Nik Hua
1. Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PKR Perak merangkap Pengarah Pilihan Raya Tambun pada PRU15 ini kini memegang lima jawatan pengerusi dalam syarikat tersenarai Bursa Malaysia.
2. Sejak hujung 2022, Farhash Wafa Salvador mula menapak kukuh dalam landskap korporat dengan pelantikan demi pelantikan ke jawatan strategik syarikat-syarikat awam.
3. Antara yang terkini, dilantik sebagai Pengerusi MMAG Holdings Berhad.
4. Farhash memiliki 20% saham dalam MMAG, dengan nilai pasaran semasa dianggarkan RM1.6 bilion, ini bermakna nilai pegangan beliau mencecah RM320 juta.
5. Farhash menjadi pengerusi untuk lima syarikat tersenarai di Bursa Malaysia secara serentak dalam masa 26 bulan sahaja sejak PRU15 - iaitu bagi syarikat
🔘Apex Equity Holdings Berhad,
🔘Excel Force MSC Berhad,
🔘7-Eleven Malaysia Holdings Berhad,
🔘Key Alliance Group Berhad,
🔘MMAG Holdings Berhad.
6. Ini antara bukti pencapaian MADANI. Moga lebih ramai anak muda berjaya seperti tokoh muda dari Perak ini.
7. Tahniah anak muda. Ingat siapa yang asyik kutuk orang kaya? Hingga wujud perkataan golongan MAHAKAYA?
Kredit penulisan Nurhisyam Mazlan

No comments:
Post a Comment