Najib Bakar
Harini lalu timeline, Dr Zubaidi Ahmad post mengenai PMX salah buat sign mini love.
Bagi aku, takdak isu besar pun. Kalau Dr Zubaidi tak suka PMX, tu pilihan dia, takdak masalah.
PMX sendiri tak perlu post pun kalau dia nak. Tapi, bila dia sendiri post di IG, maknanya dia pun tak kesah kena gelak.
Macam bapak-bapak, atok-atok kita buat sign masa bergambar. Kita pun gelakkan depa kalau depa silap kan?
Yang aku nak highlight sebenarnya perkara lain.
Di posting Dr Zubaidi, ramai followers dia yang tegur dan kritik posting itu.
Bagi depa, seeloknya Dr Zubaidi buat posting bab kesihatan, tak perlu nak hidangkan content politik yang membenci pemimpin negara.
Aku rasa ni satu perkara menarik bila majoriti komen followersnya tak setuju dengan Dr Zubaidi.
Bermakna, pengguna media sosial yang sukakan content ilmiah kebanyakannya golongan rasional dan berpendidikan.
Depa nampak cenderung menyokong, atau setidaknya sedikit berat condong ke arah kerajaan.
Mungkin kerana ketidakstabilan negara sejak Langkah Sheraton, negara kelam kelibut, yang membuatkan mereka letih dengan politik.
Kaveat, tapi ini tidak bermakna mereka akan bersetuju semua atau menyokong kerajaan membuat tuli.
Mereka mengambil sikap untuk beri masa buat Kerajaan sekarang. Kalau tak perform, tukarlah masa PRU.
Maka hipotesis yang aku dapat adalah, majoriti golongan tidak rasional yang sentiasa memaki hamun dan mengkritik kerajaan tanpa fakta dan dengan fitnah, mereka ini tidak suka, tidak follow content-content ilmiah.
Mereka inilah yang ternganga percaya akan setiap kata-kata Papagomo, bagaikan wahyu dari langit walaupun telah dikencing berkali-kali kerajaan akan bertukar.
Mereka banyak berkeliaran di content-content rempit, yang akan pertahan tindakan rempit melanggar percaturan jalan raya.
Mereka juga yang senang percaya emas cuma ada di Tanah Melayu, macam kat Semenanjung Arab takdak emas. A simple Google search could easily debunk it.
Golongan-golongan inilah.
Maka inilah hipotesis aku. Boleh buat thesis dah agaknya ni. 😆