𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗶𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗷𝗶𝗵𝗮𝗱.
Macam biasa, mungkin dia rasa dia 𝗸𝗮𝗹𝗶𝘀 𝗱𝗼𝘀𝗮, sekali lagi Hadi jual nama Nabi ﷺ. Kali ini untuk halalkan tindakan 𝗸𝘂𝘁𝗶𝗽 𝗱𝗲𝗿𝗺𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵.
Macam aku tulis sebelum ini, aku tak kisah pun kalau walaun nak menyumbang untuk selamatkan pemfitnah tu. Tapi 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ? Itu melampau.
Hadi kata Nabi ﷺ mengambil tanggungjawab dan bayar pampasan kepada tahanan perang. Tapi itu kesalahan yang 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻. Kan berbeza.
Dalam kes Mastura tu, dia telah diberi peluang untuk meminta maaf tapi dia dengan 𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂 enggan berbuat demikian. Menjadikan fitnah itu suatu 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻.
Dalam Islam, kesalahan yang dilakukan dengan niat mesti dihukum. Ada tak dalam sejarah seluruh ahli masyarakat 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗷𝗮𝗺 kerana seseorang telah 𝗯𝗲𝗿𝘇𝗶𝗻𝗮?
Kerajaan Terengganu yang 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗔𝗦 pun ada hukum 𝗽𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗵𝗮𝗹𝘄𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 dengan hukuman rotan. Kenapa tak rotan semua orang Terengganu?
Malah Islam itu adil. Tak ada orang dibenarkan untuk ambil hukuman bagi pihak orang lain. Setiap orang 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
Bahkan Islam 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗴𝗮𝗵𝗮𝗻. Hukuman hudud dibuat dengan tujuan untuk 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗱𝗮𝗿𝗶 sekali gus mencegah mereka dari 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮.
Menderma untuk pemfitnah seperti menggalakkan dia untuk 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗱𝗼𝘀𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮. Bukankah itu 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺? Guane boh?
Raja Gelap II
.