Bee Yin akan ke Australia bincang isu Lynas


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin memaklumkan bahawa kabinet telah memutuskan untuk beliau ke Australia bagi membincangkan isu Lynas.
Dalam satu temubual baru-baru ini, beliau berkata, kerajaan Malaysia sedang menunggu maklum balas pihak kerajaan Australia untuk mengatur pertemuan berkenaan.
Tambahnya, beliau akan bertemu dengan rakan sejawatnya di negara berkenaan memandangkan proses pengeluaran permit untuk menghantar balik sisa itu ke negara berkenaan memerlukan persetujuan menteri negeri dan persekutuan Australia.
Ketika ditanya sama ada kerajaan akan membenarkan Lynas meneruskan operasinya di Malaysia, beliau berkata :“Saya rasa saya perlu untuk tunggu sehingga saya pulang dari Australia, hanya selepas itu boleh saya bentangkan laporan untuk kabinet membuat keputusan.
“Bagi saya, yang paling penting sekali adalah penyelesaian isu sisa ini, kerana semua orang risau mengenai penyelesaian masalah sisa ini,” katanya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata kerajaan akan memperbaharui lesen Lynas.

FELDA DISARAN TANGGUH KUTIP HUTANG TIGA BULAN

INKUES ADIB: TARIK DIRI KERANA KONFLIK KEPENTINGAN – BADAN PEGUAM