MELAYU YANG HILANG.


 Perihal orang Melayu

ORANG MELAYU SEPERTI BUAH PERAH


Bila berbiacara tentang sikap, atau attituded politik orang Melayu ia menyedihkan. Perangai keras kepala, atau keras ken dengan dan irihati terbawa bawa dalam politik ini menyebabkan politik orang Melayu tidak berkesudahan tidak pernah damai. Orang Melayu seolah hilang formula. Melayu masih mewarisi sikap dan sifat buruk Melayu.


Orang yang hilang formula seperti orang sesat dalam hutan belantara, tidak temui jalan keluar menyebabkan ia akan keletihan dan kemungkinan akan mati kebuluran dalam hutan. 


Nah, bagitulah dengan atau cara politik orang Melayu. Sesudah hampir 68 tahun merdeka Melayu belum dapat membangun politik mereka. Tiada undestanding politik dalam kalangan Melayu. Keadaan ini sesuatu yang sangat malang.


Kerana saling merasakan aku yang betul, benar dan enggan bertolak ansur dan hilang diplomasi, maka jadilah seperti hari ini. 


Sesiapa pun memerintah dan jadi perdana menteri, Melayu tetap tidak akan bersama dan bersatu. Cuba hayatai sejarah politik Melayu. Melayu akan berdamai sesama keadaan kritikal dan bila pulih mereka kembali ke perangai asal.


Situasi ini menyebabkan musuh atau mereka yang ingin melihat Melayu gagal tidak gentar dan perlu banyak melakukan pecah belah sebab Melayu akan berpecah sesama sendiri seperti buah perah yang sudah matang, akan pecah dan bertaburan sendiri.


Kerana itu saya terfikir hanya satu jalan untuk menginsafkan orang Melayu tunggu berlaku tragedi besar yang hampir memusnahkan Melayu, saat itu baru orang Melayu sedar, insaf dan mula terfikir ketika itu pentingnya bersatu dan ukhwah, muka teringat warus dn saudara mara. Sikap orang Melayu menyesal dikemudian hari ini valid sampai kini.


Kesimpulannya Melayu hari ini sudah hilang adat, hilang formula, dan agama hanya retorik untuk menunjukkan mereka beriman padahla ianya kosong dan hampa, kekuatan itu bagaikan bueh bueh di lautan sahaja. Agama hanyalah sebutan bukan anutan. Trims.



BILA TOK DOR BERSUARA..


MSO


Tok Dor telah mengeluarkan kenyataan berupa fatwa berhubung kutipan derma dinamakan derma jihad untuk bayar ganti rugi kepada tiga orang pemimpin kafir Dap yang difitnahkan oleh seorang ahli parlimennya sebanyak RM800 ribu sebagai tanggungjawab keterlenjuran ahlinya.


Tok Dor mengutip cerita klasik dizaman Nabi yang umat Islam terdahulu diperintah membayar ganti rugi ke atas mangsa perang yang salah dihukum oleh pemerintah. Dengan,mengambil iktibar kejadian itu, maka tidak menjadi kesalahan kalau ahli Pas menghulurkan derma untuk membantu ahli parlimen mereka yang tersalah membuat dan menabur fitnah itu kerana ia sunnah Nabi dan derma itu suatu tanggungjawab bersama.


Saya nak soal sedikit sahaja, apakah ahli parlimen berkenaan yang jelas salah itu tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh partinya. Apakah kerana dia seorang wakil rakyat maka dia dikalis tindakan sebaliknya ahli bawahan kena seluk poket beri derma untuk menyalamatkan kedudukan sebagai ahli parlimen. 


Apakah wajib baginya dilepaskan dan tanggungjawab atau beban itu diserahkan kepada ahli bawahan. Ahli bawahan pula tidak terbeban dengan musibah itu kalau ahli parlimen berkenaan dan juga barisan kepimpinan bertindak bijak dari awal. Bukankah disini ahli bawahan kena pikul biawak hidup secara cuma cuma.


Apakah dalam Islam, ahli bawahan yang dugun, tidak mengerti apa itu boleh dijadikan mangsa bertanggungjawab atas kesalahan dan dosa pemimpin.


Jika Pas bersikap adil dan rasional dalam hal ini, perti itu tidak sepatutnya mempertahankan ahli parlimen yang memfitnah itu dan sepatutnya biarkan ia gugur daripada jawatan itu, apabila kalau kerusinya itu menjadi kosong Pas boleh letak calon lain untuk menggantinya. Kalau kerusi itu kosong pasti akan diadakan pilihan raya.


Apakah Pas sudah kecut perut untuk menghadapi pilihan raya kecil kerana sokongan rakyat kepadanya kini kian menguncup. Kalau benar begitu maka wajarlah ahli bergadai bergolak untuk mempertahankan kerusi berkenaan kerana Pas takut kekurangan jumeloh. Trims.



LEBUH RAYA RAKYAT ADALAH KEGAGALAN KELANTAN

 


NAJIB JATUH HUKUMAN 20 JULAI 2020. MASA ITU TAKIYUDDIN JADI MENTERI UNDANG UNDANG. KINI TAKIYUDDIN ARAH AHLI PAS BERSOLADIRATI KERANA MASA DIA JADI MENTERI UNDANG UNDANG???


 

HUKUM FITNAH


 

KALIS DOSA GAMAKNYA

 


𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗶𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗷𝗶𝗵𝗮𝗱.




Macam biasa, mungkin dia rasa dia 𝗸𝗮𝗹𝗶𝘀 𝗱𝗼𝘀𝗮, sekali lagi Hadi jual nama Nabi ﷺ. Kali ini untuk halalkan tindakan 𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.


Macam aku tulis sebelum ini, aku tak kisah pun kalau walaun nak menyumbang untuk selamatkan pemfitnah tu. Tapi 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ? Itu melampau.


Hadi kata Nabi ﷺ mengambil tanggungjawab dan bayar pampasan kepada tahanan perang. Tapi itu kesalahan yang 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻. Kan berbeza.


Dalam kes Mastura tu, dia telah diberi peluang untuk meminta maaf tapi dia dengan 𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂 enggan berbuat demikian. Menjadikan fitnah itu suatu 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻.


Dalam Islam, kesalahan yang dilakukan dengan niat mesti dihukum. Ada tak dalam sejarah seluruh ahli masyarakat 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗷𝗮𝗺 kerana seseorang telah 𝗯𝗲𝗿𝘇𝗶𝗻𝗮?


Kerajaan Terengganu yang 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗔𝗦 pun ada hukum 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗵𝗮𝗹𝘄𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 dengan hukuman rotan. Kenapa tak rotan semua orang Terengganu?


Malah Islam itu adil. Tak ada orang dibenarkan untuk ambil hukuman bagi pihak orang lain. Setiap orang 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.


Bahkan Islam 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻. Hukuman hudud dibuat dengan tujuan untuk 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 sekali gus mencegah mereka dari 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮. 


Menderma untuk pemfitnah seperti menggalakkan dia untuk 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮. Bukankah itu 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


INI TAK DA YANG NAK PERTIKAIKAN PULAK?

 


Ada kereta 𝗠𝗶𝗻𝗶 yang lampu belakangnya bercorak 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗕𝗿𝗶𝗿𝗶𝘀𝗵. Tapi yang peliknya tak pernah pula jadi isu. Tak ada pula bangkitkan isu patriotism.


Kenapa? Adakah kerana orang Melayu masih pandang 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝙨𝙪𝙥𝙧𝙚𝙢𝙚 𝙝𝙪𝙢𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙞𝙣𝙜? Apa je milik orang putih, semua hebat. Termasuklah bendera?


Atau sebenarnya orang 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗲𝗿𝗮𝗻 pun pasal bendera ni. Sebab tu ramai je yang pakai 𝗯𝗮𝗷𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝙙𝙚𝙨𝙞𝙜𝙣 𝗯𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵. Tapi tak ada pula jadi masalah.


Cuma, bila segelintir 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁 yang merasakan ada 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 maka kisah bendera pun dijaja seluasnya untuk dijadi modal menghasut.


Aku lebih benci bendera British sebab puak tu pernah 𝗷𝗮𝗷𝗮𝗵 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 dan buli orang kita. Sepatutnya orang kita lebih sensitif terhadap bendera penjajah ini. Tapi tak. Sensitif cuma jika ada 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Umno, PN lupakan sengketa - seru berhimpun demi Najib


Umno, PN lupakan sengketa - seru berhimpun demi Najib


Diterbitkan:  Dec 29, 2024 



Umno dan Perikatan Nasional (PN) dijangka memilih ‘gencatan senjata’ dan ‘bergabung’ seketika apabila dijangka akan bersolidariti bersama untuk bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 6 Jan nanti.


Himpunan setiakawan itu bertepatan dengan perbicaraan Mahkamah Rayuan berhubung dakwaan titah tambahan diraja yang boleh membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.


Dalam memo dalaman, yang turut dilihat oleh Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menyeru pemimpin parti untuk menggerakkan ahli ke perhimpunan itu, yang dijadualkan pada jam 9 pagi di luar Istana Kehakiman di Putrajaya.


“Sila pastikan ahli hadir, untuk menghantar isyarat kepada kerajaan Madani yang dipimpin oleh PMX tentang keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang, yang dituntut rakyat,” katanya menerusi memo berkenaan.


Seorang sumber pentadbiran PAS mengesahkan kepada Malaysiakini kesahihan memo itu dan memberi jaminan ahli parti akan menyertai perhimpunan itu.


Semalam Malaysiakini melaporkan permohonan Najib untuk menghabiskan baki hukuman penjaranya dengan tahanan di rumah perlu dibuat melalui saluran yang betul.


Jabatan Peguam Negara menyatakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan semua permohonan pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan mesti mengikut “tatacara dan salurang yang telah ditetapkan” dan bukan melalui cara lain.


Najib sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah dalam kes SRC International melibatkan dana RM42 juta.


Susulan mesyuarat pada 29 Januari lalu, Lembaga Pengampunan memutuskan untuk mengurangkan hukumannya kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.


Namun, terdapat dakwaan Pengerusi Lembaga Pengampunan ketika itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut mengeluarkan titah tambahan agar Najib menjalani baki hukuman di rumah.


Najib memfailkan semakan kehakiman agar kerajaan mendedahkan jika perintah itu wujud dan jika ada untuk kerajaan melaksanakan perintah tersebut.


Dalam perkembangan berkaitan, media tempatan melaporkan Bersatu tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertai perhimpunan itu.


Ketua Wanita Bersatu Mas Ermieyati Samsudin (gambar atas) berkata pemimpin Bersatu tidak mengeluarkan sebarang arahan khusus melarang ahli parti menunjukkan rasa setiakawan kepada Najib.


“Saya yakin akan ada pemimpin Bersatu yang hadir, dan saya sendiri tidak menolak kemungkinan menyertainya untuk menunjukkan solidariti,” katanya.


Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menyatakan perhimpunan aman itu tanda solidariti bersama Najib.


“Semua bahagian Umno akan menghantar ahli, kecuali Sabah. Perhimpunan itu mencari penjelasan mengenai dakwaan titah tambahan diraja dan pelaksanaannya,” katanya.



INI DIA HUKUM DAN DALIL TERKAIT MAZHAB.


 

HUKUM TOLONG ORANG FITNAH.


 

NAIK JUDI


 

ORANG PAS GUNAKAN SENTIMEN AGAMA.


 

ISLE?


Che Ibrahim


 Hukuman ini telah wujud semenjak 40 tahun yg lepas, mengapa baru sekarang di sensasikan???...

 Samada ianya disebat di dalam penjara atau pun di luar penjara, cara sebatnya adalah sama




Masjid 99 kubah Asmaul Husna, Makassar Sulawesi.


Nik Hasyudeen









Ia unik kerana tidak berbentuk masjid tradisional dan direkabentuk oleh Akitek Ridwan Kamil yang sekarang ini ialah gabenor Jawa Barat. 

Luas bangunan 72 m x 45 m dan boleh mengisi 13,000 jemaah. 

Memang terpegun apabila saya masuk ke dalam kerana kubah besarnya free standing sepanjang 45 meter tanpa tiang tengah. 

Apabila saya perhalusi ruang atas bangunan seperti diperbuat dari komponen anodised aluminium tetapi dicorakkan seperti tiang konkrit berjubin. 

Ini bermakna ianya lightweight structure. 

Masjid terletak di Pantai Losari Makassar tersangat indah bergambar ketika sunset.


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.HjOmar. 




MEMBACA ZAABA-KEMISKINAN MELAYU



 Za’ba tidak menghadkan makna kemiskinan hanya kepada kekurangan harta benda tetapi turut memasukan daya intelek, perangai dan adab sebagai faktor penilaian kemiskinan. Adakah kita semua sudah bebas dari kemiskinan yang diperhatikan di dalam tahun 1923 ini?


Nik Hasyudeen





ARTIKEL PILIHAN: KETUA POLIS NEGARA SAMAN PAPAGOMO RM3 JUTA




Kuala Lumpur, 28 Disember 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.


Difahamkan, saman itu berkaitan dakwaan memfitnah dengan melabelkan Tan Sri Razarudin sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Tan Sri Razarudin selaku plaintif menyaman blogger terbabit berhubung kenyataan dimuat naiknya melalui satu video di YouTube dan TikTok selain turut disebarkan melalui saluran media sosial yang lain.


Peguam Raam Kumar, yang mewakili Tan Sri Razarudin memberitahu, notis tuntutan saman tersebut difailkan pada 26 Disember lalu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Tetuan Kbtan, Kumar & Partners.


Katanya, tuntutan saman tersebut dihantar pada Jumaat kepada Papagomo yang dinamakan sebagai defendan.


“Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi bagi fitnah lisan, ganti rugi fitnah bertulis, ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan dan ganti rugi khas.


“Plaintif turut menuntut perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan sama ada secara sendiri atau pekerja atau mana-mana pihak lain daripada mengeluarkan kenyataan dan kata-kata dianggap fitnah selain menerbitkan atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu,” katanya.


Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/article/704286/berita/semasa/ketua-polis-negara-saman-papagomo-kes-fitnah


Sumber: Sinar Harian



MUFTI MUFTI MACAMANA? PAKAT DIAM HABIS.


RMS


 Malaysia ni makin lama makin deeper carca marba, perlu ada mereka yang bolah stand up dan jelaskan dgn baik, jika tidak akan terus dilabel musuh Islam...kerana mereka kini merasakan berhak menentukan apa yang boleh atau tidak.. itu baru permulaan.




SALAH BUAT SIMBOL LOVE PUN PHD HOLDER KOMEN.. KOMEN LA BAB EKONOMI KA APA. LEKEH. .


Najib Bakar


 Harini lalu timeline, Dr Zubaidi Ahmad post mengenai PMX salah buat sign mini love.




Bagi aku, takdak isu besar pun. Kalau Dr Zubaidi tak suka PMX, tu pilihan dia, takdak masalah.


PMX sendiri tak perlu post pun kalau dia nak. Tapi, bila dia sendiri post di IG, maknanya dia pun tak kesah kena gelak.


Macam bapak-bapak, atok-atok kita buat sign masa bergambar. Kita pun gelakkan depa kalau depa silap kan?


Yang aku nak highlight sebenarnya perkara lain.


Di posting Dr Zubaidi, ramai followers dia yang tegur dan kritik posting itu.


Bagi depa, seeloknya Dr Zubaidi buat posting bab kesihatan, tak perlu nak hidangkan content politik yang membenci pemimpin negara.


Aku rasa ni satu perkara menarik bila majoriti komen followersnya tak setuju dengan Dr Zubaidi.


Bermakna, pengguna media sosial yang sukakan content ilmiah kebanyakannya golongan rasional dan berpendidikan.


Depa nampak cenderung menyokong, atau setidaknya sedikit berat condong ke arah kerajaan.


Mungkin kerana ketidakstabilan negara sejak Langkah Sheraton, negara kelam kelibut, yang membuatkan mereka letih dengan politik.


Kaveat, tapi ini tidak bermakna mereka akan bersetuju semua atau menyokong kerajaan membuat tuli.


Mereka mengambil sikap untuk beri masa buat Kerajaan sekarang. Kalau tak perform, tukarlah masa PRU.


Maka hipotesis yang aku dapat adalah, majoriti golongan tidak rasional yang sentiasa memaki hamun dan mengkritik kerajaan tanpa fakta dan dengan fitnah, mereka ini tidak suka, tidak follow content-content ilmiah.


Mereka inilah yang ternganga percaya akan setiap kata-kata Papagomo, bagaikan wahyu dari langit walaupun telah dikencing berkali-kali kerajaan akan bertukar.


Mereka banyak berkeliaran di content-content rempit, yang akan pertahan tindakan rempit melanggar percaturan jalan raya.


Mereka juga yang senang percaya emas cuma ada di Tanah Melayu, macam kat Semenanjung Arab takdak emas. A simple Google search could easily debunk it.


Golongan-golongan inilah.


Maka inilah hipotesis aku. Boleh buat thesis dah agaknya ni. 😆



AMALAN ZIKIR PELIK DIKUBUR.





 Saya terkejut lihat video ini. Saya ingatkan di negara seberang, rupanya di Malaysia. Makin lama makin banyak ajaran pelik bertapak di Malaysia. Atas nama Asy-Matur (Ashairah Maturidiah) ia dibiarkan walaupun pelik dan ganjil pada pandangan kita. Segala dalil dipusing untuk mewajarkannya. 


Tetapi jika anda sebarkan sunnah sahih yang dah lama ditinggalkan akan kedengaran orang agama mengatakan anda mengelirukan masyarakat dan wahhabi.


Aje tumpor!


Bagi saya, teruskanlah zikir sahih dari Nabi sallallah alaih wasallam. Sebutan pelik seperti hu-ah hu-ah biarlah ahli dangdut saja yang amalkan.


Dr Rozaimi Ramle



Budak Akmal ni agak bangang sikit. Maaf cakap jujur.



Sebab apa? Lembaga pengampunan ni bukan nak bersidang baru lantik. Tapi dah dilantik untuk tempoh tiga tahun. Dia dah ada ahli dia.


Benda ni boleh rujuk Perlembagaan Persekutuan Perkara 42.


Dekat situ ada tulis.


Dalam kes DSAI, ya betul kabinet belum dibentuk dan Peguam Negara tiada.


Terapi itu tidak menjejaskan Majlis Lembaga Pengampunan, sebab,


I. Perdana Menteri menggantikan Menteri Wilayah yang belum dilantik.


Ii. Peguam Cara Negara mewakili Peguam Negara 


Sama juga macam kes Najib Razak, PMX DSAI mewakili Menteri Wilayah yang belum dilantik.


Rakyat mampu menilai.


ATADAFA (ambil tahu dan faham)


Terima kasih 


Fairul al Qasas 

Simpang Empat



Memang betul. 𝗛𝗮𝘀𝗮𝗱 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂𝗮𝗻.





Dek kerana punya hasad pada PMX, 𝗽𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗸𝘂 ni terpaksa pamerkan kedunguannya. Sampai perkara semudah ini pun dia tak faham. Kalau benda 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘭𝘦 pun tak boleh faham, 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸?


Macamana TNB nak bezakan 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗸𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗿𝗵𝗮𝗲𝗻? Melalui bil bulanan la. Yang pakai elektrik sampai RM1,000 sebulan tu dah tentu la mahakaya. Takkan marhaen pakai sebanyak tu?


Jadi caranya, naikkan caj ikut blok. Contoh untuk 1kW sampai 500kW caj kekal. Yang caj 500kW ke atas, naik 20%. Ini contoh je. Nak tunjukkan yang benda ni 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁. Memang orang PN ni takde yang cerdik ke?


Sesekali tengok la bil elektrik tu. Benda ni memang dah lama dipraktikkan. Ke dia ni masih 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶? Bil elektrik pun mak bapak yang bayar. Sebab tu dia tak tahu perkara ni.


Nampak sangat PN tak reti mentadbir. Patutlah masa PN memerintah ramai rakyat yang 𝗯*𝗻*𝗵 𝗱𝗶𝗿𝗶. Sebab tak tahan terseksa, hidup derita bila kerajaan masa tu 𝗯𝗲𝗿𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗮𝘆𝘂 dan tak pandai uruskan ekonomi...


Raja gelap 11



TAK BAHAYA PUN.. DULU TAK REPORT?


Saleem Jusoh


 Buku terbit 2017  dan di ulang cetak 18x. KDN zaman najib, mahathir, mahiaddin dan kerajaan tebuk atap Pas 33 bulan termasuk Ismail sabri tidak haramkan buku ni. Makna nya tak bahaya pun pada islam.



PAS SCAMMER ISLAM.

 

Zuwairi  Md Yusof


Apa yang PAS nak bangga sangat dengan hukum sebat tu sedangkan mereka meraikan MP Kepala Batas,Pulau Pinang Mastura mereka yang kalah saman fitnah dengan kutip derma kononnya "derma jihad"

.Adakah ini semata-mata untuk meraih sokongan politik?Mufti PERLIS lebih di percayai dari Murshidul AM PAS pis pus,kehkehkeh





POLITIK TUNGGANG DI MALAYSIA


Zainuddin Omar


 Dulu yang tendang Muhyiddin dari Umno adalah Najib. Kemudian Muhyiddin jadi presiden Bersatu. 


Kemudian zaman Atok dan Abah Din berkuasa, dakwa Najib dan Najib masuk penjara. 


Sekarang geng ini mahu solidariti dengan Najib agar dilepaskan dari penjara pulak.  


Pening tak? 


Inilah politik menunggang di Malaysia. Ahaks.👇👇👇




KISAH BUAT BENDA HARAM

Rosly Yusof


 Bila baca kisah seorang wanita yang bakar moto yang tak bayar 20 bulan saya teringat satu list senarai nama penyewa rumah PPRT. 


Paling tinggi ialah sebanyak RM20ribu atau jika di bahagikan dengan RM100 sewa sebulan bersamaan dengan 200 bulan atau hampir 17tahun tak pernah bayar sewa rumah. 


Di sebalik cerita penyewa tak mau bayar sewa rumah ini pula antaranya ada seorang penghasut yang mengajak penyewa-penyewa jangan bayar sewa kepada kerajaan supaya nanti jika mereka di minta keluar mereka boleh viral untuk orang benci kerajaan. 


Namun dalam senyap-senyap tukang hasut tu bayar sikit-sikit tunggakan kerana dia nak terus tinggal di situ. 


Sebijk macam perangai ostad politik, hasut orang itu haram ini haram tapi dalam masa yang sama dia pun buat benda haram.



Bahaya kebencian melampau.


Desa HM


Kebencian melampau, boleh menyebabkan hati kena penyakit.


Bila hati kena penyakit, seluruh sistem pancaindera akan gagal berfungsi dgn baik..


Mata akan gagal melihat.. adakala yg putih akan dilihat hitam.


Telinga akan gagal mendengar.. fitnah kdgkala akan diterima sbg kebenaran..


Otak akan gagal berfikir... adalaka, kaca akan ditafsirkan sbg permata...


Bila hati telah sakit.. 

Benci shj yg seringkali akan bertandang, menggantikan kesejahteraan yg hilang..


Kalau di dunia lagi dh hilang sejahtera, 

Bagaimana nk masuk Syurga...


Jgn lupa dgn peringatan Allah dlm Surah Asy - Syuara' Ayat 88-89,

 يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ إِلَّا مَنْ أَتَ اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ )

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, (88) "Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera."


Jagalah hati...


Jgn sampai sakit!


Sekadar berkongsi.


❤️❤️❤️