KIT SIANG BERTEMU AZIZAN ESOK






Lim Kit Siang dijangka akan bertemu dengan Menteri Besar Kedah, ustaz Azizan razak bagi menyelesaikankemeut yang melanda negeri tersebut berkaitan dengan isu pusat penyembelihan Khinzir.Pertemuan ini yagakan menyaksikan hubungan yang retak sebelum ini akan dapat di selesaikan secara dalaman di negeri tersebut.




Lim mejelaskan bahawa hubungan ini demi kesejahteraan Pakatan Rakyat di peringkat nasional dan berharap ianya dapat di selesaikan di peringakat negeri sahaja.namun dalam beberapa perkara lain beliau mahukan campurtangan pusat dalam menyelesaikan masaalah yang berbangkit berkaitan dengan pusat penyembelihan tersebut jika mereka gagal menanganinya.




Isu ini menjadi heboh apabila DAP kedah telah menyatakan akan keluar dari Pakatan Rakyat,namun Menteri Beaar Kedah menyatakan bahawa beliau belum menerima sebarang surat dari pihak pusat menyatakan pendirian berhubung dengan perletakan tersebut.




Beliau kemudiannya menyatakan bahawa isu tersebut akan diselesaikan setelah sebuah lokasi bagi kegatan tersebut di laksanakan. perdebatan hangat antara dua parti dalam Pakatan rakyat sebenarnya tidak menguntung Pakatan sendiri kerana melihat bahawa ianya seolah-olah gagal untuk menyatakan dan bertentangan antara satu sama lain.Pakatan serihkali mendakwa akan menggantikan Barisan Nasional namun dalam masa yang sama pertelagahan secara terbuka ini akan menjadikan krisis kenyakinan di kalangan rakyat.