Difahamkan, semua pemimpin utama PN dimaklumkan tentang pertemuan tersebut pada Selasa, 10 Ogos. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) petang ini.
Menurut laporan The Star Online, agenda pertemuan tersebut tidak diketahui namun ia dijangka membincangkan isu penarikan sokongan UMNO terhadap PN
Pemimpin utama Pas, Gerakan, STAR dan lain-lain dijangka hadir dalam pertemuan di pejabat perdana menteri petang ini.
Difahamkan, semua pemimpin utama PN dimaklumkan tentang pertemuan tersebut pada Selasa (10 Ogos).
Untuk rekod, pada 3 Ogos Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil keputusan menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.