VIDEO: KENAPA MURSI DIGULINGKAN



 SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN




Politik anak beranak di Malaysia membimbangkan, kata penganalisis


Bahasa

Politik anak beranak di Malaysia membimbangkan, kata penganalisis

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 07, 2013
Penganalisis politik dari Universiti Pengurusan Singapura Prof Madya Bridget Welsh melihat senario pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini cenderung mengamalkan politik keluarga apabila ada ahli Parlimen yang terdiri daripada kombinasi bapa dan anak.

Menurut Welsh, situasi ini sebagai satu hal yang tidak sihat dan memerlukan pembaharuan.
“Perkembangan ini dilihat sebagai satu situasi tidak sihat dimana bapa dan anak tidak sesuai jika digandingkan dalam satu sidang Parlimen bersama,” jelas Welsh semasa melontarkan pendapatnya berhubung perjalanan PRU13 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar masing-masing merupakan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Lembah Pantai.

Selain itu Penasihat DAP Lim Kit Siang pula adalah Ahli Parlimen Gelang Patah sementara anaknya Lim Guan Eng adalah Ahli Parlimen Bagan.

Selain itu, Welsh melihat calon muda dan teknokrat tidak kira dari Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat (PR) mencatatkan peningkatan keanggotaan dalam Dewan Rakyat pada sidang Parlimen kali ini.
“Malaysia sebagai sebuah negara muda yang telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun telah menampilkan calon muda dan pertambahan calon wanita begitu menggalakkan serta mereka yang mewakili badan bukan kerajaan,” jelas Welsh.

Penganalisis itu turut melihat Malaysia kini sebagai sebuah negara yang mempunyai minat yang tinggi terhadap politik apabila orang ramai dilihat gemar berbicara tentang isu politik setiap hari.
“Ketakutan kini seakan sudah lupus dalam hati rakyat Malaysia. Mereka cenderung membicarakan isu politik pada setiap hari.

“Jika dilihat bukan kaum Cina sahaja yang menuntut perubahan dalam PRU lalu tetapi kaum lain turut menyuarakan suara yang sama dengan dibahagikan mengikut pecahan undi di bandar dan luar bandar.
“Penduduk kampung dan mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak cenderung mengundi BN namun pengundi bandar dilihat memilih PR,” tambah Welsh.

Sementara itu, penganalisis politik Prof Dr Syed Arabi Idid pula berpendapat prestasi BN berterusan mencatatkan rekod buruk apabila BN telah hilang dua pertiga kerusi Parlimen dua kali berturut-turut. Beliau juga melihat tsunami Cina hanya berlaku di kawasan pengundinya majoriti berbangsa Cina.


“Pola pengundian tidak banyak terjejas dan tsunami Cina yang didakwa itu hanya berlaku di kawasan yang majoriti pengundinya Cina namun bagi kawasan Melayu tidak banyak perubahan direkodkan.


“Malaysia mengamalkan kemenangan parti dan bukanlah berlandaskan undi popular semata-mata. Imj BN dan Umno dilihat telah memperkukuhkan lagi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengundi kini telah melihat bahawa kini bukan BN sahaja satu-satunya parti yang boleh dipilih malah turut mempertimbangkan PR sebagai parti pilihan mereka berdasarkan PRU lepas.


“PR berjaya mengenegahkan isu jenayah dan rasuah manakala BN pula tidak dilihat sebagai juara dalam isu berkenaan,” tambah Syed Arabi. - 7 Julai, 2013.




UGUT GURU. TAHNIAH PRESIDEN NUTP

Belum ada lagi menteri paksa dan ugut guru. Tapi sejak beerapa lama ini sikap menteri yang nak ugut kaum guru sebenarnya tak lama kekal dalam kabinet Malaysia. Sebab utamanya ialah kerana mulut yang capoi ugut guru ini , menteri yang tak berapa cerdik.
Dan selalunya juga Presiden NUTP belum pernah berani untuk mengeluarkan kenyataan sebegini berani.Tahniah ,anda mengekalkan keberanian dan juga kejujuran anda mewakili kaum guru.Jangan jadi macam yang dok ada sembah melutut membuta tuli.Harap Lok Yim Peng.Mampus la kaum Guru.Cakap tak serupa bikin,bikin tak serupa cakap.
Kalau nak dudk dalam kesatuan, mesti mau berani .Bukan beranbi membuta tuli , tetapi memperjuangkan hak kaum Guru.Ini jadi setiausaha , apa pun tak jalan....baik berhenti la lagi bagus.

TAHNIAH BUAT HASHIM ADNAN





Lt. Kdr. (B) Hashim bin Adnan
Presiden
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia


Guru-guru tidak seharusnya “diintimidasi atau diperas ugut" untuk mengundi mana-mana parti politik kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengingatkan parti-parti politik.

Presidennya Hashim Adnan mengatakan ini sebagai respon kepada Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh yang menggesa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang sebagai melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan.

“Guru-guru boleh mengundi sesiapa yang mereka mahu. Saya tidak akan menuntut atau memaksa guru-guru untuk mengundi Barisan Nasional,” kata Hashim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Beliau menambah: “Jika mereka gembira dengan apa yang diterima dan jika mahu mereka (BN) terus berkhidmat kerana telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik, mereka boleh mengundi BN.
“Semuanya terpulang kepada mereka. Mereka tidak seharusnya diintimidasi atau diperas ugut.”

Hashim mengatakan kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah terhadap guru-guru.

“Apabila anda terlalu lama berkuasa, adalah normal untuk membuat gesaan seperti itu... sudah menjadi kebiasaan orang dijawatan seperti itu akan lakukan,” tambah beliau, akan tetapi memberi amaran kedua-dua pihak agar tidak membuli guru-guru untuk mengundi mereka.

Semalam Idris berkata undi kepada BN adalah bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

"Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan," katanya kepada pemberita semasa beramah mesra dengan penduduk Kampung Kemunting dekat Kuala Besut semalam.

Gesaan Idris mengingatkan kembali mengenai pilihan raya kecil Tenang dahulu apabila pengarah pendidikan negeri Markom Giran dikatakan menyalahgunakan kuasa apabila mengarah guru-guru untuk memastikan kemenangan BN.

Pengarah Pilihan Raya PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang Dzulkefly Ahmad membuat laporan terhadap Makom kerana melawat sekolah di Labis dan Tenang menyuruh guru-guru memastikan kemenangan BN.


Dzulkefly turut menyerahkan klip video empat minit yang dimuat naik ke Youtube menunjukkan Markom memberikan ucapan kepada guru-guru. – 7 Julai, 2013.