By
-
GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membidas
tindakan polis yang didakwanya menahan individu yang dikatakan menghina serta
mengejek Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Katanya,
tindakan penahanan beberapa individu tidak berasas memandangkan beliau sendiri
pernah menerima keceman lebih teruk daripda itu ketika menjawat jawatan Menteri
Kewangan serta Ketua Menteri Pulau Pinang dahulu.
Beliau
yang juga Ahli Parlimen Bagan menegaskan, tindakan penahanan empat individu
berhubung kes berkenaan didakwanya ada kaitan dengan salah guna kuasa oleh
kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Banyak
kecaman dibuat ke atas saya dulu tapi tiada tindakan diambil tapi mengapa
perkara sama berlaku terhadap MB Kedah terus tindakan penahanan dilakukan
terhadap empat individu.
“Sekiranya
berlaku kecaman tidak berasas ambil tindakan saman malu di mahkamah buat apa
nak tahan mereka, lainlah kalau ugutan bunuh atau mahu mendatangkan kecederaan
boleh Ketua Polis Negara ambil tindakan.
“Saya
mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penahanan yang dilakukan dalam isu MB Kedah
memandangkan dia sendiri sudah minta maaf menunjukkan dirinya salah jadi
mengapa mahu ambil tindakan ke atas orang lain,” katanya ketika ditemui di luar
pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.
Tambah
Guan Eng, polis perlu menjalankan tugas yang ditetapkan dalam Perlembagaan
bukan senjata politik.
“Saya
harap jangan peralatkan polis untuk menjadi senjata politik kerajaan PN,”
ujarnya.
Untuk rekod setakat semalam, polis sudah menahan empat individu
bagi membantu siasatan mengeluarkan komen jelek termasuk menghina Muhammad
Sanusi menerusi media sosial.
Penahanan empat lelaki itu dibuat di Negeri Sembilan, Taiping,
Perak serta dua lagi di Alor Setar, Kedah. – MalaysiaGazette