kepada Yayasan Pelajaran Peladang untuk membantu masa depan anak ahli peladang, meletakan duit di Dana Peladang Kebangsaan bagi ahli ahli peladang membuat pinjaman. Melalui duit inilah Pertubuhan Peladang dan ahli seluruh Negara berkembang.

Pada masa sama daripada keuntungan itulah NAFAS giat mengadakan program pembangunan dan latihan ahli Peladang seluruh Negara, demi masa depan sektor pertanian Negara.

MCA dan BN baru menang PRK Tg Piai, sudah berani bersuara lantang untuk mengugat satu satu nya Pertubuhan Peladang yang menjaga kebajikan ahli Peladang seluruh Negara yang majoritinya Melayu miskin di Seluruh Negara. 

Kononnya kamu mendedahkan skandal? Skandal apa?? Skandal sebab NAFAS dapat kontrak baja subsidi yang sudah 22 tahun NAFAS uruskan kah? Biar rasional! Kami memiliki kilang sendiri yang mampu mengeluarkan baja sendiri untuk ahli kami di seluruh Negara. Kenapa kamu beria-ria nak bagi kepada syarikat SDN BHD?

NAFAS zaman kamu dalam regim BN lagi dasyat, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS majoritinya pemimpin UMNO/BN. 

42 kesalahan serius ditemui hingga Nafas digantung pada 2018 lalu dengan pelbagai isu penyelewengan yang kini tengah disiasat SPRM.

Mohon Rakyat Malaysia menilainya semula untuk memberi Undi kepada mereka, adakah anda ingin membiarkan nasib petani miskin yang bernaung di bawah Pertubuhan Peladang ini berkubur? 

Ataupun anda semua mahukan kontrak itu diberikan kepada syarikat SDN BHD yang tiada lansung kaitan dengan Peladang? Cuba Netizen SIASAT syarikat mana yang beliau pertahankan itu? Ehem!

Bagaimana kah Nasib Petani di bawah sana? Kamu jangan nak mempolitikkan isu ini hingga boleh ‘’membunuh’ NAFAS dengan sentimen kamu yang tidak berasas.

Terima kasih Pakatan Harapan kerana Membela Peladang, Terima kasih YAB Tun Dr Mahathir, Terima Kasih YB Dato Seri Salahuddin Ayub, Terima Kasih YB Sim Tze Tzin, Terima kesemua yang membela Pertubuhan Peladang.

Jika anda sayangkan Pertubuhan Peladang mohon Viralkan. Terima kasih.

Syam Ghaz

#Moa #Nafas #KontrakBajaSubsidi #PertubuhanPeladang #KilangPadi

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...