BILA TOK DOR BERSUARA..


MSO


Tok Dor telah mengeluarkan kenyataan berupa fatwa berhubung kutipan derma dinamakan derma jihad untuk bayar ganti rugi kepada tiga orang pemimpin kafir Dap yang difitnahkan oleh seorang ahli parlimennya sebanyak RM800 ribu sebagai tanggungjawab keterlenjuran ahlinya.


Tok Dor mengutip cerita klasik dizaman Nabi yang umat Islam terdahulu diperintah membayar ganti rugi ke atas mangsa perang yang salah dihukum oleh pemerintah. Dengan,mengambil iktibar kejadian itu, maka tidak menjadi kesalahan kalau ahli Pas menghulurkan derma untuk membantu ahli parlimen mereka yang tersalah membuat dan menabur fitnah itu kerana ia sunnah Nabi dan derma itu suatu tanggungjawab bersama.


Saya nak soal sedikit sahaja, apakah ahli parlimen berkenaan yang jelas salah itu tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh partinya. Apakah kerana dia seorang wakil rakyat maka dia dikalis tindakan sebaliknya ahli bawahan kena seluk poket beri derma untuk menyalamatkan kedudukan sebagai ahli parlimen. 


Apakah wajib baginya dilepaskan dan tanggungjawab atau beban itu diserahkan kepada ahli bawahan. Ahli bawahan pula tidak terbeban dengan musibah itu kalau ahli parlimen berkenaan dan juga barisan kepimpinan bertindak bijak dari awal. Bukankah disini ahli bawahan kena pikul biawak hidup secara cuma cuma.


Apakah dalam Islam, ahli bawahan yang dugun, tidak mengerti apa itu boleh dijadikan mangsa bertanggungjawab atas kesalahan dan dosa pemimpin.


Jika Pas bersikap adil dan rasional dalam hal ini, perti itu tidak sepatutnya mempertahankan ahli parlimen yang memfitnah itu dan sepatutnya biarkan ia gugur daripada jawatan itu, apabila kalau kerusinya itu menjadi kosong Pas boleh letak calon lain untuk menggantinya. Kalau kerusi itu kosong pasti akan diadakan pilihan raya.


Apakah Pas sudah kecut perut untuk menghadapi pilihan raya kecil kerana sokongan rakyat kepadanya kini kian menguncup. Kalau benar begitu maka wajarlah ahli bergadai bergolak untuk mempertahankan kerusi berkenaan kerana Pas takut kekurangan jumeloh. Trims.