Jika kadar penguncupan ekonomi tinggi, suntikan dana pun perlu lebih tinggi - Anwar


Anwar Ibrahim: Menggesa Kerajaan Untuk Menggandakan Peruntukan & Dapat Sampai Yang Sangat Terkesan







Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan suntikan dana kerajaan sebanyak RM45 bilion dianggap terlalu kecil untuk menghidupkan semula ekonomi negara.

Beliau berkata, ini berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku tahun kedua negara yang didapati menguncup kepada -17.1 peratus, jauh lebih tinggi berbanding mana-mana negara Asia Tenggara.

"Penguncupan ekonomi untuk suku tahun kedua mengejutkan kerana jauh berbeza dari unjuran yang dibuat Kementerian Kewangan. Pengangguran masih menjadi masalah besar dengan statistik terbaru sebanyak 4.9 peratus atau lebih 700,000 menganggur.

"Justeru, tumpuan suntikan fiskal dana kerajaan perlu dibuat untuk sektor yang memerlukan bantuan segera, ini bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi dan pemacuan ekonomi dapat dipercepatkan.

"Kita bukan nak salahkan kerajaan sahaja, tetapi kita harus realistik bahawa penguncupan ini adalah parah kesannya kepada ekonomi," katanya ketika menyampaikan perbahasan di Dewan Rakyat.

Perbahasan tersebut adalah bagi membahaskan Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID19)) 2020.

Anwar turut membuat perbandingan KDNK dan pakej ransangan ekonomi negara dengan negara-negara Asia Tenggara.

"Di Indonesia, penguncupan ekonominya sebanyak 5 peratus dan suntikan dana bernilai 3.5 peratus. Ekonomi Filipina menguncup 6.5 peratus tetapi suntikan dana hanya 3.1 peratus.

"Ekonomi Singapura menguncup 13.2 peratus tetapi pakej ekonomi sehingga 19.6 peratus tetapi sudah tentu tidak boleh dibandingkan kedudukan ekonomi agak berbeza.

"Di Thailand, penguncupan ekonomi negara itu sekitar 12 ke 13 peratus tetapi pakej ransangannya sebanyak 11.8 peratus, tetapi Malaysia yang menguncup 17.1 peratus hanya menyuntik dana tiga peratus.

"Kenyataannya, penguncupan ekonomi negara jauh lebih tinggi dari dihadapi negara Asean, jadi kalau begini pakej ransangan harus lebih tinggi.

"Malah, pakej dari segi suntikan dana fiskal negara adalah paling rendah, dengan penguncupan tinggi, tapi suntikan paling rendah.

"Sebab itu, saya menggesa menteri kewangan supaya serius dalam melipatgandakan inisiatif untuk memulihkan ekonomi negara," katanya.

Pembangkang tidak pernah membantah RUU COVID-19

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan pihak pembangkang tidak pernah menolak sama sekali pakej ransangan ekonomi COVID-19, sebaliknya hanya menggesa untuk membuat penambahan dana kepada peruntukan sedia ada.

"Yang kita tolak adalah peruntukan untuk pembaziran kementerian-kementerian yang kita anggap tidak perlu, sebabnya kerajaan perlu tumpu kepada pakej ransangan bagi menangani isu pengangguran dan meningkatkan penggunaan teknologi.

"Jadi tidak timbul sama sekali mengenai sebarang bantahan, sebab itu kita bangun bukan sekadar menyokong tetapi meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menambah dana dengan skala lebih besar," katanya.

Tambah peruntukan, defisit lebih besar?

Anwar juga memberi penjelasan sama ada penambahan peruntukan yang lebih besar akan memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Walaupun kita mengusulkan penambahan dana sebanyak 45 peratus, dan melibatkan defisit lebih besar, ia tidak akan menyebabkan kemelut ekonomi dan kita perlu runsing tentang soal fiskal, dengan syarat pengurusan ekonomi itu baik.

"Saya ingatkan yang menjadi masalah sekarang ini adalah isu kesediaan kerajaan untuk melihat semula pakej bagi memastikan terdapat optimal return sama seperti apa yang dilakukan Jerman, United Kingdom, Australia dan Kanada.

"Kalau dibuat perbandingan, suntikan ekonomi negara-negara ini lebih sensitif dan prihatin dalam mengambil tindakan penyesuaian segera.

"Jerman misalnya menyediakan 500 bilion euro tetapi mereka memastikan kelulusan bank tidak ditentukan oleh bank semata-mata, malah ia mesti diluluskan dalam tempoh 4 hari, bantuan tidak dilengahkan.

"Jadi yang harus dibetulkan adalah pendirian menteri kewangan yang lebih mirip kepada pemikiran ahli-ahli bank dan bukan kepada peminjam dan ekonomi, yang hanya memikirkan soal collateral dan track record.

"Kita tak boleh ikut peraturan sedemikian. Kita harus melihat kepada pendekatan baru dan hanya tumpu kepada peranan bank yang bertentangan kepada kerajaan," katanya.

Pengurusan perlu terus, tata kelola perlu dijaga

Anwar merumuskan perbahasannya dengan menekankan soal ketelusan pengurusan dan tata kelola yang baik.

"Isu pengurusan dan tata kelola amat penting. Kalau dana terbatas digunakan boleh membesarkan kementerian dan menambah jawatan, ini tidak menjawab kepada tumpuan dan keutamaan kerajaan ketika ini.

"Saya membantah keras jika ada pengurusan lemah penyelewengan dalam penyaluran dana ini.

"Sebab itu, isu tata kelola perlu diutamakan dan pelaksanaan peraturan dibuat dengan sangat ketat selain ketelusan serta kesediaan sumber wang dibuat dengan teliti.

"Ini termasuk soal dari mana sumber kewangan, berapa jumlah dana, berapa kadar faedah, berapa tanggungan bagi negara.

"Perkara ini ditekankan supaya jangan ada sama sekali unsur untuk membebankan rakyat tetapi mengizinkan ketirisan dan pemborosan, ini berlaku dalam semua pentadbiran.

"Dalam keadaan rakyat menghadapi masalah jangan ibarat kita bina mahligai atas pusara. Orang derita kita hanya nak senang," katanya.

Anwar juga tidak mahu melihat wakil-wakil kerajaan menunjukkan sikap seolah-olah mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.

"Rakyat menganggur hampir 1 juta orang, tapi kamu orang besar hanya duduk mentekedarah wang lebih, ini kita bantah.

"Jangan sokong bawa rebah kerana wang, jangan disalahgunakan untuk perkara lain," katanya.


PN Hipokrit: Sudah Berapa Bulan Perintah, Isu Melayu Tidak Selesai






Ahli Parlimen Tanjung Malim Chang Lih Kah, berpendapat pemerintahan Perikatan Nasional telah gagal menyelesaikan isu Melayu yang mereka mereka bangkitkan sewaktu kerajaan Pakatan Harapan berkuasa.

Bagi Chang banyak isu yang dibangkitkan sebenarnya berkenaan pentadbiran tetapi dimainkan seolah-olah ia isu perkauman. Apabila PN memerintah maka isu tersebut memang tidak selesai. Apatah lagi pemerintahan PN lebih lemah berbanding PH.

Katanya, rakyat perlu sedar hipokrit PN itu. PN adalah punca segala isu perkauman. Apatah lagi, PM sekarang merupakan menteri Dalam Negeri ketika era PH yang sepatutnya menyelesaikan isu-isu berbangkit.


Muafakat Nasional Gah Di Luar, Rapuh Di Dalam?






Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang tidak bersetuju dengan teori bergabungnya undi Melayu dalam Muafakat Nasional (MN) akan menyebabkan Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau terdapat tiga faktor yang boleh menggugat MN dari dalam biar pun gabungan itu kelihatan ampuh di luar.

Pertama, dalam PRU 14 Umno bertanding 120 kerusi manakala Pas 150. Kedua-duanya akan terpaksa mengurangkan separuh kerusi dalam PRU 15. Hal itu akan menyebabkan akar umbi kedua-duanya tidak berpuas hati.

Kedua, bukan semua ahli kedua-dua parti bersetuju bergabung. Ahli atau penyokong yang tidak bersetuju mungkin tidak mengundi atau memberi undi kepada PH Ketiga, MN adalah kerajaan semasa. Sebarang kelemahan polisi kerajaan Perikatan Nasional akan dipertanggungjawabkan ke atas mereka

Justeru, PH mempunyai peluang untuk mempertahankan kawasan sedia ada atau memenangi kawasan baharu dalam PRU 15.


#AkuMenteri: Kod diskaun untuk VIP langgar SOP?


Oleh Aziera NH
Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan tamat dalam masa kurang dari 10 hari. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula dari bulan Mac 2020 lepas, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan rantaian penyebaran pandemik Covid-19 ini dapat dikurangkan.
Tetapi, apa yang paling menyedihkan sekali ialah apabila ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Bukan itu sahaja, individu yang sepatutnya menjadi “role model” kepada rakyat pula tu yang dilihat ambil sikap acuh tak acuh terhadap peraturan yang mereka sendiri cipta. Ada juga yang lari daripada dikenakan denda atau tindakan!
Jom kita lihat, berapa ramai Menteri dan Timbalan Menteri Perikatan Nasional (PN) yang melanggar peraturan PKP ini?
1- Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan kerana melanggar PKP dengan menghadiri satu jamuan di Perak.
2- Tindakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad yang berkunjung ke rumah rakan politiknya bersama rombongan dan menikmati jamuan makan tengah hari sememangnya melanggar SOP PKP yang melarang berkumpul beramai-ramai.
3- Nurul Zahid dan suaminya bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semasa PKP tanpa ada alasan kukuh dan didenda RM800 sahaja.
4- Ramai yang mempersoalkan apa yang istimewanya Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di JPM (Ekonomi) yang membolehkan beliau rentas sempadan sejauh 445 KM dari KL ke Jeli untuk pulang ke kampung halaman?
5- Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga nampaknya gagal untuk mematuhi arahan untuk memakai pelitup muka di tempat sesak yang mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2020.
6- Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menghadiri perhimpunan seramai 20 orang di rumah MB sebelumnya Dato’ Seri Dr Ahmad Said dan ini melanggar arahan PKP.
7- Menteri Perindustrian, Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali, ingkar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin 14 hari setelah pulang dari Turki.
Menteri ini hanya dikompaun RM1,000 kerana langgar SOP cegah Covid-19. Sedangkan rakyat marhaen atau Makcik Gelang Pink tu kena denda sampai RM8,000 kerana kesalahan yang sama!
8- Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob sendiri nampaknya lupa akan arahan yang beliau sendiri keluarkan.
“Tiada siapa akan terlepas dari tindakan jika langgar SOP,” kata beliau seperti dipetik Astro Awani.
Tapi, nampaknya beliau sendiri lupa untuk amalkan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka di tempat ramai orang ya?
Bukan sahaja berita para pak Menteri ini langgar SOP kita dapat dengar sepanjang PKP ini. Ada juga berita-berita berkaitan mereka yang juga langgar peraturan-peraturan lain seperti ada Menteri yang hisap “Vape” dalam Parlimen, ada Timbalan Menteri yang sibuk tawarkan surat sokongan yang mungkin sekarang dah jadi amalan baru kerajaan PN ini.
“Harapkan pagar, pagar makan padi,” inilah peribahasa yang paling sesuai untuk gambarkan situasi mereka ini. Orang yang sepatutnya dilantik untuk menjadi contoh kepada masyarakat, tapi mereka pula yang sibuk melanggar peraturan secara terang-terangan.

Beri penjelasan isu pemberhentian feri di Pulau Pinang


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong digesa memberi penjelasan penuh berhubung isu pemberhentian sementara perkhidmatan feri di Pulau Pinang.
Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini buat pertama kali feri Pulau Pinang diberhentikan perkhidmatan, bukan kerana sebarang tragedi atau sebagainya, tetapi kerana masalah pengurusan.
Menurut beliau, pemberhentian itu amat menyusahkan rakyat negeri itu tidak kira dari kawasan pulau atau dari seberang.
“Saya hendak tanya Prasarana, sekarang pengerusinya ialah Yang Berhormat Pasir Salak (Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman) dan Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng,
“Mengapa perkara amat memalukan ini boleh berlaku khususnya telah membawa banyak kesulitan kepada pengguna-pengguna dan sekarang terpaksa diangkut dengan bas untuk pergi ke pulau dan sebaliknya,” soalnya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, Guan Eng turut berharap Ka Siong menjelaskan kepada rakyat adakah projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) berjalan mengikut jadual atau keputusannya hanya akan dibuat selepas 2023.
Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, jika perlu menunggu selepas 2023, ia tidak lain tidak bukan, adalah satu pembatalan projek tersebut.
Guan Eng memberitahu, perkara tersebut timbul apabila Ka Siong memberikan jawapan di Parlimen bahawa projek pembesaran PIA akan ditangguhkan selepas 2023 iaitu selepas Pelan Strategik Penerbangan Kebangsaan (NASP) siap dikaji.
“Ini adalah sesuatu yang tidak adil dan tidak munasabah kerana di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), projek ini telah pun diberikan kelulusan untuk berjalan,” katanya.

Kerajaan PH tangani Covid-19 dengan baik


Tuduhan menteri kanan, Mohamed Azmin Ali terhadap Pakatan Harapan (PH) semalam disifatkan sebagai amat melampau, tidak berasas dan tidak bersandarkan bukti.
Ketika pentadbiran PH, tiada kematian berlaku akibat Covid-19.
Sebaliknya sebelum PH meninggalkan kerajaan, hanya dua kes dilaporkan ditempatkan di wad dan bukan di unit rawatan kecemasan (ICU).
Ketika itu, dilaporkan 22 daripada 24 kes positif sudah pulih seluruhnya.
Malah dalam menangani Covid-19, pihak kerajaan ketika itu bersedia memberikan segala sumber yang perlu termasuk sumber kewangan untuk memastikan bahawa pasukan barisan hadapan (frontliners) boleh menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.
Dari sudut kewangan, Kementerian Kewangan di bawah PH telah memberikan peruntukan secukupnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga pernah menyebut bahawa semasa pemerintahan PH, perkara ini ditangani dengan baik.
Disebabkan persiapan awal, tiada yang tergendala dalam usaha menangani epidemik dan pandemik Covid-19.

BAIK HANG JADI PM..ANWAR DOK BAIK DENGAN PRESIDEN ERDOGAN PUN TAK BAWA BALIK PELABURAN BANYAK TU


Shahbudin

Kalau betul Attakiri bawa pelaburan RM82 bilion dalam kunjungannya ke Turki, rasanya kita bukan saja setuju dia dilepaskan begitu saja atas kesalahan melanggar kuarantin, bahkan lebih setuju untuk jadi PM menggantikan Muhyiddin....

Iyalah...Muhyiddin satu sen pelaburan pun tak mampu dapatkan lagi....

KRONI SIAPA DAPAT PROJEK RUNDING TERUS ERA KERAJAAN PH?


Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan di Parlimen, sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.
“Semasa pentadbiran sebelum ini sejumlah 101 projek ataupun perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara rundingan terus oleh Kementerian Kewangan,” ujar beliau.
Bukan di Parlimen jadi gempar dengan pendedahan ini, malah semua orang yang mendengar pun akan jadi terkejut dibuatnya.
Pendedahan ini sesuatu yang amat mengejutkan kerana ketika itu, PH amat lantang dan tegas dengan janji untuk melaksanakan tender terbuka secara menyeluruh.
Ia digambarkan sebagai kaedah ketelusan dan untuk mengelakkan salah guna kuasa.
Malah, ketika kempen PRU14 pun, itulah antara perkara yang dilaungkan kepada rakyat untuk menunjukkan bahawa PH amat mementingkan ketelusan jika diberi kuasa mentadbir negara.
Sudah tentu agak menghairankan bagaimana akhirnya sebanyak 101 projek bernilai lebih RM6 bilion telah diluluskan secara runding terus?
Siapakah punya angkara semua ini?
Kenapakah 101 projek itu tidak dilaksanakan secara tender terbuka?
Apakah ia juga keputusan seorang diri Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng atau beliau mendapat arahan daripada pihak lain seperti Perdana Menteri atau permintaan daripada menteri-menteri lain misalnya?
Maka itu, demi keadilan kepada semua pihak, khususnya Guan Eng, adalah penting untuk Tengku Zafrul mendedahkan senarai syarikat-syarikat yang diberikan 101 projek runding terus itu.
Ini bagi kita semua mengetahui kroni siapakah semua syarikat yang bertuah itu dan atas asas apakah kaedah runding terus dijadikan pilihan?
Selain itu, penting juga untuk diketahui adakah mereka itu kroni Guan Eng atau kroni menteri-menteri lain dalam PH ketika itu yang sebenarnya mereka mungkin terbabit sama melobi Menteri Kewangan agar projek secara runding terus dilaksanakan?
Oleh kerana Tengku Zafrul telah membuka ruang mendedahkan perkara ini, adalah menjadi tanggungjawab beliau juga untuk memastikan senarai syarikat-syarikat itu diumumkan kepada orang ramai dengan seberapa segera.
Jangan pula nanti beliau cuba mengelak atau tidak berani mengeluarkan senarai penuh dan akhirnya isu ini senyap begitu saja.
Manalah tahu, entah-entah kroni pemimpin tertentu UMNO pun mungkin termasuk sama dalam senarai 101 projek itu? (Shahbudindotcom 24/08/2020)

KHAIRUDDIN DAN PERTAMA KALI DALAM SEJARAH

PENEMUAN SIMPANAN GAS ASLI: TURKI KUASA BESAR BAHARU?

PAS YANG DAHULU BUKAN YANG SEKARANG

TAMIN GHAFAR KHAIRUDDIN PATUT LETAK JAWATAN, MUHYIDDIN BUAT SELAMBA

(function() { var d = document, w = window; w

Kenali tiga golongan penyebab negara kita mundur

  OLEH :  NORMAN RADUAN POSTED BY AMIR WRLR Himpunan 400 anak muda dan himpunan 107 Ahli Parlimen dikecam dengan pelbagai andaian. Bodoh, ti...