Terkini! Sidang khas parlimen tentukan kedudukan Muhyiddin 18 Ogos ini

 


Terkini! Sidang khas parlimen tentukan kedudukan Muhyiddin 18 Ogos ini


Satu mesyuarat khas Parlimen difahamkan akan diadakan pada 18 Ogos ini.

Sumber seorang Ahli Parlimen memberitahu sidang khas tersebut adalah untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin

Menurutnya, Mahiaddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga akan mengadakan perutusan khas dalam tempoh terdekat.

“Kalau tidak, kemungkinan besar beliau akan letak jawatan sebelum 18 Ogos dan minta bubar Parlimen.

“Selepas itu terserah kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

Semalam, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata, pihaknya belum menerima usul undi percaya terhadap Mahiaddin.

Namun, katanya, kerajaan masih ada masa untuk mengusulkan perkara tersebut.

“Bagi usul kerajaan tempoh penghantarannya tidak terlalu jauh dari tarikh persidangan berbanding usul peribadi yang perlu dihantar dalam tempoh 14 hari sebelum bersidang,” lapor Bernama.

Sebelum ini, Ahli-Ahli Parlimen blok pembangkang menuntut satu mesyuarat khas Parlimen mesti diadakan sesegera mungkin.

Mereka menolak penentuan keabsahan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri serta kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi usul undi percaya yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat, September ini.

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, 4 Ogos lalu, Mahiaddin berkata, beliau sudah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen bulan depan.

PN yang diterajui Mahiaddin pada masa ini hanya mempunyai 100 kerusi Parlimen manakala seramai 120 anggota Dewan Rakyat lagi mendukung pembangkang.

Sesebuah parti atau gabungan perlu mempunyai sekurang-kurangnya sokongan 112 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.



No comments: