Speaker Dewan Rakyat nafi maklumkan kepada Muhyiddin Kerajaan sudah tiada majoriti

Firdaus Azil
Speaker Dewan Rakyat nafi maklumkan kepada Muhyiddin Kerajaan sudah tiada majoriti
Azhar berkata, laporan sebuah portal yang mengatakan beliau berbuat demikian adalah tidak benar dan palsu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menafikan beliau telah memaklum kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kerajaan sudah hilang majoriti.
Dalam satu kenyataan hari ini, Azhar berkata, laporan sebuah portal yang mengatakan beliau berbuat demikian adalah tidak benar dan palsu.
“Saya merujuk kepada berita portal Suara.TV pada hari ini bertajuk – ‘Perdana Menteri Terima Surat Speaker Maklum Tiada Majoriti Mahu Bubar Parlimen’ – yang melaporkan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri sudah tiada majoriti.

No comments: