ARTIKEL PILIHAN: KETUA POLIS NEGARA SAMAN PAPAGOMO RM3 JUTA




Kuala Lumpur, 28 Disember 2024 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.


Difahamkan, saman itu berkaitan dakwaan memfitnah dengan melabelkan Tan Sri Razarudin sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Tan Sri Razarudin selaku plaintif menyaman blogger terbabit berhubung kenyataan dimuat naiknya melalui satu video di YouTube dan TikTok selain turut disebarkan melalui saluran media sosial yang lain.


Peguam Raam Kumar, yang mewakili Tan Sri Razarudin memberitahu, notis tuntutan saman tersebut difailkan pada 26 Disember lalu di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Tetuan Kbtan, Kumar & Partners.


Katanya, tuntutan saman tersebut dihantar pada Jumaat kepada Papagomo yang dinamakan sebagai defendan.


“Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi bagi fitnah lisan, ganti rugi fitnah bertulis, ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan dan ganti rugi khas.


“Plaintif turut menuntut perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan sama ada secara sendiri atau pekerja atau mana-mana pihak lain daripada mengeluarkan kenyataan dan kata-kata dianggap fitnah selain menerbitkan atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu,” katanya.


Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/article/704286/berita/semasa/ketua-polis-negara-saman-papagomo-kes-fitnah


Sumber: Sinar Harian