BERHATI HATI LAH PKR DALAM MENYELESAIKAN KEMELUT RAFIZI...JANGAN YAKIN KES AZMIN KITA DAPAT SELESAI DENGAN MUDAH, DAN RAFIZI JUGA KITA AKAN SELESAIKAN DENGAN MUDAH


 

AIKKK PAS TAK ADA NEPOTISME ? JOM KITA KESAN BUKTI.

 


TAK CERDIIK MP QAZAF. : 𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗦 𝗨𝗡𝗚𝗨: 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗞𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥





✍️ Ahmad Mursi 


Ketua Pemuda PAS baru sahaja keluar kenyataan yang penuh dengan fitnah. Berikut Fitnah dan Fakta:


𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟭: “𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗦𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗔 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧” 


✅ Fakta: Peraturan ini bukan dicipta oleh Kerajaan Madani, tetapi berkuat kuasa sejak Oktober 2021, semasa kerajaan Tebok Atap PAS. Apa yang dilakukan kini ialah penguatkuasaan terhadap peraturan yang telah lama wujud.


𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟮: “𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗖𝗜𝗟 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗦 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜 𝗥𝗠𝟮𝟲” 


✅ Fakta: Tidak ada larangan secara total. Peniaga masih boleh guna LPG bersubsidi selagi tidak melebihi 42kg pada satu masa. Larangan hanya terpakai jika guna lebih 3 tong 14kg sekali gus — ini ditakrif sebagai skala komersial, bukan peniaga kecil.


𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟯: “𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗗𝗜𝗣𝗔𝗞𝗦𝗔 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗢𝗠𝗘𝗥𝗦𝗜𝗔𝗟 𝗥𝗠𝟳𝟬 – 𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔!” 


✅ Fakta: Harga LPG komersial ditetapkan berdasarkan pasaran tanpa subsidi, bukan sengaja “dipaksa” kerajaan naikkan. Tong ungu (komersial) memang sejak dulu bukan disubsidi. Peraturan hanya memastikan subsidi tidak disalah guna, bukan memaksa semua peniaga bertukar tong.


𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟰: “𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗟𝗡𝗚, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗚𝗔𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜” 


✅ Fakta: LNG (Liquefied Natural Gas) dan LPG (Liquefied Petroleum Gas) adalah dua jenis gas berbeza dari segi Kaedah pengeluaran, Kegunaan, Rantaian bekalan. Malaysia eksport LNG, tapi subsidi diberi untuk LPG domestik, yang digunakan dalam tong dapur. Tak berkait.


𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟱: “𝗣𝗘𝗥𝗠𝗜𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝟯 𝗧𝗢𝗡𝗚 – 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗟𝗜𝗞 & 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗦𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡” 


✅ Fakta: Permit Barang Kawalan (PBKB) adalah langkah pemantauan standard, sama seperti lesen atau permit perniagaan lain. Boleh dipohon secara dalam talian melalui sistem BLESS 2.0. Bukan “prosedur pelik”, malah telah termaktub dalam Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 sejak kerajaan Tebok Atap PAS dulu.


𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟲: “𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗕 𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗧𝗢𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗕𝗦𝗜𝗗𝗜” 


✅ Fakta: Harga makanan sudah naik atas pelbagai faktor: kos bahan mentah, sewa, gaji pekerja — bukan semata-mata kerana tong gas. Jika subsidi terus dinikmati oleh restoran mewah, beban fiskal negara meningkat dan golongan B40 terpinggir dan tidak dapat nikmati subsidi yang sepatutnya.


𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟳: “𝗜𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗥𝗨𝗣𝗔 ‘𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟’ 𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜?” 


✅ Fakta: Keadilan sosial bermaksud subsidi diagih kepada yang benar-benar layak. Memberi subsidi tanpa had kepada perniagaan, termasuk restoran elit, bukanlah bentuk keadilan sosial — itu ketirisan subsidi.


𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗣 𝗣𝗔𝗦 #𝟴: “𝗣𝗘𝗡𝗜𝗡𝗗𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗥𝗛𝗔𝗘𝗡” 


✅ Fakta: Yang ditegah adalah peniaga berskala besar yang menyalahguna subsidi. Gerai kecil, warung dan penjaja kecil kebanyakannya tidak terjejas, sebab mereka guna kurang dari 42kg sekali gus.


Ps: 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗣𝗔𝗦. 𝗙𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗷𝗶 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗔𝗦



KERAJAAN SUSAH TUMBANG TAPI SUKAR KEKALKAN KUASA, APA LAGI JIKA RAFIZI BUAT HIRUK-PIKUK


29 May 2025


Semalam, dua menteri daripada PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, meletak jawatan sebagai anggota kabinet.


Selain berita itu mencetuskan sedikit keributan sehingga cuaca panas berhari-hari berubah jadi mendung, ramai yang kemudian bertanya – siapa lagi akan meletak jawatan?


Apakah ada kemungkinan kerajaan akan tumbang sebelum PRU16?


Beberapa jam selepas itu, tersebar pula berita kononnya 11 Ahli Parlimen PKR, termasuk Rafizi dan Nil Nazmi, akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Jumaat ini.


Begitu pun, berita itu adalah palsu di mana Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang telah tampil menafikannya dan menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut.


Tidak pasti siapa yang menyebarkan berita palsu itu, tetapi diharapkan, sama ada kerajaan atau pembangkang, mereka tak usahlah mudah termakan dengan provokasi itu.


Hakikatnya ketika ini, kerajaan tak perlu gundah gulana dan pembangkang pula janganlah tiba-tiba syok pula.


Secara realiti, sukar untuk kerajaan bertukar pada waktu ini, meskipun setelah Rafizi dan Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai menteri.


Pembangkang juga susah untuk mengambil alih kerajaan kerana tidak kelihatan mereka ada berusaha.


Meski perletakan jawatan dua menteri itu tidak mampu menjatuhkan kerajaan, tetapi ia sebenarnya memberi kesan besar kepada PH pada PRU16 akan datang.


Perletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi serta bagaimana banyak perkara telah diluah dan didedahkan ketika Jelajah HIRUK, paling jelas ketika ini ialah semakin terhakisnya keyakinan rakyat kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri daripada kalangan penyokong dan ahli PKR sendiri.


Khususnya selepas Rafizi meletakkan jawatan, ternampak begitu ramai ahli dan penyokong PKR meluahkan rasa marah mereka kepada Anwar.


Selain mereka meluahkan isi hati melalui “akhbar dan tv masing-masing” di pelbagai platform media sosial yang mereka miliki secara percuma dan tanpa perlu lesen, ruangan komen FB Anwar sendiri jelas dapat dilihat kemarahan yang berdentam-dentum itu.


Di samping itu, di FB Nurul Izzah yang baru-baru ini menang sebagai Timbalan Presiden PKR mengalahkan Rafizi juga hampir sarat dengan luahan kemarahan yang sama.


Kadang-kadang terasa ngeri membaca segala luahan kemarahan itu di mana sebahagian besar daripada kelompok yang marah-marah itu adalah merupakan penyokong Anwar dan PH sendiri sebelum ini.


Rasanya luahan kemarahan itu lebih parah daripada apa yang dialami Najib Razak sebelum BN dijatuhkan pada 2018 dulu.


Pendeknya sekarang ini penyokong pembangkang tak payah susah-susah lagi untuk menyerang Perdana Menteri dan kerajaan kerana mereka yang sebelum ini menyokong kerajaan sudah pun beralih arah dan kepercayaan mereka susulan terpelantingnya Rafizi daripada jawatan parti.


Semua ini, jika dibiarkan, pasti memberi kesan besar kepada PH untuk menang banyak kerusi pada PRU16 akan datang.


Mereka yang marah dan kecewa kepada Anwar ini tidak perlu pun mengundi PN, cukup dengan mereka tidak keluar mengundi saja sudah cukup untuk membuatkan PH senak perut untuk menang.


Dalam waktu yang sama, kiranya penolakan dan kemarahan itu berterusan, ia tidak mustahil akan mengoyahkan pendirian UMNO dan BN untuk kekal bekerjasama dengan PH menghadapi PRU16 nanti.


Sudah tentu UMNO/BN bimbang tempias penolakan itu turut menimpa mereka jika terus bersama PH.


Akhirnya, pilihan buat UMNO/BN ialah sama ada bertanding sendirian sebagaimana PRU15 lalu atau menjalin persefahaman dengan PN bagi mencetuskan gelombang  perubahan yang lebih besar.


Paling dekat kesan daripada apa yang berlaku dalam PKR dan kerajaan sekarang ialah PRN Sabah yang akan berlangsung hanya beberapa bulan daripada sekarang.


Apa pun, bermula sekarang sehingga tarikh PRU akan datang, tempoh 24 jam sehari mungkin dirasakan sudah tidak cukup lagi untuk mendepani hari-hari mendatang yang dijangka penuh keserabutan.


Itu belum lagi jika selepas tidak bergelar menteri nanti, Rafizi tidak duduk diam, bahkan menggerakkan pula Jelajah HIRUK-PIKUK ke seluruh negara.


Pasti hiruk-pikuk dibuatnya!! – ShahbudinHusin 29Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/kerajaan-susah-tumbang-tapi-sukar-kekalkan-kuasa-apa-lagi-jika-rafizi-buat-hiruk-pikuk/



Peletakan jawatan Rafizi, Nik Nazmi: Patut tak patut? - Komen saya

PMX masih sayangkan Rafizi dan Nik Nazmi.....

GEMPAR!! - CHEGU BARD DEDAHKAN APA YANG BERLAKU ANTARA NIK NAZMI & AFDLI...

Rafizi; Nik Nazmi letak jawatan menteri, Nurul Izzah puji berani, 'PM pa...

SELEPAS RAFIZI MELETAK JAWATAN! AKHIRNYA INI PULA YANG TERJADI

DEYYY... ADA DATA DAN FAKTA? MAIN CAKAP... PIANG..


 

TAR SENIK AJAK NIAGA


 Aku malas nak cakap pape


Rase nk tido awal mlm ni


Malam kang nk tahajud lak mcm Mona Din



KENYATAAN MEDIA AKHMAL NASIR


 

Sdr Rafizi Ramli baru sahaja mengumumkan peletakan jawatannya dan disusuli oleh Sdr Nik Nazmi sebagai anggota Jemaah Menteri Persekutuan. 





Walaupun keputusan ini berat dan sukar diterima oleh kita semua, namun mereka tetap berpegang teguh pada prinsip dan kata-katanya. 


Sepanjang tempoh kempen pemilihan, Sdr Rafizi dan rakan-rakan cekal mempertahankan asas perjuangan parti walaupun terpaksa menongkah arus melalui Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK).


Sejujurnya, bukan sahaja parti tetapi negara kehilangan pemuka hadapan (front face) yang progresif dan futuristik. 


Segala tunjuk ajar serta teladan yang diberikan Sdr Rafizi akan terus menjadi pedoman untuk saya menjalankan amanah dan tugas dalam masa yang berbaki ini.


Tatkala negara akan terus hadapi cabaran yang sukar pada masa yang mendatang, roh semangat perjuangan Sdr Rafizi dan Sdr Nik Nazmi akan terus bersama kita semua. 


Akhirnya, Allah dan rakyat juga yang akan menjadi hakim kepada amalan, usaha dan pendirian yang kita ambil selaku pemimpin politik. 


Kita berdoa ke hadrat Allah agar terus diberikan kekuatan dalam menempuh ujian kuasa amat berat ini. 


AKMAL NASIR




SOKONG LAK

 


Sokong Prof Jomo Kwame Sundaram dilantik Senator Dan Menteri Ekonomi.


Kuasa lantik menteri adalah mutlak kepada PM... 


Tak perlu ada kedudukan dalam parti pun boleh duduk dikerusi menteri....Itu pun Rafizi tahu.




SETELAH DIPERHALUSI



 Segala keputusan kerajaan termasuk penamatan kawalan harga dan subsidi ayam serta penyasaran semula subsidi telur adalah dibuat berdasarkan kajian dan pertimbangan mendalam demi kepentingan jangka panjang rakyat.





Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata walaupun tidak semua dasar memberi kesan serta-merta namun dengan hala tuju yang jelas dan pelaksanaan konsisten, hasilnya akan dituai bersama.


Mengambil contoh penyasaran semula subsidi telur, beliau mengakui ia keputusan yang berat tetapi perlu dan langkah itu dibuat selepas melihat kos pengeluaran stabil dan bekalan terjamin seperti semasa perayaan Aidifitri baru-baru ini.


Berita Penuh : https://mk.my/DiEctmV




PEGUAM INI SOKONG TINDAKAN RAFIZI


 

KERJA DOK KAPIAQ UMNO NI TAK DA PARTI LAIN.

 

Che Ibrahim


Kerana aqidah perjuanganlah mereka kafirkan UMNO,

Kerana aqidah perjuanganlah mereka masih tergila gilakan UMNO....




SOKONGAN ATAS PRINSIP


 

LAGI SOKONGAN BUAT RAFIZI ATAS PRINSIP

 


KEH KEH KEH... BAGI KULIAH PUN PAKAI NEPOTISME JUGA QUPENYE YAK...

 



Tajuk kuliah kita pagi ini : Infaq sempena Zulhijjah 


Nampk kakak dia dok komen tu?


Haaa kalau bukan anak beranak support live, sape lagi. 


Nipotisme jugak ni demi banyak view



SIB BAIK DAPAT ORANG MACAM GINI... BALUN DUIT SAKAN. SAKAW SAKAN. TAK BOLEH NAK HARAP JUGA WALAU TAK BAGI JAWATAN PADA ANAK MENANTU

 Che Ibrahim


1. Satu satunya parti politik yang belum beranak bercucu ialah PKN/Keadilan/PKR. 

2. Bersatu/PPBM wpun baru ditubohkan tahun 2016, sudah melahirkan Muda dan Pejuang sekaligus cucu kpd UMNO. 

3. Umno adalah parti yang paling banyak melahirkan anaknya - Parti Negara, S46, PKN, PPBM, Warisan, Ikatan, Kita dll dikuti oleh Pas (Imam, Berjasa, Hamim, Akim, Amanah).

4. Wpun PKR pernah melalui perpecahan dalaman yang diketuai oleh Timbalan Presidennya Azmin dan Ketua Wanitanya Zuraida, namun mereka tidak sampai melahirkan anak baru.



JEMU DAH LA KES KES CAM GINI.


 Hamdan Taha


Saya tak ikuti sangat kes mereka ni, tiba tiba sahaja semalam berlegar di semua media sosial dan orang hantar ke saya melalui whasup perkara ni...






Perkara perkara sebegini lah yang tak menariknya jika Pemimpin Negara kita ada masalah, ramai jer yang sebut Anwar ni dah lalu dengan perkara perkara sebegini dia tetap hebat, menang dan di percayai.... Ye barangkali betul, kita pun tak minat nak tau pun..


Tapi bila dia minta kekebalan atas jawatan dia sebagai pm ni agak mengarut la sikit, mana ada kekebalan walaupun PM kerana negara kita berdaulat dan ada undang2, Raja pun tak ada kekebalan itu. Lagi pun dia presiden parti KEADILAN nama parti tu lambang sebuah perjuangan Keadilan, maka sebagai insan di negara berdaulat Yusuf hanya minta keadilan sahaja, dan menuntut keadilan hanya ada tempatnya ialah Di Mahkamah walaupun itu belum tentu dapat keadilan, kerana tahun 98 Anwar sendiri sebut Mahkamah sudah lagi bukan tempat keadilan bila ada Penguasa campur tangan.....


Nah Allah bagi ke dia Menjadi Penguasa pula dan ada yang menuntut keadilan... Kita tak minat tapi ropenya selepas pemilihan parti dan anwar jadi PM dah ramai peminat ambil tahu kes dia... Jika ramai yang nak ambil tahu berat lah ke pihak anwar dan ringan lah di pihak Yusuf... Nak sebut ada pihak di belakang Yusuf dah susah dah sebab ayat tu sesuia dulu tahun 98...sekarang zaman bermaklumat payah sikit kecuali penyokong Buta... Allahualam


Semoga Negara kita selamat dari apa juga musibah dan bencana



PALESU-BERITA KALAU DARI GOMO GORILA..JANGAN PERCAYA

 Breaking News



Ahli Parlimen PKR yang dikhabarkan telah menarik sokongan kepada Anwar selaku Perdana Menteri


1. Rafizi MP Pandan

2. Lih Kang MP Tg Malim

3. Tan Kar Hing MP Gopeng

4. Akmal Nasir MP Johor Bahru

5. Wong Chen MP Subang

6. Zahir Hasan MP Wangsa Maju

7. Lee Chean Chung MP Petaling Jaya

8. Syed Ibrahim Syed Noh MP Ledang

9. Onn Abu Bakar MP Batu Pahat

10. Aminudin Harun MP Port Dickson


Satu sidang media akan diadakan pada hari Jumaat 30 Mei 2025 berhubung keputusan menarik sokongan ke atas Anwar.





ORANG LAMA TAK PANDAI BODEK

 

Roshidah Md Daud


semua otai reformasi dalam transisi di nyah kan dari kepimpinan parti..orang baru dalam parti jadi paling kanan 


korang masih nak bodoh kan diri lagi ke ..




BILA NURUL KOMEN TENTANG RAFIZI-RAKYAT HENTAM NURUL IZZAH.



 Sdr. Rafizi tidak pernah gentar berhadapan dengan kuasa, dan tidak pernah takut untuk menyatakan kebenaran. Beliau telah memperkenalkan gagasan dan dasar yang mengubah wacana kita, khususnya tadbir urus, ketelusan, dan keadilan ekonomi. Saya menghormatinya.


Banyak idea beliau, yang tidak akan dilupakan, malah akan diteruskan, diperhalusi dan dilaksana, bukan kerana ia datang daripada beliau atau saya, tetapi kerana ia adalah apa yang tepat untuk Malaysia.


Pemikiran seperti Sdr. Rafizi akan sentiasa menjadi kekuatan, sama ada berada dalam kerajaan atau tidak. Negara memerlukan idea dan langkah yang berani, dan saya percaya beliau masih mempunyai banyak sumbangan untuk diberi. 


Namun, ke mana pun arah perjalanan beliau selepas ini, saya yakin beliau akan terus membentuk masa depan negara ini dengan cara yang bermakna.


Fokus saya kekal pada usaha memperkukuh parti. Kami akan terus memastikan pimpinan tertinggi parti sentiasa dipantau dengan baik, dan saya berazam untuk memastikan kerja-kerja penting terus dilaksanakan. 


Tanggungjawab kita untuk sentiasa saling mengingatkan bahawa kita tidak boleh lari daripada nilai dan prinsip yang kita pegang dan perjuangkan selama ini.


Sebagai langkah awal, fokus kami terarah kepada memperkenalkan latihan wajib, khusus kepada semua pemimpin parti, di peringkat pusat, negeri dan cabang tentang undang-undang berkaitan pengubahan wang haram (AMLA), rasuah dan pematuhan cukai. Kerana tadbir urus yang baik seharusnya dibina atas asas prinsip dan ilmu yang kukuh.


Ini penting untuk mengelakkan usaha membudayakan politik wang dan salah laku, serta memastikan semua pimpinan memahami tanggungjawab dan memelihara integriti mereka.


Kita seharusnya menjadi contoh kepada perubahan yang ingin kita lihat dalam diri orang lain.


𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗜𝗭𝗭𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥












BERTABAH LAH


Nik Hua




 Waktu PKR jadi pembangkang takde siapa nak berebut jadi Ketua Cabang, bila PKR jadi kerajaan lead PH dan Kerajaan Perpaduan mula berebut2 masuk PKR dan bila sudah berada dlm PKR tunjuk belang buang panglima PKR seolah2 tiada nilai langsung termasuklah presiden parti merangkap PMX.

Parti PKR ni tak payah pembangkang khasnya PAS dan Bersatu nak tebuk atap, tunggu sahaja PRU16 tahulah PKR@Parti Anak Beranak/kartel tumbang dengan sendirinya..

Beri PMX isi jawatan menteri yang dikosongkan oleh Rafizi dan Nik Nazmi kepada Nurul Izzah dan Wan Azizah.

setuju dak sedara..?




PANDAI BODEK


Hamdan Taha



 Yang ni RR, Ezam, termasuk saya juga la dan ramai lagi tak ada ilmu membodek sampai tahap ni, baju ada gambar anwar tu mana tak dapat jawatan Naib dan menteri penuh tak lama lagi... Bodek puak ni cukup tinggi dulu masa Anwar timbalan perdana menteri ada juga bangsa ni jadi pembodek dia namanya Nalakarupan.





Masa anwar dlm penjara bila dia call Azmin atau Ezam bahasa kod untuk Nalakarupan ialah buah Manggis... Bila sebut Manggis tu maknanya Nala ler...


Siapa nak presiden sayang buat le baju macam tu



KISAH BENAR



 Ini cerita betul , bkn mitos . Cerita dongeng ke apa . Sy suami isteri kawin muda lps belajar . Lepas kawin 'kosong ' , duit zero . Kawan2 lain keje , kami taknak keje . Nk niaga . Kami naik smpai sekarang dgn berpaksi kn hidup nk berubah demi Allah . Dr zero sekarang bole tolong mak ayah , rumah selesa , ade kete selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata byk jugak . Kiranya kekdang tak tahu camna bole sng mcm sekarang . Kita kekdg lupa Allah ada . Byk cara sbnrnya die bole tlog kita kalau kita mintak kt dia . Kalau mintak kt manusia sapa nk layan.


Dulu tak solat, smpai lupa dh ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat , tak bole tgl , kena sungguh2 taubat


Suami hari2 solat dhuha ,yg mana sy xmmpu yg tu . Tiap pagi dia akn solat dhuha , tak bole tgl kata die solat dhuha tu wajib . Sbb kita tk da bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kt Allah.


Dulu org gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nk berniaga jugak .


Dlu sy igt hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tp sbnrnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dr dlu sy seorang yg pntingkan usaha , exam wajib stay up mlm , kena usaha . Solat tk payah . Apa ade dgn solat dpt gk A . - ayat seorang jahil . Astagfirullah


Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .


Sila amalkan ini.


✅ Maksud REZEKI

- kasih sayang

- kewangan

- kesihatan

- ibadah


✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000


✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..


✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:

1. Tabung Zakat

2. Tabung Sedekah

3. Tabung Wakaf

4. Tabung Infak


**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorg camne nk bukak tabung2 nie**


✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)


AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT


1⃣ Solat awal waktu

Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ade kat masjid!


2⃣ Solat Dhuha

- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain

- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)

- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bg salam..


✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!


3⃣ Tahajjud

- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten

- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yg kita nak.. Apa yg kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..

- Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!


✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sbb ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..


4⃣ Sedekah

- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,


Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)


✅ Buat TABUNG SUBUH

- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..


Formula YAKIN

1. Yakin

2. Yakin

3. Yakin

4. Yakin

5. Yakin

6. Yakin

7. Yakin

8. Yakin

9. Yakin

10. Doa

11. Usaha

12. Tawakkal


9 kali kena yakin!!


5⃣ Baca Al-Quran

- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!

- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..


6⃣ Istighfar setiap hari

- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..


7⃣ Jaga Wuduk setiap hari

- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..


✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!


TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU


Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..


Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..


Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua...


Salam...


PERKONGSIAN SAHABAT FB.. 

SAMA2 KITA JAGA CONNECTION DENGAN ALLAH... NIAT APE SAHAJA YANG BAIK..KERANA ALLAH TAALA.... ❤❤❤




Dah Menang Timbalan, Sekarang Masa Buktikan Cakap".


Nik Hua




Masa ceramah kat Johor masa kongres PKR baru-baru ni, Nurul Izzah ada sebut benda yang buat ramai ahli lama dalam PKR angguk kepala – katanya, kena tapis betul-betul siapa ahli baru, tak boleh main terima je pastu terus bagi jawatan macam orang lama.


Betul cakap tu. Tapi sekarang Nurul dah menang Timbalan Presiden, bukan lagi jadi penonton. Jadi orang pun tunggu – bila nak mula bersihkan parti ni dari orang yang naik ikut pintu belakang?


Sebab sekarang ni memang ramai gila ahli baru masuk PKR, tapi peliknya belum sempat panaskan kerusi, dah terus naik jadi pimpinan atasan. Yang lama, yang berjuang dari zaman kena sembur FRU, dok terpinggir tepi.


Contoh paling kerap disebut – MP Sungai Buloh. Orang ni bukan orang lama parti pun. Tapi tiba-tiba masa PRU15, nama naik jadi calon. Ramai ahli akar umbi yang dok kerja siang malam kecewa, tapi tak boleh buat apa – semua dah jadi “keputusan atasan”.


Jadi sekarang ni, kalau Nurul betul-betul nak tapis ahli, nak semak latar belakang, jangan tunggu lama-lama. Start je dulu kat Parlimen Sungai Buloh tu. Biar orang tahu, awak serius, bukan sekadar sembang dalam ceramah.


Ramai ahli PKR yang setia dah lama pendam rasa. Depa bukan nak sangat jawatan, tapi bila tengok orang lain datang-datang terus naik – mestilah terasa. Orang yang baru masuk, tak faham roh parti, tapi dah pandai bercakap pasal perjuangan, pasal rakyat.


Sekarang Nurul ada kuasa, ada kedudukan. Jangan jadi macam orang dulu-dulu – bila belum menang, sembang perjuangan. Bila dah pegang jawatan, terus senyap, main selamat.


Kalau nak PKR terus hidup dengan roh reformasi, kena berani bersihkan dari dalam. Tegur orang sendiri, bukan tunggu orang luar kecam dulu baru nak buat kerja.


So, Nurul – kami backing, tapi kami juga menuntut. Dah jadi Timbalan, buat kerja betul-betul. Tak payah takut kalau ada yang tak suka – kalau niat betul, rakyat akan nampak. Yang penting, jangan ulang silap lama.



KEMENJADIAN


Nik Hua


 1. Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Perak merangkap Pengarah Pilihan Raya Tambun pada PRU15 ini kini memegang lima jawatan pengerusi dalam syarikat tersenarai Bursa Malaysia.





2. Sejak hujung 2022, Farhash Wafa Salvador mula menapak kukuh dalam landskap korporat dengan pelantikan demi pelantikan ke jawatan strategik syarikat-syarikat awam.


3. Antara yang terkini, dilantik sebagai Pengerusi MMAG Holdings Berhad.


4. Farhash memiliki 20% saham dalam MMAG, dengan nilai pasaran semasa dianggarkan RM1.6 bilion, ini bermakna nilai pegangan beliau mencecah RM320 juta.


5. Farhash menjadi pengerusi untuk lima syarikat tersenarai di Bursa Malaysia secara serentak dalam masa 26 bulan sahaja sejak PRU15 - iaitu bagi syarikat

🔘Apex Equity Holdings Berhad, 

🔘Excel Force MSC Berhad,

🔘7-Eleven Malaysia Holdings Berhad, 

🔘Key Alliance Group Berhad,

🔘MMAG Holdings Berhad.


6. Ini antara bukti pencapaian MADANI. Moga lebih ramai anak muda berjaya seperti tokoh muda dari Perak ini.


7. Tahniah anak muda. Ingat siapa yang asyik kutuk orang kaya? Hingga wujud perkataan golongan MAHAKAYA?


Kredit penulisan Nurhisyam Mazlan



CUTI APANYA DAH LETAK JAWATAN.

 

Norshidah Md Daud






Tadi aku nmpk page Anwar Ibrahim buat kenyataan pasal cuti yg diberikan kepada Rafizi & Nik Nazmi


Pastu aku nk komen, ilang dah

Post kena delete


Kena maki ke td?


Aku nanya...