NIK AMAR SUKA PARLIMEN BUBAR ?



Tidak pelik dia berkata sedemikian kerana hanya orang berfikiran bodoh dan singkat akan meminta pilihanraya disaat kes Covid meningkat.  Sebab itu tidak menghairankan Kelantan tidak maju2 kerana ada orang begini di dalam kerajaan negeri.


Kalau dia PM katanya, dia akan bubar parlimen sebab pembangkang desak sangat.  Jelas, Nik Amar tidak mengetahui apa isu pokok di sini.  Isunya, kita mahu PM buktikan memang dia memiliki majoriti di dalam parlimen.  Tidak timbul soal minta parlimen dibubar.  


Pembangkang dan pihak yang tidak menyokong kerajaan PN telah membuktikannya melalui pengakuan dan surat akuan yang telah dihantar ke istana.  Setakat ini, tidak kurang 118 MP telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka menolak kerajaan PN.  Manakala, PM masih gagal menyatakan berapa jumlah sokongan yang beliau ada dan adakah surat akuan atau pengakuan setiap MP itu telah ditunjukkan kepada istana?  Apa yang kita tahu, kenyataan PM yang terbaru selepas bertemu Agong, beliau hanya kata masih memiliki majoriti.  Siapa boleh percaya cakap PM yang selalu berbohong itu?  Adakah yang beliau persembahkan kepada Agong itu adalah akuan bersumpah (SD) lama sewaktu mula2 beliau merampas mandat rakyat dulu?


Jika benar beliau hilang majoriti, memang sewajibnya beliau meletakkan jawatan.  Rakyat tidak menuntut bubar parlimen pun kerana rakyat ramai yang cerdik tahu risiko PRU waktu Covid sekarang.  Yang bodoh macam Nik Amar tidak ramai.


Peliknya, sewaktu puak2 pengkhianat termasuk parti Nik Amar merampas mandat rakyat dulu, tidak terfikirkah di kepala otak Nik Amar tentang pembubaran parlimen? Bukankah kembalikan semula kepada rakyat untuk nemberikan mandat itu lebih baik dari merampas mandat rakyat?  Mengapa sewaktu nyawa di hujung halkum baru terfikir tentang pembubaran parlimen?  


WFAUZDIN NS

DULU PARTI YANG BESAR, SEKARANG YANG BESAR NAK SOKONG SERPIHAN YANG NAK JATUH..KAH.KAH..KAH..MACAI SUSAH CARI MAKAN

Buat apa nak pertahan kegagalan PN? Soal Zahid kepada MP Umno

Buat apa nak pertahan kegagalan PN? Soal Zahid kepada MP Umno

Di tengah-tengah perpecahan sokongan Umno terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid hamidi hari ini menggesa ahli parlimen Umno yang masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar kembali ke “landasan perjuangan Umno yang sebenar”.

Mendakwa kerajaan PN gagal mengendalikan Covid-19 sehingga wabak itu telah mengorbankan 11,162 nyawa setakat ini, presiden Umno itu berkata semua wakil rakyat parti itu perlu mengutamakan rakyat.

“Bukan memihak kepada mereka yang mahu mengekalkan penguasaan ke atas rakyat dan negara walau jelas telah gagal, membelakangi keluhuran Perlembagaan serta institusi diraja.


“Bukan berdiri bersama kegagalan yang menyaksikan lebih 10,000 rakyat telah kehilangan nyawa dan lebih 19,000 kes jangkitan wabak dilaporkan saban hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.“Saya percaya kini adalah masanya untuk kita membuktikan kepada rakyat bahawa kita sebagai wakil rakyat dari Umno sanggup berpayah demi berdiri bersama rakyat.

Terdahulu, dilaporkan sebanyak 15 ahli parlimen Umno telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

Dengan itu sokongan Muhyiddin di Dewan Rakyat kini berkurang kepada 100 ahli sahaja, iaitu kurang 11 untuk mendapat majoriti mudah di parlimen.

Semalam, Umno juga mendedahkan 13 surat dari ahli parlimen yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, yang menyatakan penarikan sokongan mereka terhadap Muhyiddin.

Hari ini juga, laporan Malaysiakini yang memetik sumber berkata Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan Muhyiddin agar mempercepatkan sidang Dewan Rakyat dan mengingatkan dia perlu membuktikan majoritinya.

Zahid berkata lagi, masih belum terlambat untuk ahli parlimen Umno membuktikan bahawa mereka sedang berjuang untuk pengundi dan ahli parti itu.

“Membuktikan perkara itu adalah mudah iaitu meninggalkan kerajaan PN yang gagal dan kembali kepada landasan perjuangan Umno yang sebenar,” katanya.


 

Abdul Hadi perlu perbetulkan cara berenang

ULASAN

 

Description: https://1.bp.blogspot.com/-OOB9gwuv4Ug/YRNNUp0aM7I/AAAAAAABIhk/AKZlLJxEZOw5T3k9xAXo7dDUuj9ybxecwCNcBGAsYHQ/s320/Capture%2BHadi.JPG

Hadi: Ideanya tidak relevan?

BUKANLAH maksud saya hendak mengajar itik pandai berenang, tetapi niat mahu menunjukkan itik supaya berenang secara betul dan munasabah bertujuan memberi makna yang lebih bererti lagi sesuai dengan fitrah kehidupan.


Presiden Pas, Abdul Hadi Awang telah menulis dalam ruangan Catatan Minda dalam medsosnya, mengajak tiga buah buah parti; Pas, Umno dan PBBM menjadi pelopor perubahan ke atas negara ini. 

Alasan beliau kenapa menamakan hanya tiga buah parti itu sahaja, kerana parti itu merupakan parti Melayu-Islam dan Bumiputera.


Seperti sering saya ungkapkan, gerakan ke arah penyatuan demi menguatkan bangsa dan mendaulatkan agama sangat dialu-alukan. Ia menjadi cita-cita bersama sejak lama dulu lagi. Tidak ada mana-mana warga yang cintakan perdamaian, menolak gagasan itu. Sebab itulah saya sangat teruja dan kagum dengan cara Allahyarham Mohd Asri Muda bersiasah. Asri tidak taksub, tidak kolot dan senantiasa insaf dengan keadaan semasa. Politiknya sungguh dinamik dan realis.

Tetapi apa yang membuatkan saya sedikit merasakan pelawaan dan hasrat Abdul Hadi itu sedikit cacat apabila beliau hanya menyebut tiga buah parti itu sahaja tanpa menyebut dan mengambil kira sama parti-parti lain. Malahan parti lain dipersepsikan sebagai tidak yakin dengan Islam dan dipandang dengan penuh pesimis. Dianggap parti yang negatif dengan idealimse Islam dan bangsa. Tanggapan ini bagi saya sesuatu yang tidak baik dalam negara majmuk bersistem demokrasi seperti Malaysia. 

Pendirian seperti ini tidak akan mencapai hasrat perpaduan dan keharmonian penuh seperti yang kita harapkan. Dan sikap dan pengabaian itu juga seolah-olah Abdul Hadi tidak iktiraf kewujudan parti-parti lain yang juga berjuang ke arah itu dengan mekanismenya tersendiri. Beliau seolah-olah jahil dengan matlamat penubuhan parti-parti itu dan angkuh dengan parti sendiri. Seolah-olah tidak hafal membaca perlembagaan negara dan memahaminya. 

Apakah parti lain tidak berjiwa Melayu dan Islam? Parti Keadilan, Parti Amanah Negara (Amanah)Warisan, mereka terlalu sangat jauh dengan Islam dan daripada menjaga dan bertanggungjawab ke atas kepentingan Melayu?

Apakah mereka jahil mengenai tanggungjawab mereka kepada masa depan negara dan kepentingan agama. Apakah agama yang mereka amalkan batal? Seperti itulah agaknya yang ada dalam mata dan tersandar di minda Abdul Hadi.

Bahkan kalau diikutkan kepada semangat kenegaraan, DAP juga perlu diajak sama demi perpaduan. DAP juga ada tanggungjawab dan peranan untuk mengharmonikan dan membangun negara dengan semangatnya. Jika idealisme sosialis DAP ada yang bercanggah dengan semangat syumul Islam, ia boleh ditegur dan diperelokan dengan penuh hikmah sesuai Pas sebagai parti dakwah. Arwah Nik Abdul Aziz pernah menjelaskan kenapa Pas perlu berkawan dengan Cina kerana ingin memberi kefahaman Islam kepada mereka.

Pencetus idea.
Seharus apa yang perlu dilakukan Pas dalam suasana negara hari ini, yang diancam pandemik, berdepan dengan masalah ekonomi yang sukar diramal, ketidak stabilan politik, mengajak semua parti bersatu fikiran. Pas sebagai parti berdasarkan agama seharusnya mengambil inisiatif bagi menyatukan pemikiran semua parti politik demi negara. Pas patut jadi parti pencetus idea penyatuan keseluruhan. Parti mana lagi diharap memainkan peranan itu kalau bukan Pas?

Kenapa Abdul Hadi tidak mengambil kesempatan ini untuk mengatur dan membentang satu naratif politik baru Malaysia menuruti neraca fikir Pas yang berprinsipkan Islam. Dengan menghadkan cadangan kepada tiga buah parti sahaja untuk menjadi pelopor perubahan, jelas pemikiran beliau masih berada dalam kotak lama yang dibelenggu oleh tempurung bulu kebencian menebal yang tidak membawa banyak faedah.

Sikap dan cara berfikir demikian sudah tidak relevan lagi pada masa ini.

Ramai yang menunggu peranan Pas ini. Parti itu membentangkan satu formula atau petua bagaimana untuk parti-parti politik duduk semeja bagi menghadapi masalah negara. Pas seharusnya muncul sebagai parti penyelamat keadaan bukannya terus membelahkan suasana dengan menyuburkan isu perkauman dan kebencian serta memperalatkan agama sedemikian rupa. Pas kena menjadi Pas pemanggil ke arah kebaikan bukan pembelah kepuakan. Pas sewajarnya menggunakan agama untuk kepentingan universal bukan kepentingan peribadi yang sedikit.

Sayanglah, kalau Pas tidak nampak keperluan dan kepentingannya dengan keadaan yang ada hari ini. Masa masih ada untuk Pas memperbetulkan langkah yang sumbang dan songsang yang dilontarkan Abdul Hadi itu. Pemimpin lain dalam Pas (yang saya kira menyedari hal ini) boleh melakukan sesuatu. Pas perlu memperbetulkan cara berenang presiden mereka yang cacat itu. Perlu ada pemimpin yang berani dalam Pas untuk meralat perkara ini. Menegur bukan bermakna menentang tetapi membawa hikmah sayang.

Untuk mencapai itu buangkan rasa hormat melulu dan "malu alah" tidak bertempat anda kepada presiden kerana jelas dan nyata setengah tindakan, idea dan pemikirannya tidak lagi melambangkan pemikiran daripada sebuah gerakan sosial politik Islam seperti Pas. Cara berenangnya salah dan lapok.

Dan percayalah kalau tidak ada yang berani menyanggah dan melintangnya, selama itulah presiden itu merasakan beliaulah sahaja yang betul. Tidak sedemikian bukan memberi kebaikan kepadanya, bahkan terus menjadikan beliau sangat Joker ditertawakan dunia. Elakkan presiden Pas terus digelak oleh dunia dan membiarkan dia dalam zone syok dan hebat sendiri apa lagi saat beliau kini sudah berada di penghujung. [wm.kl. 11:34 am 11/08/2021].

 

kah..kah..kah....baru kena kutuk dah koyak ke ? Kes MB Kedah, jangan jadikan polis senjata politik – Guan Eng


By

 Malinda Abdul Malik

 -

 

Description: 514EC223-8B1D-406D-A039-0F7617943848-scaled

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas tindakan polis yang didakwanya menahan individu yang dikatakan menghina serta mengejek Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, tindakan penahanan beberapa individu tidak berasas memandangkan beliau sendiri pernah menerima keceman lebih teruk daripda itu ketika menjawat jawatan Menteri Kewangan serta Ketua Menteri Pulau Pinang dahulu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan menegaskan, tindakan penahanan empat individu berhubung kes berkenaan didakwanya ada kaitan dengan salah guna kuasa oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Banyak kecaman dibuat ke atas saya dulu tapi tiada tindakan diambil tapi mengapa perkara sama berlaku terhadap MB Kedah terus tindakan penahanan dilakukan terhadap empat individu.

“Sekiranya berlaku kecaman tidak berasas ambil tindakan saman malu di mahkamah buat apa nak tahan mereka, lainlah kalau ugutan bunuh atau mahu mendatangkan kecederaan boleh Ketua Polis Negara ambil tindakan.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penahanan yang dilakukan dalam isu MB Kedah memandangkan dia sendiri sudah minta maaf menunjukkan dirinya salah jadi mengapa mahu ambil tindakan ke atas orang lain,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.

Tambah Guan Eng, polis perlu menjalankan tugas yang ditetapkan dalam Perlembagaan bukan senjata politik.

“Saya harap jangan peralatkan polis untuk menjadi senjata politik kerajaan PN,” ujarnya.

Untuk rekod setakat semalam, polis sudah menahan empat individu bagi membantu siasatan mengeluarkan komen jelek termasuk menghina Muhammad Sanusi menerusi media sosial.

Penahanan empat lelaki itu dibuat di Negeri Sembilan, Taiping, Perak serta dua lagi di Alor Setar, Kedah. – MalaysiaGazette

TAK APA ,18 KETUL TAIK ADA BOLEH GAYUT MANA MANA KALAU JADI KING MAKERS-LEPAS NI KITA RATIP DAP..DAP..DAP

 May be an image of 1 person and text that says "MH DAILY !!!Tuan Ibrahim ingatkan ahli Pas agar siap sedia kehilangan kerajaan PN August 11, 2021 2:20 pm"..

HAMPIR MELINGKUP : Krisis Putrajaya: Redzuan cadang ‘gencatan politik’.kah..kah..kah

 

Mohd Redzuan Md Yusof - Wikipedia

Redzuan Yusof bimbang apa yang akan berlaku kepada negara jika majoriti Ahli Parlimen menyokong mereka yang sedang menghadapi kes mahkamah.



PETALING JAYA: Seorang menteri hari ini menggesa Ahli Parlimen untuk “berfikiran waras” dalam menentukan hala tuju negara tatkala pentadbiran Muhyiddin Yassin terumbang-ambing selepas dikatakan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Menteri Tugas-tugas Khas Redzuan Yusof mencadangkan “gencatan” politik, yang menurut beliau akan membolehkan usaha ditumpukan kepada pemulihan negara daripada krisis kesihatan awam dan ekonomi.

“Marilah lakukan apa yang terbaik untuk negara. Fokus kita semua harus kepada melakukan apa yang terbaik untuk negara,” kata pemimpin Bersatu itu.

Mengulas kemelut politik semasa, Redzuan mempersoalkan motif Ahli Parlimen yang mahukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur.

“Mampukah mereka (Ahli Parlimen yang menentang Muhyiddin) menubuhkan kerajaan? Bolehkan mereka bekerjasama? Siapa calon perdana menteri mereka? Bolehkah mereka menjawab soalan ini?” katanya kepada FMT.

“Kebimbangan terbesar saya adalah ada Ahli Parlimen menyokong mereka yang menghadapi kes mahkamah. Jika majoriti Ahli Parlimen sanggup berbuat demikian, saya khuatir negara akan dilanda masa depan paling buruk,” kata beliau.

Redzuan berkata, PN mahu mengadakan pilihan raya umum untuk memperoleh mandat baharu daripada rakyat, namun ini bukan masanya.

“Kita bersedia menghadapi PRU. Kita boleh memohon pembubaran Parlimen hari ini tetapi ia bukan langkah yang akan membawa kebaikan untuk negara,” katanya.

“Ia akan menjejaskan usaha kami dalam memulihkan kesihatan awam dan ekonomi. Jadi lebih baik kita adakan gencatan dan berhenti mencipta pelbagai persepsi yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi dan usaha untuk mengatasi krisis yang dihadapi negara,” kata Redzuan.

Redzuan berkata demikian ketika Muhyiddin bermesyuarat dengan pemimpin parti komponen PN.

Antara topik perbincangan adalah perancangan mengadakan sidang Parlimen minggu depan untuk beliau membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri. Sidang Dewan Rakyat sebelum ini ditetapkan bulan depan, namun mengundang kemarahan Umno dan pembangkang.

Menurut laporan, Muhyiddin kini hanya disokong 100 Ahli Parlimen dengan 115 Ahli Parlimen daripada Umno dan pembangkang mahukan beliau berundur sebagai Perdana Menteri.

 

ROS SAH ALAT POLITIK, NYAWA UMNO HANYA DAPAT DISELAMATKAN JIKA REGIM MAHIADDIN SEGERA DITAMATKAN

 

Mula-mula Pendaftar Pertubuhan atau RoS mengeluarkan kenyataan media bahawa penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan yang diputuskan parti itu sebagai tidak sah.

Ia berikutan, kata RoS, ia diputuskan oleh MT ketika pemegang jawatannya telah tamat tempoh iaitu selepas 30 Jun 2021.

Meskipun Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menafikan perkara itu, sambil membutirkan sepenuhnya kronologi peristiwa yang menunjukkan keputusan itu sebenarnya dibuat pada 18 Jun serta pemaklumannya dihantar kepada RoS pada 24 Jun, selain pada Isnin, 9 Ogos lalu, beliau turut menghantar semua dokumen lengkap berkaitan kepada agensi berkenaan, namun matlamat mencari salah UMNO nampaknya tetap diteruskan.

Kali ini RoS menyatakan, kedudukan pemegang jawatan dalam UMNO selepas 30 Jun hanyalah bersifat caretaker saja.

Bermakna, selepas tarikh itu, menurut RoS lagi, hanya tugas-tugas pentadbiran yang dibenar dilaksanakan oleh pemegang jawatan dalam UMNO, tetapi tidak melibatkan soal dasar seperti menarik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin dan kerajaan PN.

Dengan sendirinya, keputusan UMNO menarik sokongan terhadap Mahiaddin pada 7 Julai dan menarik sokongan terhadap kerajaan PN pada 3 Ogos lalu adalah tidak sah di mata RoS.

Maka adalah difahami bahawa keputusan RoS itu bukanlah sangat menunjukkan ia merupakan keinginan RoS, tetapi itu adalah keinginan sebenar Mahiaddin dan mereka yang sedang mencatur kuasa dalam kerajaan PN.

Untuk lagi mudah difahami, bermakna RoS telah diperalat dan menjadi alat kepada Mahiadddin dan kerajaan PN untuk melemahkan UMNO, seterusnya mengekalkan kekuasaan di tangan mereka.

Sepatutnya, sementara RoS meneliti segala surat dan dokumen yang dihantar Ahmad Maslan pada Isnin lalu, ia tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan terbuka yang bersifat memihak seperti kedudukan pemegang jawatan dalam UMNO hanya bersifat caretaker saja.

Bagaimana jika bukti yang ditunjukkan UMNO adalah kukuh dan ia telah mematuhi segala peraturan dalam memunda pemilihan selama 18 bulan itu?

Di mana RoS mahu meletak mula senget sebelah mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang seharusnya mesti berteraskan keadilan dan peraturan?

Begitu pun, ini bukanlah kali pertama RoS diperalatkan untuk kepentingan politik mereka yang berkuasa.

Ketika era BN dahulu, ia juga berperanan memihak kepada kerajaan semasa berkaitan pendaftaran Bersatu yang menghadapi pelbagai masalah, hinggakan nama Bersatu pun tidak dibenar untuk digunakan.

Mematuhi kehendak RoS itu, akhirnya nama PPBM telah digunakan dan hanya setelah BN tumbang dan PH berjaya menjadi kerajaan, barulah nama Bersatu dibenar untuk digunakan semula.

Apa yang dialami UMNO sekarang sepertinya suatu balas dendam daripada Bersatu terhadap parti itu.

Dulu Bersatu mahu menumbangkan UMNO, lalu RoS diperalatkan untuk menekan Bersatu dengan harapan kejatuhan kerajaan dapat dielakkan, namun barangkali, tekanan itulah yang menjadi salah satu sebab rakyat lebih bangkit untuk mengakhiri era BN pada PRU 2018 lalu.

Kini Bersatu pula mengetuai kerajaan dan UMNO sedang berusaha mahu menumbangkan kerajaan, maka sekali lagi RoS dipergunakan untuk menekan serta melemahkan musuh kerajaan.

Oleh kerana Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin yang bertanggungjawab kepada RoS adalah juga Setiausaha Agung Bersatu, apa yang berlaku kepada UMNO sekarang ini bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Lumrah telah ditunjukkan bahawa baik UMNO atau Bersatu yang mengetuai kerajaan, tekanan kepada musuh dengan menggunakan jentera kerajaan adalah suatu keseronokan bagi mereka memperalatkannya.

Namun demikian, dalam situasi yang begitu menekan sekarang, tidak banyak pilihan ada di tangan UMNO, khususnya buat Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin UMNO yang pro kerajaan PN dan Mahiaddin mungkin gembira dengan tekanan RoS itu kerana ia memberi ruang untuk mereka terus berlama-lama lagi mengaut nikmat kehidupan sebagai menteri dalam kerajaan.

Risiko sama ada UMNO dilemahkan atau diharamkan sekali pun barangkali tidaklah sepenting keghairahan mengekalkan jawatan sedia ada yang masing-masing pegang ketika ini.

Sebab itu, semua mereka senyap sunyi tidak berbunyi apa-apa bagai merestui saja tindakan RoS itu, meski hakikatnya sebahagian mereka tahu bila sebenarnya MT UMNO bermesyuarat membuat ketetapan menangguhkan pemilihan selama 18 bulan itu.

Tetapi, bagi bagi kelompok UMNO yang telah membuat ketetapan muktamad menolak Mahiaddin serta masih sayang kepada parti tersebut, dengan sikap yang ditunjukkan oleh RoS sekarang ini, hanya satu saja pilihan yang tinggal di tangan mereka bagi memastikan masa depan UMNO tidak terus dikafankan.

Ia tidak lain dengan mengukuhkan lagi iltizam untuk menumbangkan Mahiaddin dan PN secepat mungkin – jika boleh – sebelum terbit matahari pagi pada esok hari.

Hanya dengan segera menamatkan regim Mahiaddin ini, itulah satu-satunya jalan untuk UMNO dapat diselamatkan dan RoS ketika itu akan terjumpa semula jalan pulang ke pangkal kebenaran. 


(ShahbudinHusin 11/08/2021)



Politik | Tiada perbincangan babitkan jawatan PM interim #KauBoleh

PANAS ‼️ MB MELAWAK KASAR BOLEH😡 RAKYAT BALAS TERUS REPORT POLIS | Ustaz...

Muhyiddin told by Agong to bring forward Dewan Rakyat sitting

MB KEDAH BUAT APA SAMPAI RAKYAT MENGAMUK ❓

Pelonggaran sekatan pergerakan perlu perancangan lebih rapi - PH

 


Kelonggaran sekatan pergerakan yang diumumkan kerajaan Perikatan Nasional dalam pelan pemulihan negara terhadap individu yang telah lengkap mengambil 2 dos vaksin Covid 19 perlu dirancang lebih rapi.


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengkritik perancangan lemah perang melawan Covid yang gagal oleh kerajaan PN dan kini pelonggaran sekatan merentas negeri yang dilaksanakan mulai 10 Ogos lalu.


"Kelonggaran ini lebih kepada pengakuan kegagalan Kerajaan PN melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang membunuh lebih 11,162 rakyat Malaysia dengan 1.3 juta jangkitan sehingga 10 Ogos 2021.


"Walaupun ramai yang mungkin berasa lega kelonggaran-kelonggaran ini, namun peringatan dari pakar kesihatan awam berkenaan sistem kesihatan awam di negeri-negeri tersebut wajib dipandang serius.


"Ini termasuklah menambah peruntukan bagi rawatan Covid-19 khususnya meningkatkan jumlah katil ICU, pemekat oksigen (oxygen concentrator), menjalankan saringan ujian secara awam mengikut syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu “Find, Test, Trace, Isolate and Support plus vaccination” (FTTIS+V) serta lain-lain keperluan di negeri-negeri Fasa 2 sebagai langkah bersiap sedia sekiranya berlaku gelombang Covid-19 yang baharu," kata mereka.


Majlis Presiden juga menekankan perlunya jumlah vaksin dos pertama di negeri-negeri tertentu wajib dipertingkat segera sebelum Hari Merdeka pada 31 Ogos ini, terutama di Sabah yang merupakan negeri-negeri berisiko tinggi dalam jangkitan dan mempunyai peratus jumlah dos pertama paling rendah dalam negara.


Menurut mereka, memandangkan penerima dua dos vaksin masih berisiko menjadi pembawa virus Covid-19, tidak boleh diketepikan kemungkinan gelombang baharu di negeri-negeri Fasa 2.


"Memandangkan virus Covid-19 boleh tersebar sebagai titisan atau aerosol, kami berpandangan SOP pengudaraan tempat-tempat kerja termasuk hotel dan restoran mesti dikemaskini dan dikuatkuasa dengan lebih tegas. Insentif seperti geran, subsidi upah, utiliti dan

sewa serta rebat cukai perlu diberi kepada syarikat-syarikat tersebut untuk menambah baik atau memperoleh peralatan seperti penapis udara berefisiensi tinggi (HEPA filter).


"Kerajaan juga harus membantu premis-premis termasuk hotel, inap desa (homestay), dan restoran yang akan menerima pelanggan yang sudah menerima dua dos vaksin perlu memastikan kesemua pekerja mereka menerima sekurang-kurangnya vaksin dos pertama," kata mereka.


Selain itu, Majlis Presiden turut mengulangi pendirian keperluan kerajaan memberi suntikan fiskal terhadap kewangan negara secara langsung yang lebih besar, iaitu sekurang-kurangnya RM45 bilion untuk pekerja, perniagaan dan kesihatan demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian, serta membantu pemulihan sektor-sektor yang telah sangat terkesan akibat PKP atau ‘total lockdown’ sejak 1 Jun 2021.


"Tanpa suntikan tambahan RM45 bilion ini, jemputan untuk hanya seorang wakil PH ke dalam Majlis Pemulihan Negara adalah tidak bermakna dan ditolak kerana ia bagai “melepaskan batuk di tangga” untuk mengesahkan dasar ekonomi dan pandemik Covid-19 oleh Kerajaan PN yang telah gagal," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


KEH..KEH...PALING MALANG UMNO DALAM SEJARAH...

 



Zahid rayu MP sokong Mahiaddin kembali ke pangkuan Umno

UNDI TANGGUHKAN PEMBUKAAN SEKOLAH DIBAWAH KERAJAAN TEBUK ATAP

 

100,000 rakyat Malaysia mendesak KPM tangguhkan pembukaan sekolah pada 1 September 2021. Do you agree?

http://chng.it/8SjCqcV6

MUHYIDDIN MOHON BUBAR PARLIMEN ?

 

Jika berita ini BENAR !!...

Mahiaddin hanya BOLEH memohon pembubaran parlimen SAHAJA !!....MAHIADDIN XBOLEH LETAK SYARAT, XBOLEH MINTA SYARAT, SEMUANYA SUDAH ADA DI DLM PERLEMBAGAAN !!


Tergempar – Muhyiddin mohon bubarkan Parlimen? - Gerak Malaysia
KUALA LUMPUR, Ogos 11: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan telah memohon untuk pembubaran Parlimen dan akan mengumumkannya petang ini, menurut sumber dalaman. Sumber tersebut turut mengatakan Muhyiddin memohon tempoh 90 hari bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15. Perlembagaan memp...


 Tergempar – Muhyiddin mohon bubarkan Parlimen? - Gerak Malaysia

KEH..KEH...KEH....BELUM PUAS LA GAMAKNYA

 


W.FAUDZIN

Relaks la chegu....cepat sangat melatah....tak puas lagi ke makan gaji dalam Mara hasil jilat semburit? Haha ...


May be a Twitter screenshot of text that says "che'GuBard @chegubard Kerajaan KUDA Keadilan-Umno-DAP- Amanah Translate Tweet MN MalaysiaNow @MNowNews 19m Sheikh Omar Ali yakin jajaran baru politik akan dialu-alukan oleh penyokong partinya. #MNoW #DAP #Umno #PN #Johor #Muhyiddin malaysianow.com/berita/2/8... 14:29 11 Aug 21 Twitter for Android 1 Like"

PM adakan pertemuan dengan ketua parti dalam PN petang ini - Laporan Astro Awani Ogos 11, 2021 14:45 MYT

PM adakan pertemuan dengan ketua parti dalam PN petang ini - Laporan


Difahamkan, semua pemimpin utama PN dimaklumkan tentang pertemuan tersebut pada Selasa, 10 Ogos. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) petang ini.
Menurut laporan The Star Online, agenda pertemuan tersebut tidak diketahui namun ia dijangka membincangkan isu penarikan sokongan UMNO terhadap PN
Pemimpin utama Pas, Gerakan, STAR dan lain-lain dijangka hadir dalam pertemuan di pejabat perdana menteri petang ini.
Difahamkan, semua pemimpin utama PN dimaklumkan tentang pertemuan tersebut pada Selasa (10 Ogos).
Untuk rekod, pada 3 Ogos Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil keputusan menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

Tiada majoriti, PM perlu letak jawatan – Mujahid


 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa sekali lagi menyatakan pendirian tidak pernah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Memetik videonya yang berdurasi 37 saat itu, ketegasan pemimpin Parti Amanah Nasional itu juga dibuat kerana Muhyiddin kini sudah tidak mempunyai majoriti.


“Oleh kerana Tan Sri Muhyiddin sudah hilang majoriti, maka ia patut meletak jawatan segera,” katanya.

Pada minggu lalu, Muhyiddin dalam satu sidang media menyatakan mempunyai majoriti yang cukup dan akan membawa usul undi percaya kepadanya pada sidang Parlimen pada September depan.

Susulan itu, kebanyakan ahli Parlimen tidak bersetuju dengan kenyataan itu dan memohon segera Dewan Rakyat bersidang jika benar-benar Muhyiddin yakin mempunyai cukup majoriti.


Dalam kalangan ahli Parlimen juga ada yang membuat perkiraan mengenai berapakan sokongan undian menyokong Muhyiddin.

Ini memandangkan UMNO telah menarik kembali sokongan terhadap Perikatan Nasional dan MUhyiddin dengan 14 ahli Parlimennya dan surat akaun juga sudah diusulkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.- 

BERAMBUS LAH KALAU TIDAK LAGI MAMPU


May be an image of 1 person, sitting and text that says "NEGARA MERDEKA negaramerdeka.com Panas!!! Agong beri signal jelas arah Muhyiddin segera berundur August 11, 2021 12:53 pm"

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan rutin dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengingatkan Presiden Bersatu itu tentang apa yang dinyatakan Perlembagaan mengenai kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen, menurut sumber.

Berdasarkan sumber di Istana Negara itu, Agong tidak secara eksplisit menitahkan Muhyiddin yang dikatakan tiada sokongan majoriti supaya meletak jawatan.

“Namun Tuanku menyentuh Perkara 43(4) Perlembagaan,” kata sumber itu kepada FMT.

Perkara 43(4) Perlembagaan menyatakan jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Agong.

Sultan Abdullah berkenan menerima Perdana Menteri menghadap di Istana Negara hari ini untuk pramesyuarat Jemaah Menteri.

Pertemuan hari ini menjadi perhatian selepas 14 Ahli Parlimen Umno menandatangani akuan berkanun mengisytiharkan kepada Agong bahawa mereka menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Muhyiddin minggu lepas selepas menghadap Agong mengumumkan beliau tidak akan meletak jawatan meskipun ditekan Umno dan pembangkang.

Sebaliknya, kerajaan akan membentangkan usul percaya di Dewan Rakyat pada September bagi menguji sokongan terhadap beliau.

Katanya, langkah itu mendapat perkenan Agong.

Ini disusuli dengan sidang media Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan terus menyokong kerajaan Muhyiddin.

Namun, angka itu menjadi pertikaian kerana beberapa Ahli Parlimen dalam senarai yang ditunjukkan kepada media pada sidang akhbar itu menafikan menyokong Muhyiddin.


(function() { var d = document, w = window; w

PRN #MELAKA - "LANTAK KORANG LAH..."