KHIR TOYO CABAR NG JUAL RUMAHNYA DENGAN KEUNTUNGAN 50%


Keadaan menjadi lebih menyeronokkan antara bekas Menteri Besar Selangor dan juga ADUN Sekinchan Ng Suee Lim apabila bekas menteri besar Dr Khir Toyo mencabar Ng agar menjual rumah beliau yang dikatakan berharga RM 24 juta .Menurut menteri besar tersebut, rumah beliau hanya berharga 3.5 juta dan beliau meminjam dari HSBC untuk membina rumah tersebut.Malah sambil ketawa Khir totyo memberitahu agar Ng menjadi egen bagi menjual rumahnya itu..Khir Toyo juga menawarkannya kepada Ng sebanyak 50% komisyen dari harga jualan rumah tersebut.


Hari ini Ng menjelaskan bahawa jika benar beliau mempunyai senarai yang begitu ramai untuk menjual rumah tersebut pada harga RM 8 juta sekiranya Khir Toyo bersetuju untuk menjualkannya beliau mahukan surat hitamputih sebagai tanda setuju dan beliau begitu serius untuk menjadi seorang jutawan yang menjual rumah seorang bekas Menteri Besar Selangor.


Semalam Ng menjelaskan bahawa rumah Khir Toyo berharga RM 24 juta namun di nafikan oleh Khir Toyo bahawa beliau meminjam selama 30 tahun bagi menyelsesaikan hutang dengan HSBC.


Hari ini menurut Ng, jika betul Khir Toyo yang bertugas sebagai doktor gigi , dan beliau yang meminjam sebanyak itu dari HSBC, beliau seharusnya membayar sebanyak RM 16000 sebulan dengan jangkaan 4% setahun.


Menurut Ng lagi, jika beliau sebagai doktor gigi , dan mengenakan RM 50 bagi mencabut sebatang gigi, maka Khir Toyo akan terpaksa mencabut sebanyak 320 batang gigi sebulan.
He...he...he...habih gigi orang Selangor...............Kepada sesiapa yang ingin menjadi agen menjual rumah Khir Toyo, berjumpalah beliau....jutawan segera.............


No comments: