TEGURAN ANWAR SEBAIKNYA DIIKUTI PESANAN TUN M AGAR PENYOKONGNYA TURUT HORMATI KONSENSUS



Secara tiba-tiba ramai penyokong Tun Mahathir Mohamad melompat kegembiraan bila membaca berita Anwar Ibrahim menegur Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berhubung gesaanya agar Perdana Menteri segera berundur daripada jawatannya.

Mereka seolah-olah melihat teguran Anwar itu bukan saja ditujukan kepada Hassan, tetapi juga kepada semua pihak yang selama ini dilihat bersetuju dengan gesaan yang dibuatnya.

Lebih daripada itu, ada juga yang melihat teguran itu tanda keakuran Anwar terhadap kedudukan Tun Mahathir sebagai penentu mutlak bilakah peralihan kuasa itu hendak dilakukan.

Dengan itu, kata mereka, semua orang mulai sekarang hendaklah duduk diam-diam dan tunggu saja dengan sabar penyerahan jawatan kepada Anwar itu.

Benarkah begitu?

Jika diperhati, teguran Anwar kepada Hassan itu adalah dalam konteks menghormati konsensus peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama oleh PH sejak sebelum PRU14 lagi dan tidak selain daripadanya.

“Nasihat kami adalah hormati persetujuan bersama PH untuk menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar sebagai pengganti seterusnya.

"Perkara ini tetap menjadi konsensus.

“Saya fikir, bagi saya, Tun Mahathir dan para pemimpin PH tidak ada yang berubah.

"Jadi, nasihat saya elakkan diri daripada membuat kenyataan seperti itu," kata Anwar lagi.

Berdasarkan kenyataan menegur Hassan tersebut, dengan mudah difahami ia adalah menggambarkan jiwa besar Anwar terhadap konsensus peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama iaitu Tun Mahathir adalah Perdana Menteri interim dengan Pengerusi PH itu sendiri paling awal menyatakan hanya mahu memegang jawatan itu selama dua tahun saja.

Bermakna, selagi janji konsensus itu dipatuhi dan tidak ternampak tanda-tanda dimungkiri, tidak perlu ada gesaan meminta Tun Mahathir berundur lebih awal.

Tetapi, adakah semangat perjanjian itu benar-benar telah dipatuhi oleh pihak yang menyokong Tun Mahathir?

Mengapa, di sebalik semua orang faham mengenai konsensus peralihan kuasa dan Tun Mahathir sendiri menyatakan hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun, selain usianya sudah 93 tahun ketika mengangkat sumpah, masih ada yang mahu mendesak khidmat beliau dilanjutkan sehingga ke akhir penggal?

Malah, menteri kesayangan Tun Mahathir sendiri iaitu Azmin Ali pun turut tidak malu-malu menyokong gesaan perlanjutan khidmat sehingga ke akhir penggal itu?

Tidakkah ini benar-benar suatu cubaan di siang hari untuk mencabuli janji konsensus, selain Tun Mahathir sendiri sering berubah-ubah mengenai tempohnya memegang jawatan Perdana Menteri - mula-mula dua tahun, kemudian dua setengah tahun, selepas itu tiga tahun dan terbaru sehingga ekonomi pulih dan keadaan negara stabil?

Mengapa susah sangat menetapkan suatu tarikh penyerahan jawatan yang akhirnya menjadikan PH sentiasa stabil dan tenang?

Sebagai langkah terbaik dan menghormati janji konsensus itu, oleh kerana Anwar sudah mengambil langkah terpuji menegur Hassan, sepatutnya Tun Mahathir juga mengambil langkah yang sama mengingatkan para penyokongnya.

Tidak perlu ada sebarang desakan atau kenyataan yang mahu Tun Mahathir berkhidmat sehingga akhir penggal, juga termasuk tidak perlu Perdana Menteri sendiri berjumpa pihak luar daripada PH untuk tujuan menambah kekuatannya.

Realitinya,  guna jika Anwar saja yang berbuat menegur penyokongnya, tetapi Tun Mahathir hanya diam dan kadangkala tersenyum melihat penyokongnya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang mahukannya menjadi Perdana Menteri dengan lebih lama lagi.

Kadang-kadang gesaan seperti yang dilakukan oleh Hassan itu lebih sebagai respon kepada kenyataan penyokong Tun Mahathir yang lebih dulu tidak berpijak di bumi nyata dengan mahu beliau terus jadi Perdana Menteri sehingga ke akhir penggal.

Kalau kedua-dua pihak dapat saling menghormati konsensus, baik dari segi tindakan mahu pun semangatnya sejak awal lagi, tidaklah PH ini bergolak seperti yang ada pada hari ini. (Shahbudindotcom 19/08/2019)

BERGAMBAR :ANWAR MERASMIKAN MAJLIS PROFESIONAL MALAYSIA

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman

Merasmikan Konvensyen Motivator Profesional Malaysia anjuran Akademi Motivator Profesional Malaysia di Shah Alam.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk dan dalaman


Saya tekankan dalam ucapan, seseorang motivator atau pemidato itu perlu mempunyai keyakinan tinggi serta pengetahuan yang luas terhadap bidang yang mereka sentuh dan ceburi.
Selain itu, saya juga mengingatkan mereka supaya mengangkat martabat Bahasa Melayu serta pematuhan kepada dasar penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan.


KEUTAMAAN KEPADA PENGUASAAN BAHASA MALAYSIA, BUKAN JAWI

KERAJAAN PH ADIL KEPADA NEGERI PEMBANGKANG