KES ANWAR DITANGGUH,PEGUAM SAKIT.ANWAR MOHON PIHAK PENDAKWAAN KENDALI KES

Anwar akan fail permohonan kecualikan pihak pendakwaan daripada kes liwat
08/07/2009 10:11am


KUALA LUMPUR 8 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan permohonan agar pihak pendakwaan mengecualikan diri mereka daripada mengendalikan pendakwaan dalam kes liwat yang dihadapinya.

Menurut peguamnya, S.N Nair, permohonan itu akan difailkan melalui notis usul minggu ini selepas surat tuntutan dihantar kepada pasukan pendakwaan Jumaat lalu.

Anwar mengemukakan permohonan itu dengan alasan beliau tidak mahu pendakwaan di bawah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengendalikan kes itu. - Utusan

KHIR TOYO CABAR NG JUAL RUMAHNYA DENGAN KEUNTUNGAN 50%


Keadaan menjadi lebih menyeronokkan antara bekas Menteri Besar Selangor dan juga ADUN Sekinchan Ng Suee Lim apabila bekas menteri besar Dr Khir Toyo mencabar Ng agar menjual rumah beliau yang dikatakan berharga RM 24 juta .Menurut menteri besar tersebut, rumah beliau hanya berharga 3.5 juta dan beliau meminjam dari HSBC untuk membina rumah tersebut.Malah sambil ketawa Khir totyo memberitahu agar Ng menjadi egen bagi menjual rumahnya itu..Khir Toyo juga menawarkannya kepada Ng sebanyak 50% komisyen dari harga jualan rumah tersebut.


Hari ini Ng menjelaskan bahawa jika benar beliau mempunyai senarai yang begitu ramai untuk menjual rumah tersebut pada harga RM 8 juta sekiranya Khir Toyo bersetuju untuk menjualkannya beliau mahukan surat hitamputih sebagai tanda setuju dan beliau begitu serius untuk menjadi seorang jutawan yang menjual rumah seorang bekas Menteri Besar Selangor.


Semalam Ng menjelaskan bahawa rumah Khir Toyo berharga RM 24 juta namun di nafikan oleh Khir Toyo bahawa beliau meminjam selama 30 tahun bagi menyelsesaikan hutang dengan HSBC.


Hari ini menurut Ng, jika betul Khir Toyo yang bertugas sebagai doktor gigi , dan beliau yang meminjam sebanyak itu dari HSBC, beliau seharusnya membayar sebanyak RM 16000 sebulan dengan jangkaan 4% setahun.


Menurut Ng lagi, jika beliau sebagai doktor gigi , dan mengenakan RM 50 bagi mencabut sebatang gigi, maka Khir Toyo akan terpaksa mencabut sebanyak 320 batang gigi sebulan.
He...he...he...habih gigi orang Selangor...............Kepada sesiapa yang ingin menjadi agen menjual rumah Khir Toyo, berjumpalah beliau....jutawan segera.............


KIT SIANG BERTEMU AZIZAN ESOK






Lim Kit Siang dijangka akan bertemu dengan Menteri Besar Kedah, ustaz Azizan razak bagi menyelesaikankemeut yang melanda negeri tersebut berkaitan dengan isu pusat penyembelihan Khinzir.Pertemuan ini yagakan menyaksikan hubungan yang retak sebelum ini akan dapat di selesaikan secara dalaman di negeri tersebut.




Lim mejelaskan bahawa hubungan ini demi kesejahteraan Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan berharap ianya dapat di selesaikan di peringakat negeri sahaja.namun dalam beberapa perkara lain beliau mahukan campurtangan pusat dalam menyelesaikan masaalah yang berbangkit berkaitan dengan pusat penyembelihan tersebut jika mereka gagal menanganinya.




Isu ini menjadi heboh apabila DAP kedah telah menyatakan akan keluar dari Pakatan Rakyat,namun Menteri Beaar Kedah menyatakan bahawa beliau belum menerima sebarang surat dari pihak pusat menyatakan pendirian berhubung dengan perletakan tersebut.




Beliau kemudiannya menyatakan bahawa isu tersebut akan diselesaikan setelah sebuah lokasi bagi kegatan tersebut di laksanakan. perdebatan hangat antara dua parti dalam Pakatan rakyat sebenarnya tidak menguntung Pakatan sendiri kerana melihat bahawa ianya seolah-olah gagal untuk menyatakan dan bertentangan antara satu sama lain.Pakatan serihkali mendakwa akan menggantikan Barisan Nasional namun dalam masa yang sama pertelagahan secara terbuka ini akan menjadikan krisis kenyakinan di kalangan rakyat.