Kerajaan PH tangani Covid-19 dengan baik


Tuduhan menteri kanan, Mohamed Azmin Ali terhadap Pakatan Harapan (PH) semalam disifatkan sebagai amat melampau, tidak berasas dan tidak bersandarkan bukti.
Ketika pentadbiran PH, tiada kematian berlaku akibat Covid-19.
Sebaliknya sebelum PH meninggalkan kerajaan, hanya dua kes dilaporkan ditempatkan di wad dan bukan di unit rawatan kecemasan (ICU).
Ketika itu, dilaporkan 22 daripada 24 kes positif sudah pulih seluruhnya.
Malah dalam menangani Covid-19, pihak kerajaan ketika itu bersedia memberikan segala sumber yang perlu termasuk sumber kewangan untuk memastikan bahawa pasukan barisan hadapan (frontliners) boleh menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.
Dari sudut kewangan, Kementerian Kewangan di bawah PH telah memberikan peruntukan secukupnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga pernah menyebut bahawa semasa pemerintahan PH, perkara ini ditangani dengan baik.
Disebabkan persiapan awal, tiada yang tergendala dalam usaha menangani epidemik dan pandemik Covid-19.

No comments: