HAMPIR MELINGKUP : Krisis Putrajaya: Redzuan cadang ‘gencatan politik’.kah..kah..kah

 

Mohd Redzuan Md Yusof - Wikipedia

Redzuan Yusof bimbang apa yang akan berlaku kepada negara jika majoriti Ahli Parlimen menyokong mereka yang sedang menghadapi kes mahkamah.



PETALING JAYA: Seorang menteri hari ini menggesa Ahli Parlimen untuk “berfikiran waras” dalam menentukan hala tuju negara tatkala pentadbiran Muhyiddin Yassin terumbang-ambing selepas dikatakan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Menteri Tugas-tugas Khas Redzuan Yusof mencadangkan “gencatan” politik, yang menurut beliau akan membolehkan usaha ditumpukan kepada pemulihan negara daripada krisis kesihatan awam dan ekonomi.

“Marilah lakukan apa yang terbaik untuk negara. Fokus kita semua harus kepada melakukan apa yang terbaik untuk negara,” kata pemimpin Bersatu itu.

Mengulas kemelut politik semasa, Redzuan mempersoalkan motif Ahli Parlimen yang mahukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur.

“Mampukah mereka (Ahli Parlimen yang menentang Muhyiddin) menubuhkan kerajaan? Bolehkan mereka bekerjasama? Siapa calon perdana menteri mereka? Bolehkah mereka menjawab soalan ini?” katanya kepada FMT.

“Kebimbangan terbesar saya adalah ada Ahli Parlimen menyokong mereka yang menghadapi kes mahkamah. Jika majoriti Ahli Parlimen sanggup berbuat demikian, saya khuatir negara akan dilanda masa depan paling buruk,” kata beliau.

Redzuan berkata, PN mahu mengadakan pilihan raya umum untuk memperoleh mandat baharu daripada rakyat, namun ini bukan masanya.

“Kita bersedia menghadapi PRU. Kita boleh memohon pembubaran Parlimen hari ini tetapi ia bukan langkah yang akan membawa kebaikan untuk negara,” katanya.

“Ia akan menjejaskan usaha kami dalam memulihkan kesihatan awam dan ekonomi. Jadi lebih baik kita adakan gencatan dan berhenti mencipta pelbagai persepsi yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi dan usaha untuk mengatasi krisis yang dihadapi negara,” kata Redzuan.

Redzuan berkata demikian ketika Muhyiddin bermesyuarat dengan pemimpin parti komponen PN.

Antara topik perbincangan adalah perancangan mengadakan sidang Parlimen minggu depan untuk beliau membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri. Sidang Dewan Rakyat sebelum ini ditetapkan bulan depan, namun mengundang kemarahan Umno dan pembangkang.

Menurut laporan, Muhyiddin kini hanya disokong 100 Ahli Parlimen dengan 115 Ahli Parlimen daripada Umno dan pembangkang mahukan beliau berundur sebagai Perdana Menteri.

 

No comments: